Bismillahirrahmanirrahim, As Salam.....
Nampak macam sama jer entri bunda dengan yang lepas kan, tentang rendang tok juga. Oleh kerana ada permintaan untuk bunda kasi resipinya sekali, so disini bunda updatekan resipi rendang tok pula untuk share dengan kalian.
Tapi resipi bunda ni bunda dah olah sikit mengikut cara bunda... mudah lagi lah dari yang asal dulu-dulu punya resipi rendang tok yang sedikit renyah. Kalau yang asalnya ada tambah isi kelapa, yang dikikis keping-keping, taroh dalamnya sekali dan bahan rempah ratusnya pun orang dulu-dulu guna yang fresh dan digiling sendiri.
Resipi bunda ni telah diolah cara bunda dan memudahkan prosesnya, tapi bunda tanya arwah mak bunda...okay tak?... okay lah, tak lari sangat pun rasanya dari yang asal.
Masa bunda kawen dulu, awal 80an... rendang tok ni lah menu utama.
So, yang ini lah yang selalu bunda buat... cubalah...
.................. ...................... ..................
Resipi: Rendang Tok
Bahan2nya:
1 kg daging, 2 kotak kecil santan kelapa, 2 sudu besar kerisek, 2 sudu besar cili giling/boh, 2 sudu besar rempah kari daging, rempah tumis 4 sekawan,
*5 biji bawang merah kecil, *3 ulas bawang putih, *halia sebesar ibu jari, *lengkuas 1/2 ibu jari,{bahan2 bertanda * ditumbuk/blend lumat},
2 batang serai dititik, 2 helai daun kunyit dicarik2 jer....sekeping asam keping/air asam jawa... sedikit gula merah/gula melaka, garam dan perasa.
rendang tok dalam proses mengeringkan |
Cara memasak:
1) Daging dipotong kiub dan di rebus 1/2 empok.... simpan stok daging jika ada lebih.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis rempah 4 sekawan...diikuti dengan bahan2 tumbuk dan serai titik tadi. Kacau2 biar agak garing dan wangi.
3) Masuk rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau2 lepas tu masuk pula cili giling, boleh tambah sedikit air jika kering sangat....biar hingga ramuan sedikit garing.
4) Masukkan santan, daging dan lebihan stok daging tadi. 5) Biar daging masak dengan api sederhana sambil dikacau2 selalu. 6) Bila dah hampir kering, daging dah cukup empok, masukkan air asam, kerisek, garam, perasa, gula merah juga daun kunyit.
7) Dikacau2 selalu hinggalah betul2 kering dan berwarna gelap.
SIAP...
rendang tok sedia untuk dimakan |
*** Biasanya rendang tok memang warna gelapkan, macam masak hitam juga..
raya baru2 ni..besan bagi rendang tok..masyaallah sedapnya sampai sayang nk mkn. mkn sikit2 nak menghayati keenakkannya..:)
BalasPadamsedap sangat rendang tok n ada tambahan rempah kari daging ya.
BalasPadamAnak-anak kakak suka rendang tok ini KN
BalasPadamYg eloknya ia tahan dua-tiga hari panaskan pun sedap lagi..
mesti sedap ni, nanti nak cubalah
BalasPadamsejak dah besar ni, saya belum lagi jumpa rendang tok yang sesedap saya pernah makan semasa di kampung dulu...
BalasPadamalahai sedapnya! saya biasa beli je dari kawan suami, tak pernah try buat pun. hihiii
BalasPadamsedap tu bonda...el belum lg cuba masak rendang tok ni
BalasPadamTerima kasih bunda..
BalasPadamTunaikan hajat saya nak kan resepi rendang tok ni..
InsyaAllah raya haji nak cuba pulak..
Sedapnya rendang tok. Pekena dengan lemang memang sedap.
BalasPadamTerima kasih kongsi resepi ni bunda. Boleh nak cuba buat juga.
BalasPadamtq bunda untuk resepinya..dah selamat disave dah..
BalasPadamsedap...
BalasPadammesti cuba...
BalasPadamHuwaa huwaa cicah ngan burasaak Bunda
BalasPadamassalamualaikum bunda..
BalasPadambaru dapat jalan sini. nanti ada peluang, nak rasa dari airtangan bunda sendiri..hihi
assalamualaikum bunda..
BalasPadambaru dapat jalan sini. nanti ada peluang, nak rasa dari airtangan bunda sendiri..hihi
sedap ...makan.nasi panas 2 terangkat.tak payah tambah lauk lain dah
BalasPadamMakan ngan lemang sedap ni
BalasPadamseumur hidup sy, br sekali je sy mkn rendang tok ni..tu pon org kasi ;-)
BalasPadamSedapnya KN tengok rendang malam malam ni..... nak buat daging pulak tak de....
BalasPadamTapi makan daging banyak pun takut jugak....maklumlah umur pun bukan muda lagi hihi