Pengikut Bunda

klik untuk bunda

Ahad, 12 Mei 2013

Hari Jururawat Sedunia..

          
                Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Seperti semua tahu pada bulan Mei ini banyak hari-hari yang khas untuk kita sambut.  Hari Jururawat  disambut pada 12hb Mei setiap tahun. Mungkin tak ramai yang sedar adanya hari jururawat ini.

Hari Jururawat  ini disambut bagi mengenang jasa bakti para jururawat yang memberi khidmat kejururawatan mereka tanpa mengenal penat lelah siang malam melayan kerenah pesakit.

Pekerjaan sebagai jururawat ini sangat dipandang mulia kerana ia sebagai satu ibadah umum dan banyak pahala. Pekerjaan ini juga sebagai satu perjuangan.

Tanpa jururawat siapalah yang akan memudahkan tugasan seorang doktor dalam urusan teknikal. Sebenarnya banyak juga tugas2 jururawat ni selain melayan kerenah pesakit.

Oleh itu tidak janggal lagi sekarang ini telah ramai pelajar lelaki mengambil bidang kejururawatan. Ini lagi mudah untuk urusan dihospital2 untuk kerja2 yang agak berat dikendalikan oleh jururawat lelaki. Pesakit2 lelaki juga tidak berasa kekok sangat.

Tentu ramai yang telah mengetahui kenapa tanggal 12 Mei dipilih untuk menyambut hari jururawat sedunia pada setiap tahun. Ini sempene mengingati hari kelahiran Florence Nightingale ia itu pada 12 Mei 1820.

Dalam buku sejarah yang pernah kita belajar, Florence Nightingale adalah seorang jururawat orang Putih. Beliau juga dikenali sebagai "The Lady With The Lamp" atau maksudnya "Wanita Bersama Dengan Lampunya".

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia..

47 ulasan:

  1. nice entry bonda ~ hepi nurses day ~ :)

    BalasPadam
  2. bunda kerja jururawat ke?? wahhhhhh selamat hari jururawat kepada bunda.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mane de, bunde dok umah jer.. mengasuh zarif..

      Padam
  3. Selamat hari jururawat sedunia

    BalasPadam
  4. Lupa lak...hihiihi.
    Selamat hari ibu buat bonda

    BalasPadam
  5. selamat hari jururawat dan selamat hari ibu..bonda..:)

    BalasPadam
  6. aiza baru tahu hari ini hari jururawat.. hihi.. lupa nak ucapkan selamat hari ibu untuk bunda juga.. :D

    BalasPadam
  7. salam Bunda.. selamat Hari Jururawat kpd semua nurse yg sedang bertugas..

    BalasPadam
  8. selamat hari jururawat juga ..
    saya x sangka pula kali nie hari ibu sambut serentak dgn hari jururawat nie ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari nurse tetap 12 mei tiap tahun, cume hari ibu kat m'sia ni jatuh pd hari minggu kedua bln mei tiap tahun...

      Padam
  9. selamat hari ibu n happy nurse dy..:)

    BalasPadam
  10. combi pon br tau smlm. selamat hari nurse ! :D

    BalasPadam
  11. hari surirumah ja yg takde KN..:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari suri rumah , hari2 kot..hehe

      Padam
  12. hidup di dunia ni we need each other :D

    BalasPadam
  13. salam. bunda ni nurse pencen ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak lah mane de...dok umah jer, adik ipar bunda yg nurse..dia selalu ckp hari nurse jarang orang ingat...

      Padam
  14. happy nurses day..and happy mother's day to you dear

    BalasPadam
  15. Selamat hari jururawat & selamat hari ibu untuk Emak tasnim dan Bunda :) singgah belog tasnim ye Bunda.

    BalasPadam
  16. Selamat hari jururawat...pekerjaan yang sangat mulia.

    BalasPadam
  17. Salam manis buat Bunda.. :)

    Selamat menjadi jururawat berdedikasi dan selamat menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak...amin.. :)

    BalasPadam
  18. selamat hari jururawat kpada semua jrurawat...

    BalasPadam
  19. selamat berhari jururawat kepada seluruh warga jururawat sekalian....

    BalasPadam
  20. hari jururawat pun ada rupanya?? wah. selamat hari jururawat kepada para jururawat :)

    BalasPadam
  21. salam..
    owh..xtau pula..huuu..
    slmt hari jururawat juga buat semua jururwat =)

    BalasPadam
  22. salam bunda
    Ta pun ada sorang jururawat kt umah ni.hehe

    BalasPadam
  23. wah selamat hari jururawat! besar pengorbanan seorang jururawat :)

    BalasPadam
  24. slmt hari jururawat...mg mereka murah senyuman dan tekun buat kerja..

    BalasPadam
  25. selamat hari jururawat. eh sama sehari la dengan mother day

    BalasPadam
  26. selamat hai jururawat untuk semua yg bergelar jururawat

    BalasPadam
  27. Kepada jururawat...semoga anda tabah dan terus berbakti utk masyarakat. Kehadiranmu amat bermakna dan jasamu dikenang. Terima kasih.

    BalasPadam
  28. Salam Bunda..
    Selamat menyambut hari jururawat buat semua jururawat.. ;)

    BalasPadam
  29. teringin nk di nes ni tpi ayh ckp sy garang :(

    BalasPadam
  30. Hari utk Doktor aja yg takde...ekekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah hari utk surirumah pun takder...

      Padam
  31. Yala Bunda..hari jururawat ni ramai yang tak perasan kan..kita pun notice pagi ni bila ada ucapan dari dia orang...selamat hari jururawat untuk semua misi-misi di seluruh dunia...

    BalasPadam
  32. bukan mudah kerja jururawat ni senang nk dpt pahala senang juga nak dapat dosa !

    BalasPadam
  33. Terima kasih kerana ingatkan tentang Hari Jururawat.

    saya dah update kisah Aku sepasang kasut. tunggu update di Warna kAseh ya ;)

    wah macam mana dapat banyak comments kat blog ini?

    BalasPadam
  34. selamat hari MESI sedunia... ;-)

    BalasPadam
  35. Ziarah kali pertama ketemu Bunda... Selamat hari jururawat dan hari ibu ye .

    BalasPadam
  36. akak saya jururawat jugak.

    SELAMAT HARI JURURAWAT. jasamu menjaga kami dikenang. hehe..

    BalasPadam
  37. Isteri saya juga jururawat.
    Maaf, nak betulkan sedikit fakta. Sebenarnya jururawat pertama di dunia ialah Rufaidah bt Saad yg memulakan kerjaya jururawatnya 1,300 tahun sebelum Florence Nightingale...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betul tu, Rufaidah bt Saad nurse Islam pertama zaman Rasulullah dulu...pernah membantu tentera islam dalam peperangan.. yg sedihnya ramai org tak tahu..

      Florence plk nurse mat saleh yg di letak dlm buku sejarah yg ramai org tahu...

      Padam
  38. Tahun ni je saya tak buat entri pasal hari jururawat ni. Rasanya dah dua tahun berturut-turut buat entri hari jururawat sebelum ni. Hehe

    BalasPadam
  39. kebetulan lg......nana saya juga bakal jururawat! Kerjaya mulia tp masih ada jugak org yg pndg rendah kerjaya yg termasuk dlm fardu kifayah ini....... :(

    BalasPadam
  40. Antara tugas yg mukia ni kan bunda...

    BalasPadam

loading