Sabtu, 9 Ogos 2014

Resipi: Ayam Masak Merah


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Pada hari raya yang lepas bunda ada masak  Nasi Tomato   untuk juadah di pagi raya.. Di samping itu ada juga lauk ayam masak merah dan acar@jelatah yang mana sesuai sangat di makan dengan nasi tomato. Bunda dapat resipi ni semasa bunda beraya rumah saudara bunda tahun lepas.

Bolehlah kalau nak cuba resipi nya di sini...






Bahan2nya:

~~ 1/2 ekor ayam  (di gaul garam kunyit dan di goreng setengah masak, ketepikan)

~~ 2 biji bawang kecil *
~~ 2 ulas bawang putih *
~~ 1 inci halia *...   ( *di tumbuk lumat)

~~ 1 batang kulit kayu manis (tumis..untuk aroma)
~~ 1 labu bawang besar (di hiris.)

~~ 1 s/besar cili kering giling / cili boh
~~ 1 s/besar tomato puree
~~ 3 s/besar cili sos

~~ 1 s/kecil serbuk jintan halus.*
~~ 1 s/kecil serbuk ketumbar.*    (boleh guna yang biji kemudian di tumbuk halus)

~~ garam & perasa secukup nya
~~  setangkai daun bawang dan daun sup... (di hiris)

~~ sedikit minyak masak
~~ sedikit air


Cara2nya:

1) Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 yang di tumbuk lumat beserta kulit kayu manis sehingga bawang kuning.

2) Masukkan cili giling, di kacau2 hingga garing dan di tambah sedikit air. Masukkan pula tomato puree dan cili sos. Biar melegak sebentar.

3) Masukkan pula serbuk jintan & ketumbar... kacau rata. Masukan ayam dan tambah lagi air se cukupnya , jangan terlalu banyak.

4) Biar kuah melegak kemudian masukan bawang besar, garam dan perasa secukup rasa. Balik2kan ayam biar hingga ayam masak dan kuah kering sedikit masukan hirisan daun sup.

5) Bila dah masak bolehlah di hidangkan dan taburkan sedikit daun bawang untuk hiasan.


                                   ~~  SIAP....Selamat Mencuba ~~






39 ulasan:

  1. menyelerakan..la..huhuhu.terima kasih bunda dgn resepi.nyum3..

    BalasPadam
  2. masak merah memang menu wajib family saya pd hari raya tapi tak pernah bubuh jintan ketumbar ...nk guna resepi bunda lah lain kali.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah terima kasih Bunda.. memang saya nak masak ayam masak merah pun esok sebab keluarga mertua nak datang rumah.. kebetulan saya mencari recipe ayam masak merah.. :D

    BalasPadam
  4. saya nak minta ehsan dari teratak blog Bunda. Iaitu macamana nak buat tu perkataan teratak bunda dalam gambar tu, saya nak belajar lah cantik tau!..bagi shre ilmu ya..bagitau caranya. Minta maaf lah jika menyusahkan ya..

    BalasPadam
  5. Terima kasih bunda sudi kongsi recepi. Nanti kak zai nak cuba.

    BalasPadam
  6. terasa pula nk makan ayam masak merah hari ni...tq resepinya.

    BalasPadam
  7. wow sedapnya bunda memang kena dengan ayam masak merahnya
    salam raya bunda :)

    BalasPadam
  8. good idea masak2 untuk kawan kat sini ni. thank u.

    BalasPadam
  9. Erm sedap dimakan dipg raya. Sama resepi kita nmpaknya
    Selamat hr ry bunda

    BalasPadam
  10. alahai sedanya la bunda..
    :)

    bunda,
    saya minum susu kambing je msa mengandung.
    saya dah kena tahan kat wad ni, sbb turun tanda pagi tadi. patutnya due date saya 7/8
    doakan saya ye smga diberi kemudahan dan kelancaran sewaktu bersalin :)

    BalasPadam
  11. Fuhhh terbaik ni Bunda... mmg tak akan dilepaskan klu dpt makan ni.. :) :)

    BalasPadam
  12. Sedapnya!!!
    Alhamdulillah,perkongsian yang sangat bermakna... dah lama Abak tak aktif..sebenarnya Abak ada nak minta tolong rakan-rakan untuk melawat ke Blog 'The Modest Ustaz',blog assigmen Abak yang membawa 60 markah... kalau bleh tinggalkan komen samada positif dan ngatif spya dapat dibuat pnambaikkan.. abak ucapkan jutaan terima kasih..Kalau Follow jgn lpkan tngalkan jejak,snang Abak nk follow smula..

    http://themodestustaz.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. memang resipi evergreen yang sentiasa sedap..(^_^)

    BalasPadam
  14. sedapnya bunda, suka pedas manis manis ni :)

    BalasPadam
  15. TQ sharing resepi Bunda, dah siap salin nanti bebila nak buat kalau mai mood rajin..hheee

    BalasPadam
  16. sedapnya resepi air tangan bunda ni

    BalasPadam
  17. hurmmmm sedapnyaaaa... shin suka ayam masak merah!!

    BalasPadam
  18. sedapnya..nasi tomato+ayam masak merah+jelatah..

    BalasPadam
  19. saya paling suka makan ayam masak merah
    terbaikkk...buat rasa lapar la pula =)

    BalasPadam
  20. Memang mengancam... hehehe...

    BalasPadam
  21. Lapaunye perut tengok gambau... :)

    BalasPadam
  22. tgk pun dah terliur ni bunda..

    taiping tang mana? meh nak p serbu =p

    BalasPadam
  23. huhuhu my fav lauk ni bunda ...

    BalasPadam
  24. menu yang selalu kita jumpa bila pergi beraya.. hehehe

    BalasPadam
  25. Terliur tengok gambar. Agaknya kalau makan mesti bertambah 2 pinggan nasi nih...

    BalasPadam
  26. dah bertahun kat rumah tak beli ayam kak....

    BalasPadam
  27. Okje tau mesti sedap ayam masak merah tu KN .....sebab ada jintan ngan ketumbar...... Resepi tu sama mcm okje masak KN

    BalasPadam
  28. seronok bertandang ke teratak bunda...macam2 resepi yang tersedia
    nanti cuba la sekali...

    BalasPadam
  29. kesukaan kak nah sekeluarga ni =)

    BalasPadam
  30. Thanks for the resipi bunda. Nampak sedap sgt.

    BalasPadam
  31. Dah lama tak makan nasi tomato ni. Saya ingatkan macam susah je nak buat. Tapi bila baca resepi yang Bunda share ni, macam senang pula. Yelah, senang untuk saya baca, nak buat belum tentu. Hehe.. =D

    BalasPadam
  32. Terima kasih, Bunda. Saya nak cuba resepi Bunda ni - ayam masak merah dan nasi tomato. Nak tengok apa reaksi family saya nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda, saya dah cuba resepi nasi tomato dan ayam masak merah ni semalam. Alhamdulillah menjadi walaupun saya dah ingkar beberapa peraturan :) Tak sempat nak snap sbb fikirkan tak jadi, badan pun dah berlengas. Lain kali ajelah bila buat baru saya snap :)

      Padam
    2. syabas...nanti buat lagi, snap gambar...

      Padam
  33. Dah try resipi dari kwn opis tp x mrnjadi sp leh yg bunda punya pulak :-)

    BalasPadam
  34. Thanks share resipi ni bunda..nak try lah nanti..time makan nanti mesti teringat kat bunda..byw, favourite wanie nie.. ^_^

    BalasPadam
  35. Alamak.. lapar pula tgk ayam masak merah bunda ni... sedapnya..

    BalasPadam