Memaparkan catatan dengan label kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih. Papar semua catatan

Jumaat, 7 November 2014

Resipi: Lempeng Kelapa

lempeng kelapa sambal bilis



Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

Selamat berhujung minggu semua,  dah lama bunda tak berkongsi resipi kat sini. Minggu lepas bunda ada beberapa kali buat lempeng kelapa, nampaknya ramai yang gemar kat rumah bunda ni. Apa lagi lempeng ni makannya dengan sambal...lebih menyelerakan. Lain dari pankek yang manis-manis tu.

Kadang-kadang tu malam-malam pun bunda buat, ikut permintaan...hujan-hujan begini.....sejuk, lapar, nak keluar malas....





Jom kita tengok bahan-bahannya:

@ 1 - 2 cawan tepung gandum.
@  Sedikit baking powder
@  Kelapa parut yang putih (agak2lah)
@  Garam & gula
@  Air secukupnya + sedikit garam
@  Sedikit majrin untuk lanser pan.


Cara-caranya:


1) Bancuh tepung dengan sedikit b/powder dan air garam secukupnya, jangan masin sangat. Bancuhan seperti buat bancuhan pankek...jangan cair sangat atau pekat sangat.

2) Kelapa parut digaul dengan sedikit garam dan gula...seimbangkan rasanya. Ketepikan

3) Panaskan pan anti lekat dengan sedikit majrin, senduk adunan tepung tadi di tengah pan biar bancuhan tepung merata...cepat-cepat letak/ taburkan kelapa parut atas permukaan bancuhan tepung tadi .  Kemudian letak sesenduk lagi bancuhan tepung keatasnya...nipis-nipis jer. ..biar merata (kaedahnya menutup kelapa parut tadi)

4) Biar bahagian bawah tadi garing sedikit dengan api sederhana baru di terbalikkan sebelah lagi dengan proses yang sama. Tekan-tekan tengahnya sedikit ..pastikan masak dalam nya...atau sekali-sekali terbalik-terbalikkan beberapa kali hingga benar-benar masak kedua-dua belahnya.

5) Bunda suka buat style macam ni.. bunda tak campur semua tepung dengan kelapa parut nya sekali. Bunda ikut macam mak bunda buat dulu-dulu dengan dapur minyak tanah jer. Sebab bunda suka rasa kelapa nya yang masih fresh... lemak, masin dan manis. (sedikit jer manisnya).

6) Kemudian boleh di cicah dengan sambal bilis, sambal sardin atau kari. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja.


***Selamat mencuba...kalau dah cuba , kalau sedap bagitahu bunda, kalau tak sedap diam-diam jer tau....