Selasa, 30 April 2013

Jemur Pakaian Dalam Rumah Membiak Kulat..

               
 Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Seperti kebiasaan apabila musim hujan tentu ramai  yang bermasaalah untuk menjemur pakaian. Sebagai jalan ringkas kita memilih menjemur pakaian didalam rumah. Sebenarnya tindakan begini tidak digalakkan, kerana ini bolih mengundang penyakit asma.

Menurut pakar penyelidik, menjemur pakaian didalam ruangan kediaman akan meningkatkan kelembapan udara sehingga 30 peratus.

Berdasarkan kaji selidik 100 buah rumah yang dilakukan olih penyelidik, hampir tiga per empat memilikki kadar kelembapan yang bolih menyebabkan pertumbuhan kuman dan tungau. Juga bolih meningkatkan risiko asma dan penyakit alergi lain.

Para penyelidik mengatakan bahawa ruang yang tertutup meminimumkan pengeluaran tenaga serta tidak diikuti dengan pengudaraan yang baik. Akibatnya, wap air sukar untuk hilang.

Menurut Malcolm Richardson, profesor dalam bidang kajian kulat dari University  Manchester, terdapat 10 jenis kulat yang bolih menyebabkan gangguan kesihatan seperti sinus, bronkitis, alahan dan gangguan pernafasan lain.

Kulat tumbuh ditempat kelembapan tinggi dan terperangkap diudara sepert dibilik mandi, sinki, mesin basuh, mesin pengering dan dapur. Ia juga terdapat didalam pasu-pasu yang diletakkan didalam rumah.

Setiap bekas takungan air juga bolih jadi tempat kulat membiak.  Rumah yang tiada pengudaraan yang baik juga menjadi tempat kegemaran kulat membiak. Contohnya dikertas dinding, lantai, disebalik lantai (yang menggunakan, kemasan lantai parquet dan seumpamanya,  dan juga disekitar langsir.

Menghirup udara yang memiliki  spora kulat bolih mendatangkan dua kesan iaitu jangkitan pada
orang yang memiliki sistem imunisasi yang lemah serta reaksi terutama asma. Gejala-gejala elergi kulat bolih berupa batuk, lelah berpanjangan, radang mata dan tenggorokan, sakit kepala, iritasi kulat dan juga rasa mual.

p/s: sumber dari majalah mingguan wanita.

29 ulasan:

  1. oh..patut la ada masalah alergi n gatal2.uhuhu..sbb masalah kelmbapan ni n kulat

    BalasPadam
  2. kalau musim hujan..terpaksa sidai dlm rumah hehe..

    BalasPadam
  3. salam =)

    btul tu bunda..
    nsib baik la bumbung rumah depan yaya ni besa sikit..wktu ujan still boleh lgi jemur kat lua..huuuuu ;p

    BalasPadam
  4. AsSalam Bunda..
    Info yg bagus ni,
    nisah jarang sidai kain dalam rumah.
    kecuali emergency kes nk pakai baju tu utk esk hari.
    Nisah sidai dlm bilik, pastu bukak kipas laju2..
    selebihnya sidai kat luar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah dengan bunda..lepas dah tahu ni kene fikir 2 3 4 x..hihi...

      Padam
  5. sekarang musim hujan di waktu petang...june sidai kain dalam rumah...lepas ni kena sidai kat luar rumah balik la jawabnya...thanx bunda :-)

    BalasPadam
  6. salam bunda
    Ta pun sama gak .cuma isteri ta guna softland.2 hari dah kering.tak bkulat..setakat ni ok je .bg ta la bunda..
    Mee goreng ta x jadi la bunda.hempeh ta buat..adoi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi still bolih makan kan...jangan membazir..

      Padam
  7. xsuka klu jemur dalam rumah...lembab dan x kering...pakaian cepat berbau.

    BalasPadam
  8. tq share info psl ni ye bunda..

    BalasPadam
  9. Terpaksa gak sidai dgn kipas yg laju... Sbb musim hujan... Huhu

    BalasPadam
  10. salam,
    kami di middle east mmg tiada pilihan sidai di dalam rumah sbb berabuk kat luar :-)

    BalasPadam
  11. Ummi pun kalau hujan ada juga jemur kat dalam rumah, lepas ni nampaknya kena lebih berhati-hati. Terima kasih berkongsi info Bunda.

    BalasPadam
  12. salam Bunda...kadang2 saya pun sidai pakaian dlm rumah jugak...terpaksa dek cuaca..

    BalasPadam
  13. Tq bunda... info yang sangat berguna...

    BalasPadam
  14. salam bunda.saya pun terpaksa sidai dlm rumah masa kerja...ataupun time hujan huhu...dahlah ank kembar saya yg girl asma,tp x teruklah dh lama tak kena asma.saya make sure tingkap terbuka at least ada pengaliran udara berlaku di situ chewahhh :)

    BalasPadam
  15. assalamualaikum ... bilik tidur saya berkulat lah . setiap hari saya buka tingkap ... x tau nak wat camna ...

    BalasPadam
  16. Salam Bunda..
    huhuhuuu...cma jemur kain dlm bilik..sbb umah flat, terhad nk sidai kain kat luar..
    huhuhu

    BalasPadam
  17. Ada satu jenama pakaian dalam, tak beri jemur under cahaya matahari bunda. Lagilah tak tau camna gamak kulat yg membiak. Apataknya..jemur kat tempat teduh aja

    BalasPadam
  18. jaa kdg2 jemur gak baju dlm rumah time baju x berapa nk kering or baju hujan..heheheheee...

    BalasPadam
  19. jom komen entry sya :) sya masuk contest komen terbanyak ..

    http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/04/blogging-contest-by-tumtumshop.html

    BalasPadam
  20. hehe...lisa biasa juga jemur pakaian dalam rumah sebab hujan kan... erm..thanks sharing info ni ye bunda.. :)

    BalasPadam
  21. remy memang tak suka kalau jemur baju dlm rumah...... kalau kena matahari baru best.... sebab betul2 kering......
    kalau terpaksa jer baru sidai kat dlm rumah....

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah setakat ni x pernah lagi jemur baju dlm rumah. Kat belakang rumah mmg buat tempat ampaian khas. Hujan x hujan kain bior situ. Ada bumbung yang jernih tu. so x la kn ujan.

    BalasPadam
  23. setakat nie jarang nak jemur pakaian dlm rumah kecuali kalau hujan

    BalasPadam
  24. ingatkan boleh biakkan kulat kat pakaian je...rupa2nya boleh membahayakan kesihatan juga....info yg bagus ni....

    BalasPadam
  25. salam..
    ye ke?
    kalo dalam umah masuk matahari cmna ye bunda?

    BalasPadam