Isnin, 4 Mei 2015

Udang Lipan


imej ihsan dari google

Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...

kalian pernah ke tengok dan makan udang lipan ni? bunda sendiri belum pernah, dengar namanya ajer rasanya tekak bunda tak boleh terima kot..

Tapi tak tau lah pulak kalau bunda 'termakan'...mungkin kalau dalam masakan tertentu udang ini dah di campur atau di kerat dan tak nampak rupa 'lipannya' tu mungkin bunda telan jugak dengan penuh selera dan lahapnya kot...hihi..samalah macam belut yang menyerupai 'ular'...bunda belum pernah try lagi, apa lagilah 'gamat'...

Bercerita tentang udang lipan ni...masa kat kampong, bunda selalu pergi pasar dengan adik bunda...Pasar Matang...dialah tunjuk dan perkenalkan bunda dengan udang lipan ni..Selain dari namanya udang lipan...ada juga yang panggil udang ketak.. Udang ni di longgokkan berasingan antara udang-udang biasa. Semasa bunda kepasar haritu sekilo RM4.00...Tak tau lah pulak kot-kot dihari lain ...lain pulak harganya..tapi ada yang beritahu kalau harganya terlalu murah mungkin tak berapa padat isi dalamnya.

Bunda tak beli pun hari tu...lagi pun baru 1st time pun bunda lihat dan tahu tentang udang lipan ni. Menurut peniaga-peniaga disitu dan juga rakan-rakan adik bunda...udang lipan ni rasanya lebih kurang jer dengan udang biasa. Begitu juga cara masaknya juga sama, ikut cita rasa masing-masing.

Apa yang diberitahu kan..rebus dulu udang tu baru di buang kulitnya...sedap dimasak tom yam dan dibuat sup saja. goreng kunyit dan letak cili bawang pun sedap..Ada yang buat masak lemak cili api juga.
imej ihsan dari google

*** Apa pun belum rasa belum tahu sedap ke tak kan udang lipan ni...mungkin rasanya lebih sedap dari namanya udang lipan...


27 ulasan:

  1. orang kampung kak dulu2 xmkn udang lipan ni sbb xder isi sgt...la ni ramai pula penggemarnya.

    BalasPadam
  2. SA pernah mkn dulu bonda..20 thn yg lepas masa tinggl di PD...ayah SA rajin ke laut..mmg selalu bwk balik..sedap...manis..cuma skrg susah nak dpt..

    BalasPadam
  3. baru first time dengar, haha

    BalasPadam
  4. Saya pun memang tak lalu nak makan. Apatah lagi sekarang ini, ikan keli dan ayam pun saya pilih-pilih jenis massakan...

    BalasPadam
  5. Saya klu udang ni mmg feveret. Tak kisahlah udang apa asalkan halal dan selamat dimakan. Mmg susah nak menolak klu udang2 ni.. sgt2 terselera dgn udang.. :)

    BalasPadam
  6. Pernah tapi chinese style je. Memang sedap mengalahkan namanya yang tak cantik tu.

    Belut pun sedap kalu dibuat sup. dagingnya agak berotot dan cuma ada tulang tengah je. Senang nak makan. Mungkin ramai tak suka sebab bentuknya kot.

    BalasPadam
  7. kalau takde nama lipan kat belakg tu ok lg kot nk mkn
    ni ade lipan tu ...
    mremang remang lak nk mkn ..huhu


    btw,
    jempt join GA MG sempena mother's day ni :)

    http://melangkaugarisan.blogspot.com/2015/05/mothers-day-giveaway-sponsored-by.html

    tqsm! ^__^

    BalasPadam
  8. adoi nampaknya benda lagi takut pada namanya yg eksotik..sy pernah min udang lipan n belut..dua2 pun sedap,haha..cuma gamat je la tak pernah

    BalasPadam
  9. seumur hidup saya baru sekali jer makan udang lipan ni kat rumah member. dia goreng kunyit macam tu pun dah sedap sangat

    BalasPadam
  10. Kak zai belum pernah makan. Kalau tak silap banyak kat Sabah besar2 lagi.

    BalasPadam
  11. Pernah tengok udang lipan tapi belum pernah makan...

    BalasPadam
  12. ohh..ini feveret sekeluarga. Dulu2 tidak menjadi harga pun. Buang2 saja. Sekarang dah Rm6-7 sekilo. Udang ni masak apa pun sedap. Rebus gitu makan dengan airasam pun pergh...

    BalasPadam
  13. Petua org tua-tua dulu, kalau anak-anak kerap kecing malam, elok di beri mereka makan udang ni. Tapi saya pun tak gamak nak makan, macam KN jugak. Bukan pasal namanya udang lipan tapi rupa parasnya tu. Kalau nak makan udang ni, elok pilih yang besar-besar sebab kalau kecik tak ada isi.

    BalasPadam
  14. Pertama kali dengar la bunda..dan pertama kali tengok..

    BalasPadam
  15. aritu suami belikan udang lipan ni
    terjerit2 sbb x reti nak siang
    rupanya mcm udang biasa gak
    el buat goreng je\
    sedap tp x puas makan sbb size kecik sgt

    BalasPadam
  16. Kami panggil udang ketak...kalau nak makan udang ketak goreng, boleh ke pekan asam jawa, kuala selangor.. yummm..

    BalasPadam
  17. udang lipan ni jenis besar baru ada isi...kalau kcik isinya kurang sesangat :-))

    BalasPadam
  18. Oh Bunda nostalgia nekcik.kami kecik kecik dulu mmg salah satu lauk eeret kami..rebus jer. .kami anggil udang ketak..manis rasanya

    BalasPadam
  19. tekak kita sama tak boleh terima juga bunda..
    mcm lipan plkkk

    BalasPadam
  20. Teringin nak makan tapi x brape berani..hehe..

    BalasPadam
  21. harga pun mahal juga kan bunda udang lipan ini

    http://www.arzmoha.com/2015/05/teman-baik-april-2015.html

    BalasPadam
  22. Pernah nampak tapi tak pernah beli makan apa tah lagi. Macam tak banyak jer isi dia KN....
    Ada org suka tau KN....sedap kot

    BalasPadam
  23. CT x ingatla penah makan ke tidak hehe.. tp yes tengok pernah =D

    BalasPadam
  24. x pernah makan...sebut je udang terus terbyg harga yg mahal

    BalasPadam
  25. Saya pernah makan udang ni..Ibu saya panggil Udang ketak..sedap..tapi,tak banyak isi..

    BalasPadam