Rabu, 15 Julai 2020

BubbleBee Bangi


Assalamualaikum,

salam bahgia semua yang mengenali Bunda.Kita masih dalam PKPP 
So jagalah SOP. Biasakan dengan amalan norma baharu.

Sepanjang PKP lepas, semalam, pertama kali Bunda keluar dengan anak cucu dan menantu Bunda. 

Menantu Bunda Dr.Ain dan anak Bunda ajak keluar beli Ais Krim BubbleBee yang tengah viral tu. ..

Lepas tu kami terus berjalan2 dan beli barang sikit.

Kami ke Bandar Bangi, menantu Bunda yang beratur. Kami tunggu dalam kereta.
Masa tu tak ramai sangat. Jadi tak perlu beratur panjang.

Mungkin time tu ramai dah masuk kerja/pejabat.

Bolehlah, sedaplah jugak, didalamnya ada keratan madu sarang, sampingannya ada cornflakes. Sekiranya anda penggemar ais krim, mesti sesuai ni.

Campuran cornflakesnya buat kita cepat kenyang dengan satu Cup tu jer.


Lepas tu kami ke Bangi Gateway. Orang pun tak ramai. Biasalah, yang budak2 dua beradik ni sukalah sangat. Kononnya nak pergi tempat permaianan pusing2 tu.

. Malangnya masih belom beroperasi.

Jadi nak redakan keadaan.. makanya Aunty Ain diorang ajak masuk kedai permainan.
Toys DIY. Maka rambang lah mata budak2 tu.

Last... Aunty Ain yang kena paw sorang satu permainan.


Siabang Aadam Nuh, mahu jugak dipakaikan mask


Sedangkan Siadiknya Aali Umar, langsung tak nak pakai.  Rimas agaknya,
Kami tak lama disitu, kami terus balik rumah.


***masihjagasop

16 ulasan:

  1. nmpk sedap bubble bee..boleh try nanti..
    seronok kanak2 dapat jalan2, jumpa toys..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bolehlah, bagi orang tua macam bunda ni sekadar merasa jer pun.

      Padam
  2. minuman viral n sedap ramai yg minat cuba..comel cucu2 bunda

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengah viral ni, ramai yang ingin mencuba.

      Padam
  3. Lama juga Bunda berkurung tu..
    Seronok Bunda dapat keluar sekali dengan anak menantu & cucu, meriah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda selalu tak sihat, takut nak kelua kalu takder kepentingan.

      Padam
  4. Saya pula teringin hendak ke Bangi Sentral.
    Cakap terus-terang saya tidak tahu makanan yang viral sekarang.

    BalasPadam
  5. Seronok apabila dapat bersama-sama keluarga

    BalasPadam
  6. sebaiknya sentiasa pakai pelitup muka, penjarakan sosial dan amalkan kebersihan tertinggi

    BalasPadam
  7. Samalah bunda, anak saya yang kecik tu taknak pakai mask, sudahnya kami pun tak berani berlama2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setengah2 budak2 kecik ni tak faham lagi, dorang rimas, macam Aadam Nuh kami fahamkan kat dia, "ada virus, nanti dapat penyakit"..

      Padam
  8. wah nampak sedap sgt aiskrim bubblebee tu...takde plk jual kat sini..teringin jgk nak cuba...
    anak ciktom pun tak nak pakai mask..budak kecil..amik masa nak train benda mcm ni..

    BalasPadam