![]() |
| Juara Dai Milenia Musim ke3 Dai Hamidah |
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Program dakwah dari TV3, "Pentas Akhir Da'i Milenia Musim ke3" telah pun berakhir dengan jayanya semalam. Juara pada tahun ini milik Da'i Hamidah. Dengan tajuk tazkirah pilihan beliau sendiri,
"Aku Pendosa, Aku Juga Ingin Ke Syurga".
Sungguh terkesan dihati dan kagum sangat dengan gaya penyampaian dan hujjah beliau yang begitu tenang, petah dan bijak... dengan props yang begitu simple dan
kena dengan tajuk yang diberi.
Itulah dia Da'i Hamidah, seorang gadis muda dari utara, manis, lemah lembut tetapi begitu lantang dalam berhujjah.... syabas! dan tahniah! Da'i Hamidah..
MasyaAllah.
Pada tahun ini program ini lebih meriah dan mendapat lebih ramai penonton dan ranking yang tinggi....katanya menjadi viral... Alhamdulillah..
Program Da'i Milenia pada tahun ini juga sangat berlainan dan bertambah hebat, yang mana banyak hujjah-hujjah peserta mendapat komen positif dan juga menjadi perdebatan spontan secara sehat dari juri-juri profesional dan juga
dari para murabbi sendiri.
Secara tidak langsung kita sebagai penonton banyak mendapat ilmu-ilmu
baru dari mereka.
Ini lah antara tiga peserta-peserta Da'i yang memasuki pentas akhir semalam. Mereka ialah, Da'i Fuad, Da'i Hamidah dan Da'i Hidayu...tetapi dalam pusingan pertama
Da'i Hidayu tersingkir. Ini telah melayakkan kedua Da'i lagi meneruskan
untuk pusingan seterusnya.
Ramai juga yang pertikaikan hadiah yang tak seberapa mereka dapat dari pentas dakwah seperti ini...berbanding dengan pertandingan hiburan yang lagho , yang menghadiahkan ratusan ribu dan barangan mewah.
Mungkin ini lah salah satu titik permulaan untuk mendidik dan menguji hati peserta sejauh mana untuk tidak memikirkan ganjaran dan harta duniawi semata-mata dalam melebarkan dakwah dan syiar islam. Harta dan ganjaran duniawi ini bukan segalanya...yang penting niat untuk berdakwah, tak kira lah di pentas mana pun dan cara apa sekali pun...
Konklusinya niat dan nawaitu lillahi taala itu mahu betul sekiranya benar-benar ingin menjadi pendakwah yang tulin...bukan hanya kerana mengharapkan ganjaran dunia yang tak seberapa ini...
Sebaliknya dakwah dan ilmu yang bermanfaat yang mereka sebarkan itulah yang menjannjikan ganjaran besar dari NYA nanti.
DIA lebih mengetahui segalanya samada kita ikhlas atau tidak...
wallahu'alam.
Sebelum itu pada awal pertandingan...10 peserta telah berjaya untuk menaiki pentas dakwah Da'i Milenia Musim ke3 di tv3.
***Semoga banyak lagi program-program sebegini dimasa-masa hadapan,
sangat merilaks kan minda dan juga menjadi santapan jiwa...
Subhanallah..



