Dari Hati Bunda

Sabtu, 27 Ogos 2016

Halfest Malaysia 2016




Ekspo Makanan Halal TERBESAR Malaysia yang akan berlangsung pada 31 Ogos - 4 September 2016,   11 pagi - 9 malam.  Bertempat di MINES (MIECC) Seri Kembangan.


HALFEST 2016
dihoskan dan dianjurkan oleh KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW).
Lebih 500 usahawan menawarkan beribu-ribu produk Halal!.  Goodies bags untuk pengunjung bertuah!  Dapatkan tips masakan istimewa dari Datuk Chef Wan!  Sertai pelbagai aktiviti santai bersama keluarga!  Rebut peluang bimbingan perniagaan melalui seminar!

*** Bolehlah datang beramai-ramai bersama keluarga nanti ye.

Rabu, 24 Ogos 2016

WW / Resit



Ringgit Malaysia:  30  Thiga Polo Saja
RoMA  No  39   JALAN   2/2

Selasa, 16 Ogos 2016

Limau Kasturi Berbuah Lebat


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Dulu pernah bunda update hal pokok limau kasturi bunda yang sedang ramah
berbunga dan berputik

DISINI

Sekarang ni pokok yang sama telah menghasilkan buah yang lebat dan tak putus-putus.

Bunda selalu petik buat jus, sedap rasanyer tekak di hari panas minum baik yang suam atau sejuk..  Selain itu boleh buat cuci ikan dan buat sambal belacan.

Tak rugi bunda bersabar sepanjang menanam nyer dulu yang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilnyer..

Alhamdulillah...


Yang ini pulak anak pokok limau nipis. Pada mulanya saje jer bunda taburkan bijinyer atas tanah dan dalam pasu.

Rupa-rupanyer tak berapa hari bunda dapati bijinyer dah bertunas 2 3 pokok. Bunda ambil sepokok tanam dan siram dalam pasu.

Tengoklah, nampaknyer dah nak membesar tu... Seronok rasanyer bunda..
Nanti sikit hari membesar pulak pokok limau nipis bunda....

InsyaAllah


***Jenuhlah pulak lepas ni nak makan dan tuai 3 jenis buah limau dilaman bunda...
he he..