Bismillahirrahmanirrahim,
As Salam...
Salam Syawal 1435H....entri bunda yang lepas-lepas bunda dah up resipi Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah . Harini bunda masak lagi nasi tomato sebab anak-anak bunda jemput kawan-kawan beraya ke rumah. Jadi bunda nak upkan cara-cara buat acar@jelatah style bunda pulak.
Kebiasaannya kalau makan nasi minyak atau nasi tomato dan seumpamanya mesti ada disajikan jelatah atau acar nenas atau acar rampai sebagai menu sampingan. Di kampung bunda biasanya jelatah inilah yang di sajikan bersama lauk pauk lain. Tapi yang ini bunda olah sikit cara bunda sendiri.
gambar yang sedia ada.. |
Bahan2nya:
* 1/2 biji nenas yang besar dan masak ranum. ( buang mata macam biasa dan juga buang empulur tengah, di potong kecil2 jangan terlalu nipis)
* 1 biji timun ( di belah dua dan di buang isi/biji tengah dan di potong serong2 jangan terlalu nipis)
* 1 - 2 biji buah tomato . ( belah dan di buang bijinya, hiris panjang2)
* 1 biji cili merah yang besar . ( di belah dua buang bijinya dan hiris serong2 memanjang)
* 3 ulas bawang kecil . ( dihiris )
* garam & gula secukup rasa.
* 1 biji air limau nipis (kalau suka, bunda tak letak)
Cara2nya :
Semasa hampir menghidangkan nya baru lah di campurkan kesemua bahan-bahan tadi ...gaul rata dan tambah garam dan gula sesedap rasa. Kemudian di perah limau nipis (kalau suka) kemudian di gaul rata.
Setengan orang masukkan cili sos, kacang tanah dan udang kering juga, tapi bunda ni nak cepat dan simple, cukup dengan cili potong dan bawang hiris sahaja. Jangan campur terlalu awal, nanti cepat berair. (Bunda buang bahgian tengah/biji untuk kurangkan bahan2 tadi cepat berair.)
** Kemudian bolehlah di hidangkan bersama nasi atau lauk pauk lain.
~~ SIAP...Selamat Mencuba ~~
wahh sedapnya tengok gambar ni bunda
BalasPadamterus lapar subuh2 ni :)
nenyelerakannya bunda..segar ja nampak bahannya..
BalasPadamacar ni pembuka selera. ayam merah tu nmpk sedaplah bunda..
BalasPadamsedapnye acar..boleh mkn nng ppe jenis hidangan ponn :)
BalasPadamwah bunda... sedapnya la hai... terus rasa lapar pepagi ni...
BalasPadamjelatah ni xmasuk cuka yer..sedap tu..kak ni xboleh makan cuka tali perut dh nipis..ngilu jer rasanya.
BalasPadamhttp://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/2014/08/kenapa-ada-kata-perumpamaan-kacang.html
BalasPadambunda dijemput ikut segmen give away dekat Blog Pesona ya..mana tau dapat hadiah..ala cuba ya...)
bunda masak hummmm nyam sedap sangat nampak
wah..nasi tomato...dapnya...terliur tgk..hihihi
BalasPadamJelatah Style Bunda nampak mudah lah..;)
BalasPadamsedapnya bunda. lama tak makan jelatah ni.
BalasPadamfavourite suami saya ni, tapi saya buat style kelantan letak cuka sikit.
BalasPadamSaya biasanya cuba elakkan makan acar banyak2 kerana walaupun suka acar tapi perut saya alah dengan cuka - makan terlebih sikit datanglah encik gastrik merasuk perut. Tapi acar resepi Bunda tak ada cuka, itu yg best tu....
BalasPadamJelatah memang wajib baru sedap makan. Nampak jelatah bunda mudah untuk disediakan.
BalasPadamAs Salam bunda,
BalasPadamnmpk sedapnyer...resipi pun simple, memang sesuai dgn nasi tomato...
IM tak gemar sangat makan ayam. Tengah cari resipi masak ikan untuk dicuba bila dah berhenti kerja nanti. IM tak pandai masak tapi pengalaman masak rendang memberi keyakinan pada IM bahawa jika ikut resipi dengan betul insyaAllah akan menjadi juga masakan tu.
BalasPadamIM nak cadangkan supaya TB letakkan label 'resipi' kat sisi blog ini. Senang IM nak cari bila teringin nak cuba.
Raya baru ni cuba resipi rendang ayam... memang ok...
assalam..wah nampak sedap la bunda.. heheh
BalasPadamSaya suka acar ni.. Mak saya pun biasa buat..
BalasPadammemang tak sah kalau tak ada acar
BalasPadammesti kena ada kan bunda =)
suka jelatah..makan dgn nasi putih pun sedap..pembuka selera..
BalasPadamAcar nih memang penambah selera yang baik kan~
BalasPadamkalo dpt makan dengan nasi minyak.. memang bertambah makannye..
Jelatah/acar ni memang wajib ada kalau nak makan nasi minyak/tomato.
BalasPadamKN masak apa pun di mata kakak semuanya nampak sedap
BalasPadamKalau dipadankan dgn nasi putih pun sedap inikan pula set nasi menggoda aduhai:)
wah, nampak mcm sedap..len kali boleh ler try..hihi
BalasPadamSalam bunda,
BalasPadamSalad ala malaysia. :)
Sedap juga kalau gatah gitu aje.
Tapi first time tau letak tomato. Dan mak saya biasanya letak cuka bunda.
Tak pernah lagi buat acar jelatah ni. Tau makan jer...hehehe...
BalasPadamYang ni surrenderlah, Bunda. Saya memang tak makan jelatah ni. Tengah dok fikir camna nak buat paceri nenas yang sekali buat je terus nak tambah makan berkali-kali. Hah, punyalah dahsyat perangai. Nak masuk dapur pun bercinta, ada hati sekali buat terus nak sedap jek!
BalasPadamAlahai kecur air liur tgk acar bunda tu...
BalasPadamFuhh mmg best.. klu tak de tu, makan nasi tomatu mcm tak lengkap je kan Bunda... :)
BalasPadamkalu mkn nasi tomato x de acar ni mmg x kick kata org ....
BalasPadamwah sedapnya bunda...
BalasPadamSenang je rupanya, jm ni tahu mkn je ish ish ish
BalasPadamSimple dan sedap. Saya suka buat dressing guna yogurt-garam-gula-limau/lemon dan olive oil. Stail omputih sket kononnya. Tapi jelatah macam ni pun suka jugak. Cuma ye lah kalau kat kenduri/kedai ada orang letak cuka. Tu yg buat perut tak tahan tu :)
BalasPadamkat tempat bunda jelatah bodoh/kosong camni jerlah kebiasaannya.... xder cuka...asam limau atau lain2...gula n garam jer....
Padam..ikutlah selera masing2 kan...daerah masing2 kan...
salam bunda..
BalasPadamcma suka mkn acar ni time kenduri je.. feeling katenye..
thanks share resepi..
jelatah versi mama husna selalunya gaul dgn sos..:)
BalasPadamwaaa lama plak rasanya tak mkn jelatah..sobss~
yaya suka makan..
BalasPadamlau dpt ni mau nya 1 pinggan licin..huhu ;p