Rabu, 14 Disember 2016

Hampir Rebah...


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Berjumpa lagi, harap kalian sihat-sihat disamping keluarga dan tugasan harian kalian. Entri bunda haritu kan bunda ada nak bercerita tentang pokok nenas bunda, ini lah kesempatannya dapat bunda berkongsi dengan kalian.

Buah nenas bunda ni dah besar dan hampir masak. Sementara nak masak kat pokok, bunda biar jer dulu, walaupun dah condong pokoknya.... berat sangat buahnyer.
Bunda tongkatkan jer supaya tak rebah.

Semasa bunda berulang balik kampung bulan lepas kan musim hujan, tiap petang hingga ke malam hujan. Bila bunda sedar satu pagi tu, nampak buah nenas bunda dah
hampir rebah...
kena timpa hujan malam lah tu.



Buah yang pokok satu lagi dulu pun macam tu jugak macam bunda pernah ceritakan DISINI
tak sempat masak dipokok.. kena timpa hujan, hampir  rebah  kebumi juga. 

So bunda kerat batang yang patah tu, pastu buahnya bunda peram dalam 2 hari..
bila dah masak ranum baru bunda gulaikan.

Pastu jambulnyer, bunda tanam semula.


Yang ini ada sepokok lagi nenas bunda yang bunda tanam diluar pagar. Dah lama jugak pokok nenas ni bunda tanam tapi tak pernah berbuah lagi.


Dalam tak sedar, bunda dapati rupanya buahnya dah mula berputik. Macam manalah bunda boleh tak perasan. Alhamdulillah...kiranya tak putus-putuslah pokok-pokok nenas bunda berbuah.

Walaupun setiap pokok mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan buah. Mungkin cara penjagaan dan baja kot, tak sama dengan nenas diladang yang ditanam secara komersial tu kan.

Tak lama lagi buah nenas yang ini pulak bunda dapat gulaikan...



***Tak apalah janji boleh makan ye tak.


12 ulasan:

  1. Puaslah makan nenas kalau size besar kan KN
    Kat JB sini pun hujan selalu
    Yg bagus tu kalau hujan kita tak payah nak siram pokok kan:)

    BalasPadam
  2. Kalau tangan menjadi, Bunda tanam apa pun jadi... Hihi...

    BalasPadam
  3. Gulai nenas ikan masin sedap kan Bunda

    BalasPadam
  4. Salam rabu.. KA suka sgt kalu dibikin pajeri nenas..

    BalasPadam
  5. Senang nak tanam pokok nenas ni, dengan jambulnya tu pun boleh hidup. Saya suka masak lemak cilipadi ketam dengan nenas.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah sukanya tengok..

    BalasPadam
  7. Wah..bestnya Yon. Besar nenas tu. Saya baru berlajar tanam nenas dari jambul buah yang beli kat pasar tu. Orang kata lambat berbuah. Cepat tanam dengan anak...

    BalasPadam
  8. wah bunda, saya dulu teringin nak tanam nenas MD2. simpan dah kepala dia, tapi tak tanam2 lepas tu. huhu

    BalasPadam
  9. salam Bunda..
    Macam Pajeri nenas je tu...alhamdulillah...tak putus2 berbuah nenas tu...inilah hasil berbakti pada tanah...pasti ada hasilnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pajri nenas pun.... cadang nak buat masak lemak cili api ngn ikan masin...tapi cili api n cili beso abes..x perasan.. so pajri jer lah...hehe

      Padam
  10. Assalam bunda, saiz tu besar sangat, sampai melentok ke bawah...sedap cicah kicap bunda...

    BalasPadam
  11. benih nenas yg mudah berbuah mmg bagus ditanam sentiasa dpt rasa hasilnya

    BalasPadam