Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Oktober 2014

Amalan : Doa Dan Zikir..



Bismillahirahmanirrahim, As Salam....

Sedar tak sedar kita telah hampir ke penghujung tahun 2014...dan akan masuk pula tahun baharu Masehi 2015..  Se kejap ajer rasanyer masa berlalu...

Bagi anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR tak lama lagi (pertengahan November)
akan keluarlah keputusan peperiksaan mereka...

Setelah berbagai tekanan yang mereka alami dengan kes kebocoran kertas soalan
peperiksaan mereka baru-baru ini.

Di harap segala kesulitan itu selesai dengan hati dan keputusan yang membanggakan untuk pelajar dan ibu bapa mereka  ..mungkin segala yang berlaku ada hikmah di sebalik nya ...
InsyaAllah.

Begitu juga bagi pelajar tingkatan tiga yang baru sahaja mendudukki peperiksaan PT3 pertama mereka baru-baru ini se telah peperiksaan PMR di mansuhkan. Di harap pelajar ini juga terus bersabar menunggu keputusan mereka.

Bagi pelajar tingkatan lima 2014  ...mereka pula akan menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi... Kalau tak silap bunda pada tarikh 3 November hingga Disember 2014. Begitu juga bagi pelajar tingkatan enam yang menduduki peperiksaan STPM 2014 juga sesetengah IPTA/IPTS..

Tak kira lah peperiksaan untuk sekolah rendah, menengah dan IPT...Lagi sekali pelajar dan ibu bapa di uji bagi persiapan mental dan fizikal ... walaupun ada yang sudah bersedia sejak awal tahun lagi.. tapi tak kurang juga mereka yang masih membuat
persediaan akhir...

Di sini bunda ingin berkongsi sedikit... Doa Dan Zikir.. (seperti perkongsian yang bunda dapat dari rakan FB..di atas) untuk kita ibu bapa  amalkan untuk anak-anak  yang akan menghadapi peperiksaan nanti... semoga apa yang kita doa akan di makbulkan  Nya...
InsyaAllah..

Sebagai seorang pelajar pula... kalian tidak perlu terlalu stress atau tertekan...walau apa pun keputusan nya nanti terima lah dengan hati yang terbuka dan redha...

Dalam situasi ini selalunya ibu bapa lah (terutama ibu) 
yang terlebih gabra dan teruja menanti keputusan anak-anak.. Bunda dah alami semua itu...
bunda faham sangat. Baik semasa anak-anak nak mula exam atau pun semasa mengambil keputusan, ibu bapa yang terlebih excited dan gabra.
Biasalah tu...

Anak bunda empat orang, semua dah besar panjang...dua dah kerja. Dulu masa arwah suami ada segalanya boleh berkongsi. Suka duka semasa mendidik dan membesarkan anak-anak. Semasa anak-anak nak ambil exam dan keputusan .

Kini setelah hampir tujuh tahun arwah pergi segalanya bunda hadap sendiri dalam membesar dan mendidik anak-anak sendirian.  Masa arwah pergi tu anak-anak masih belajar. Kalau yang suka dan baik-baik tu , bunda duduk sorang-sorang bunda tersenyum sorang-sorang sambil menadah kesyukuran.

Tapi bila ada yang mengecewakan...bunda menangis sorang-sorang sambil mencari silap bunda...dan terus berdoa untuk keselamatan dan kecermelangan anak-anak seterusnya. Itulah bunda...

Kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan nanti...Jagalah kesihatan, jaga akhlak dan pergaulan. Sekiranya kalian memang sudah benar-benar berusaha, mengulang kaji secara istiqomah
dan menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru-guru...apa lagi hubungan
dengan Allah S.W.T...

Maka semua itu InsyaAllah akan berjalan lancar...



***Apa-apa pun... ingat dan berpeganglah bahawa segala nya perlu di iringi dengan ...
..usaha, doa, tawakkal dan redha....
wallahu'alam***