Sabtu, 27 Jun 2020

happy besday to me





Assalamualaikum,
berjumpa lagi kita di alam maya. Harap semuanya sehat2 belaka, setelah lepas sebulan kita dibulan Syawal.

Bunda sebenarnya nak bagitahu besday Bunda dah lepas, ia itu pada 22 June 2020 yang lalu. Bunda baru berkesempatan nak update.

Dah 61 tahun dah Bunda kan. Dah tua dah Bunda. Doakan Bunda panjang umur semoga boleh meraikan besday Bunda yang ke 62...tahun  depan.



Sebenarnya Bunda masa ni tak sehat. Kaki Bunda injured, terjatuh tangga. Bengkak betis Bunda. Berjalan pun terhincut2.

Bunda tak ada mood nak raikan besday2 semua ni.  Tapi anak2 dan menantu Bunda belikan jugak kek.

Dia orang cakap, alah potong2 kek jer, lepas tu ambil gambar kenangan. Bunda lebih suka kalau keluar makan, tapi disebab kan kaki Bunda sakit, so raikan dirumah jer.



 Tak semua anak menantu Bunda yang ada, terutama cucu2 yang dua ketul tu, sebab mereka giliran rumah mertua pula. Ia lah, kita masih dalam PKPP kan.

 Harap2  panjang umur Bunda, tahun depan boleh berkumpul, raikan bersama anak cucu sekali.

Terima kasih anak2 dan menantu2 yang tak lupa dan sentiasa sokong mak.

Semoga kalian di limpahi rahmat selalu...aamiin


***masihdalamPKPP


Selasa, 26 Mei 2020

Salam Syawal 2020M/1441H



 Assalamualaikum sahabat2 dan anakanda2 yang bunda kasihi.  Selamat menyambut Syawal  tahun 2020 Masihi dan 1441 Hijrah.

Hari ini 26 May 2020 adalah hari raya ke tiga  kita sambut pada tahun ini.

Di tahun ini juga kita beraya mengikut normal baharu PKPB (perintah kawalan pergerakkan bersyarat).

Apa pun suasana raya kita kali ini,  yang penting silaturahim tetap ujud walau pun di jarak jauh.

Tahun ini ramai diantara kita tidak dapat balik beraya dikampung.  Oleh kerana kerajaan larang untuk melepasi sempadan. Demi menjaga penularan Covid-19 yang masih belom pulih sepenuhnya.

Sambutan raya pun hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja, dengan mengikut kawalan jarak dan tidak ada perhimpunan beramai2 lebih dari 20 orang dalam satu masa.

Tak apa lah, semua itu demi keselamatan kita dan keluarga kita juga kan.



Begitu juga bunda, hari pertama cuma berkumpul sesama anak menantu dan cucu2 bunda sahaja.


Tiada kunjung mengunjung, tiada berjalan ziarah kerumah masing2 dan jiran tetangga.


Inilah sedikit suasana hari raya dan famili pada tahun ini.


Dengan juadah yang serba ringkas, ada yang bunda masak dan ada yang anak menantu yang bawa, makan sama2, bergambar dan berborak sesama kami.

Sebelom maghrib masing2 bersurai, balik tempat masing2.


Yang penting "Two  Little Heroes" bunda ni ada. Riuh juga suasana dengan gelak ketawa mereka..ada yang tumpahkan sebalang biskut, ada yang menangis, berkelahi berebut mainan. Riuh rendah, kecoh..walau pun baru dua orang.


Walaupun tak bersama, di pagi raya kami bervideo call..dari Taiping Perak dan Kajang Selangor. Gambar Ayahanda Bunda Abdul Aziz bin Mohd Jani...di kirim oleh adik bunda. Seorang Warga Mas (pencen askar/1979), yang berusia 86 tahun. Semoga bapak sehat selalu.."orang sayang bapak"


Budak kerinting, Muhammad Zarif Umar ni pagi2 sepii dah wasap bunda (mak noranya) wish Selamat Hari Raya...siap hantar gambar lagi.. Dulu masa bunda masih di Cheras kami berjiran, kini setelah bunda berpindah ke Kajang...jarang sangat dapat berjumpa. Apa lagi time PKP ni.




Bunda sendiri pada hari raya pertama tak berapa sehat.  Apa2 pun bunda terhibur dengan kehadiran mereka dan dengan karenah cucu2 bunda.

Raya kedua kami di kediaman masing2. Tiada lagi ziarah kemana2. Rehat dekat rumah sahaja. Masih patuhi PKPB.



****rayanormalbaharu

Isnin, 11 Mei 2020

Hari Ibu Sedunia 10 Mei 2020



Assalamualaikum, salam Ramadhan dan Selamat Hari Ibu kepada Ibu2 dimana saja anda  berada.

Pada 10hb Mei 2020 yang lepas, sempena "Hari Ibu Sedunia" dan kelonggaran PKP, dapatlah Bunda berkumpul dengan anak menantu dan cucu2 Bunda.

                                                             Aadam Nuh

Dapatlah kami melepaskan rindu dan berbuka puasa bersama. Anak dan menantu Bunda yang tinggal berasingan bawa juadah masing2 untuk berbuka puasa bersama.

Anak dan menantu yang dekat diam2 membeli kek "Sempena Hari Ibu" untuk Bunda.


                                                             Aali Umar

Seronok sangat setelah beberapa bulan terpisah dek sebab PKP wabak Covid-19, akhirnya kami berkumpul semula. Cucu2 Bunda pun nampak mereka rindu dengan Bunda.

Setibanya mereka, berpeluk cium lah kami. Walau pun sekejap, puas rasanya.  Harap2 di "Hari Raya" nanti kami dapat berkumpul lagi.


Beg tote hadiah dari menantu, sempena hari ibu. Terima kasih Ain.

***terlerairindu