![]() |
| mee hailam mudah resipi bunda |
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Tiap kali bunda balik kampung ada ajer adik-adik bunda minta masakkan untuk mereka... Bunda ni sebagai kakak sulung ibarat menggantikan arwah mak bunda. Dulu mak lah buatkan...bukan mereka tak pandai cumanya nak bermanja disamping mengenangkan arwah mak kami.
So sekali ni mereka minta bunda masakkan mee hailam. Budget merekalah kan, bunda tolong masak jer...bapak bunda yang terlebih terujanya. Mee hailam bunda ni simple ajer tapi rasanya lain sikit...bahan-bahannya main campur jer semua...bunda pernah belajar dengan kawan bunda semasa tinggal kat Serawak lama dah dulu....
Kalau nak tahu apa kelainannya, jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya, tapi resipi bunda ni bahannya agak-agaklah yer...ikut kesesuaian selera masing-masing...masa bunda masak kat kampung hari tu, banyak kuantitinya...
![]() |
| cili jeruk kiranya bahan wajib untuk rasakan kelainannya..dan untuk yang sukakan pedas.. |
Bahan-bahannya:
@ Mee kuning...(celur dan toskan)
@ Bunga kobis..
@ Sayur sawi...
@ Lobak merah..
@ Daging (direbus dulu dan dipotong kecil2, air rebusanya biar banyak sikit untuk disimpan sebagai kuahnya nanti)
@ Sedikit udang hidup dan sotong...
@ Halia dan bawang putih secukupnya...( ditumbuk bersama hingga lumat, bahan ini untuk ditumis, kalau lebih sikit pun tak per, rasa dan aromanya menambah sedap kuah nanti)
@ Lada hitam juga di tumbuk...jangan terlalu halus, biar lebih sikit, biar terasa lada hitam ini dalam kuah nanti...ini yang bezanya resipi ini dengan kuah mee hailam yang lain)
@ Kicap pekat manis
@ Kicap masin
@ Sos tiram
@ Bahan2 perasa
@ Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah...
@ Cili merah & cili hijau dan limau kasturi/cuka (cili2 dipotong bulat2 kasar...rendam dalam cuka atau air limau ikut selera masing2...sebagai cili jeruk)
Cara memasaknya:
1) Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumisan...bila dah naik bau masukkan lada hitam, ...masukkan daging dan air rebusannya tadi...
2) Boleh ditambah air sekiranya nak lebih kuahnya...apabila mendidih masukkan kedua kicap, sos tiram dan bahan perasa...kicap pekat manis memang letak agak lebih...biar kuah warna gelap dan sedikit manis...nak pedas dari cili jeruknya nanti..
3) Masukkan sayur-sayur yang telah dipotong-potong......kemudian sekali baru masukkan sotong yang dipotong bulat dan juga udang hidup.
4) Pekatkan sedikit kuah dengan bancuhan sedikit tepung jagung kedalamnya...jangan terlalu pekat...SIAP untuk dihidangkan.
5) Semasa menghidangkannya tambah cili jeruk tadi... kiranya cili jeruk ini wajib...untuk kelainan rasanya dan rasa pedas.
6) Resipi mee hailam bunda ni memang lain dari yang lain....tak ada cili kering/boh seperti kebanyakkan mee hailam lain...Satu lagi bahan tumisannya juga hanya halia dan bawang putih yang akan menambah dan menaikkan aroma kuahnya
7) Satu lagi kelainannya ..lada hitam yang ditumbuk kasar akan terasa tergigit semasa makan bersama mee nanti... Lada hitam juga bahan untuk penambah rasa pedas....so tak perlu cili boh lagi. Semua ini lah yang membezakan mee hailam bunda ni dengan yang lain...Mudah jer kan..cubalah kalau tak percaya...
8) Kalau yang bukak warung, mee hailam ni boleh di masukkan meenya sekali semasa didihkan kuah..ikut kuantiti ramai mana yang nak makan satu meja.....sekejap ajer dan angkat untuk dihidangkan dalam pinggan bujur....baru di senduk dalam pinggan masing-masing..gitew..
8) Selamat mencuba...
*** Kalau nak sedap lagi boleh tambah sikit air rebusan tulang lembu...jangan banyak sangat, tak nak nanti ada lemak-lemak dagingnya terapung-rapung pulak dalam kuah.....

