Isnin, 23 Januari 2017

Dari Laman Bapak



As Salam,  Bismillahirrahmanirrahim....

Baru-baru ni bunda balik kampung, seronok tengok pokok-pokok tanaman bapak.
Salah satunya pokok buah pulasan.

Pokoknya tak lah besar mana, tapi buahnya menjadi nampaknya  sekali ini. Masa bunda balik haritu masih banyak buahnya yang belom masak.



Selain dari buah pulasan, pokok mangga juga sedang berbuah.  Itu belum lagi dengan pokok-pokok bunga bapak. Memang segar mata memandang, berwarna warni.



Ini pulak kisah Si Kelabu ni... bunda pun dah lama tak bercerita kisah sibulus bapak ni.
Kan bapak ada sekor lagi kucing... Si Comey.

Masa bunda ambil gambar Si Kelabu ni, Si Comey ntah kemana hala. Menurut bapak... sejak kebelakangan ni, Si Comey selalu menghilangkan diri.

Kadang sampai 2  3 hari baru balik.  Kalau balik tu mulalah minta makan... lapar.
Yelah dah beso kan... dah pandai mengawan... hilang jer lah selalu.


***yang untung Si Kelabu... kenyang selalu.


22 ulasan:

  1. Alhamdulillah... bapak KN masih sihat utk melakukan yg digemarinya
    Tak lama dapatlah anak-cucu menikmati pulasan bapak tu.

    BalasPadam
  2. Wah buah pulasan...bestnya...best kalau dpt balik kg kan bunda?

    BalasPadam
  3. Semua tanam bapak bunda menjadi ...sejuk tangan dia kan.
    Biasa lah bunda dah bujang ,si comey tu mencari pasangan lah tu.

    BalasPadam
  4. Buah pulasan kegemaran acik tapi susah nak jumpa orang jual

    BalasPadam
  5. LEBAT PULASANNYA TU TAK SABAR NK TUNGGU MSK YA BUNDA

    BalasPadam
  6. Si comrl tak balik tu sebab pergi mengawan ke?

    BalasPadam
  7. buah mangga & pulasan..sedapnya..Si Kelabu makan sorang2, kenyang dia..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si Kelabu baik.... dia bukan kaki jalan n bukan juga kaki betina.....hahaha...

      Padam
  8. Buah pulasan musim kali ini banyak yang tak jadi.
    kesep dan Xde isi.
    Mungkin faktor cuaca yang tak menentu.

    BalasPadam
  9. Seronok si kelabu. Makan kat rumah tanpa ganguan.
    Bila pulasan masak, boleh balik lagi.

    BalasPadam
  10. Bila tiba musim buah memang serok balik kampung. Macam-macam ada.

    BalasPadam
  11. favourite saya tu pulasan...

    seronok le bapak bunda dapat kawan baru..

    BalasPadam
  12. Seronoknya tengok buah pulasan...disini belum bermusim lagi pokok buah2an.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum bunda, moga sentiasa diberikan kesihaan yang baik
    Seronoknya jika ada kebun buah-buahan, terutama bila tiba musimnya. Jenuh makan buah. Yang paling seronok bila dapat berkumpul dengan semua adik-beradik, saudara-mara di kebun, macam2 aktiviti yang dapat dilakukan....

    BalasPadam
  14. hihihihi...Si Comey nak beri cucu kat bapak le tu..

    BalasPadam
  15. Orang dulu-dulu kalau bercucuk tanam memang menjadi sokmo kan bunda? Nampak elok sangat pokok-pokok tu... comel kelabu...

    BalasPadam
  16. buanh mangga tu sedapnya bila dh blh makan..

    BalasPadam
  17. buah pulasan ke tu?? sejuk tangan bapak Bunda...semua tanaman menjadi...

    BalasPadam
  18. Geramnya tengok mangga tu KN. Tunggu masak KN korbankan jadi pulut mangga ek hihi...
    Kucing saya betina KN. Tak pulak merayau duk rumah je

    BalasPadam
  19. Bestnya kalau ada kampung halaman yang dikelilingi pokok2 buah-buahan

    BalasPadam