Jumaat, 8 Ogos 2014

Nasi Tomato

nasi tomato

Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam....

Salam Jumaat... hari ini sudah masuk hari ke 12 Syawal...apakah kalian sedang berkira-kira untuk juadah apa di hujung minggu ini? Mungkin ada yang akan mengadakan rumah terbuka atau saja berkumpul bersama rakan-rakan untuk meraikan Syawal yang berbaki?...

Macam bunda sendiri setiap tahun bunda mesti sediakan juadah nasi selain dari lemang atau nasi impit beserta rendang dan lauk pauk sampingan yang lain. Pada Syawal baru-baru ini bunda masak Nasi Tomato beserta lauk sampingannya  ayam masak merah dan acar@jelatah

Sebenarnya bunda bukan pandai sangat masak pelbagai jenis nasi ni...bunda banyak belajar dari adik ipar bunda, banyak yang dia pandai..selain dari biskut dan lauk pauk juga.  Ayam masak merah dalam gambar tu juga bunda ambil resipi dari dia. 

Beginilah lebih kurang resipi  Nasi Tomato  yang mudah ni....



nasi tomato



Bahan2nya:

~ 2 pot beras brasmati ( direndam 30 minit , di cuci dan toskan)
~ 3 pot air /air stok ayam (bunda guna pot/tin susu yang besar)
~ 3/4 tin susu cair
~ 2 sudu besar minyak sapi
~ sedikit rempah tumis 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis & buah pelaga)
~ 1 labu bawang besar (di cincang)
~ 2 ulas bawang putih *
~ 2 ulas bawang kecil *  ..  (* di tumbuk lumat)
~ 1 inci halia *
~ 1 tangkai daun sadri (di cincang)
~ 1 tin kecil tomato puree (boleh tambah sos tomato jika perlu)
~  sedikit kismis  (jika suka)
~  daun bawang dan bawang goreng (untuk hiasan)
~  cube ayam (kalau tak guna air stok ayam)
~  garam secukupnya..
~  sehelai daun pandan di simpul.

Cara2nya:

~ Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumis rempah tumis 4 sekawan seketika, masuk bahan tumbuk tadi di ikuti bawang besar yang di cincang... biar bawang agak garing...kecilkan api.

~ Masukkan tomato puree dan dikacau...masuk beras dan di goreng perlahan-lahan sebentar.
~ Tuang kesemua beras tadi ke dalam rice cooker dan di tambah air dan susu cair. Sekiranya menggunakan air stok ayam tak payah masukkan cube ayam lagi.

~ Tambah garam secukupnya serta daun pandan  dan biar nasi masak dalam rice cooker macam biasa.
~ Sebelum nasi kering masukkan kismis dan daun sadri cincang....di gaul nasi perlahan-lahan dan biar nasi terus masak.

~ Setelah nasi masak bolehlah di kaup dan hias dengan hirisan daun bawang, hirisan tomato dan bawang goreng....boleh di makan dengan lauk pauk pilihan...



*** SIAP...Selamat mencuba...



33 ulasan:

  1. Salam Jumaat Bonda, sedap nampaknya nasi tomato tu....

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya buat bunda...nasi tomato walaupun caranya ringkas tapi rasanya sangat enak :-)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum bunda,
    hmm lama sungguh tak menikmati nasi tomato...memang menyelerakan

    BalasPadam
  4. Pasar malam sini ada jual. Tapi tak berapa berkenan sangat sebab biasanya cuma nampak cantik dipandang.

    BalasPadam
  5. emm nampak sedap je... mesti rasa lagi sodap... Selamat Hari raya

    BalasPadam
  6. Salam Jumaat Bunda, nasi tomato makan nasi saja pun dah sedapkan..

    BalasPadam
  7. aedapnya lahai.gabungan ayam masak merh jelatah dan nasi tomato.

    kalau nk mkn kena cari je la ni.x lalu dh nk masak.dgn sakit tekak, selsema pulak ni.
    dh la tunggu masa nk deliver je..

    doakan.utk saya ye bunda smga dipermudahkan utk bersalin.. :)

    BalasPadam
  8. audh sedapnye bunda....hidangan peberet seisi keluarga ni...tapi dah lame tak buat...tgk entry bunda ni terus rase nak gi beli barang2 buat weekend nie...mane tau ade org nak dtg umah kan hehheehehe

    BalasPadam
  9. TQ bunda share resepi. nampak sedap.. blh cuba.. :)

    BalasPadam
  10. ada acar...ayam masak merah..nyum nyum..

    BalasPadam
  11. Asslmkm bunda.. Sedapnya nasi tomato. Lama dh sy x mkn.. Terliur tgk.. Ingt nti sebelum bersalin nk mtk mak sy msakkan.. Rndu msak kn mak..

    BalasPadam
  12. menariknya rupa nasi tomata akak.. nanti boleh cuba jugak..

    BalasPadam
  13. Bonda...sedapnyee.. boleh buat nie tym berkumpul ngn familyy.. :)

    BalasPadam
  14. Oh... ada idealah kakak ingat nak masak nasi tomatolah hari Ahad ini KN.
    Nampak KN punya nasi dlm hidangan tu teringin pulak:)

    BalasPadam
  15. ohhh bunda... tetiba okje terus tertawan ....hehe
    Menarik jugak menu ni Bunda ....
    Kalau air tangan Bunda pastinya menjadikan .....org yg banyak pengalaman... ada sentuhan luar biasa tak gitu bunda...

    BalasPadam
  16. terima kasih atas resepi.akan saya cuba nanti...:-)

    BalasPadam
  17. wah sedapnye

    BalasPadam
  18. air tgn bunda mesti kena cuba ni..tq resepinya

    BalasPadam
  19. sedapnyaaa Bunda...selamat hari raya Bunda :)

    BalasPadam
  20. Hari raya ni ramai jugak yang cari nasi sebab jemu dengan rendang dan ketupatkan bunda.

    BalasPadam
  21. Terbau² sampai sini. Thanks for the resipi bunda.

    BalasPadam
  22. selamat hari raya Bunda..
    dah ada idea hujung minggu nk masak apa. tq share resepi ni..

    BalasPadam
  23. Sedapnya! saya suka jelatah

    BalasPadam
  24. saya suka makan je, buat tak...hehe

    BalasPadam
  25. Lamanya SA x mkn nasi tomato.....

    BalasPadam
  26. waduh sedap tul bertuah ya dapat ibu pandai memasak...nyamm!!

    BalasPadam
  27. Nasi tomato ni adalah antara makanan kegemaran saya... mmg tak akan menolak. Fuhh.. sedap2... best!!

    BalasPadam
  28. Sedapnya...
    dah lama tak makan, bila buat sendiri ni konpem sedap punya kan ;)

    BalasPadam
  29. Bestnya kalau tau masak banyak jenis masakan ni... senang nak buat open house... Saya biasanya kalau nak buat makan2 mesti nak kena tempah... hehehe... buat malu je!

    BalasPadam
  30. Nasi tomato! Selalu mkn jika ada org buat jamuan nk masa sendiri? Hurrmmm x mkn lah jawabnya. Dh ada resipi ni leh la cuba

    BalasPadam
  31. Bunda, thanks share resipi ni.. insyaAllah nanti nak try buat juga.. :)

    BalasPadam