Memaparkan catatan dengan label penyakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyakit. Papar semua catatan

Isnin, 8 Disember 2014

Apa Itu Penyakit Asthma

asma dikalangan kanak-kanak

Penyakit Asthma, Asma atau lelah,  adalah  penyakit paru-paru kronik (jangka panjang) yang menyempitkan saluran pernafasan melalui proses inflamasi. Asma menyebabkan simptom seperti wheezing (bunyi bersiul apabila anda bernafas), kesesakan dada, sesak nafas, dan batuk. Batuk yang sering berlaku pada waktu malam atau awal pagi adalah ciri-ciri yang sering berlaku.

Asma memberi kesan kepada semua peringkat umur, tetapi yang paling sering bermula pada zaman kanak-kanak. Di Amerika Syarikat, lebih daripada 25 juta orang diketahui mempunyai asma. Kira-kira 7 juta orang-orang ini adalah kanak-kanak.


Menurut data WHO yang diterbitkan pada April 2011 Kematian Asma di Malaysia mencapai 988 atau 0.97% daripada jumlah kematian. Kadar Kematian umur diselaraskan adalah 5.32 bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia berada di kedudukan #79 di dunia.




Faktor Risiko:

Kanak-kanak yang sering wheezing dan mengalami jangkitan pernafasan merupakan faktor risiko yang secara langsung paling tinggi menyebabkan asma  selepas umur 6 tahun. Faktor-faktor risiko yang lain termasuk mempunyai alahan, ekzema (satu keadaan kulit alergi), atau ibu bapa yang mempunyai asma. 


Kanak-kanak lelaki lebih berisiko menghidapi asma daripada perempuan. Tetapi di kalangan orang dewasa, penyakit ini memberi kesan kepada lelaki dan wanita secara sama rata. Ia tidak jelas sama ada atau bagaimana jantina dan seks hormon memainkan peranan dalam menyebabkan asma. 


Kebanyakannya,  penghidap asma mempunyai alahan, ia termasuk kepada mkanan, atau alahan jenis cotact (sentuhan). 


Sesetengah orang yg lain mengalami asma kerana terkena iritasi kimia tertentu atau debu industri di tempat kerja. Jenis ini dipanggil asma asma pekerjaan
(occupational-induced asthma).


Rawatan:


Mencegah lebih baik dari menyembuh. Jadi anda harus mengenalpasti triggers yg spesifik untuk asma anda sendiri. Seterusnya ialah menjauhi trigger / pencetusnya.

Seseorang tidak semesti nya mempunyai 1 trigger, ia boleh jadi 2, atau banyak lagi. Semuanya bergantung kepada tubuh badan dan tahap imune individu itu sendiri



Antara Trigger/Pencetus Yang Biasa Termasuklah:


- cuaca sejuk

-makan, minuman sejuk
-habuk, debunga
-exercise, aktiviti fizikal
-jangkitan paru2, demam selesema-alahan makanan/ ubat




cara penggunaan inhaler yang betul

Selepas mengenali trigger anda, baru lah ubatan akan berfungsi dengan optimum dan memberi kesan yang positif dalam hidup anda.

Inhaler. Ini merupakan salah satu rawatan yang penting, secara umum ia mempunyai 'preventer' dan 'reliever'...

Ini bergantung kepada nasihat doktor anda, namun yang paling penting ialah teknik menggunakan yang betul. Ini kerana banyak yang menggunakan secara salah dan menyebabkan keberkesanannya kurang.




PENYAKIT ASTHMA TIDAK PERLU UBAT HOSPITAL?

"Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat.
Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan suplemen.
Soalan saya benarkah pesakit asthma tidak memerlukan ubat hospital?"
Wa alaikum mus salam. Terima kasih atas pertanyaan puan, kerana inilah peluang untuk saya memberikan pencerahan atas kekeliruan ini.
Untuk pengetahuan puan, ubat doctor yang diberikan untuk pesakit asthma adalah selamat untuk digunakan, terutama inhaler dan nebulizer.
Inhaler dan nebulizer bertindak pantas untuk memberikan kelegaan kepada pesakit yang diserang asthma. Jika tidak diberikan, ia boleh meragut nyawa.
Kesan ubat inhaler dan nebulizer hanya bertindak ke dalam paru-paru saja, dan kesan sampingan ubat itu yang mungkin ada dihadkan. Oleh itu, jangan risau memberikan ubat itu dalam bentuk inhaler atau nebulizer kepada anak puan yang diserang penyakit asthma.
Saya juga ingin memberitahu, bahawa ubat penyakit asthma tidak menyebabkan ketergantungan. Ini bermakna pesakit perlu sentiasa mengambil ubat penyakit asthma stiap hari untuk kekal sihat. Ubat ini hanya untuk mengawal kekerapan dan memberikan kelegaan ketika diserang penyakit asthma.
Apa yang berlaku pada anak rakan puan adalah suatu kebiasaan yang berlaku pada pesakit asthma. Kebanyakan pesakit asthma di kalangan kanak-kanak akan merasa kelegaan dari serangan asthma (asthma-free) apabila mencapai umur enam tahun atau apabila mula memasuki alam persekolahan.
Hanya sebahagian kecil saja yang mungkin mengalami penyakit ini sehingga dewasa.
Sekali lagi, ubat-ubat asthma hanya diberikan hanya untuk merawat pesakit ketika serangan asthma dan mengawal kekerapan serangan asthma.
Jika serangan asthma kerap berlaku, pesakit asthma terutama kanak-kanak akan mengalami masalah permbesaran fizikal dan mental mereka.
Wallahu a’lam.


Sumber:  Dr. Zubaidi 



***  Diantara perkongsian dan info dari copy paste tentang gejala dan cara rawatan penyakit asthma..semoga dapat memberi sedikit pencerahan dan panduan kepada kita semua...terutama kepada anak-anak kecil kita...




Selasa, 28 Oktober 2014

Pesakit Kanser Endometrium



As salamualaikum wbt:
segala puji-pujian kpd ALLAH SWT YG MAHA ESA.

Tanggal 25hb Mac 2012; jam 4.30 petang adalah merupakan satu detik yg tidak mungkin saya lupakan. Pd hari tersebut ; berseorangan tanpa ditemani sesiapa; saya menerima berita bahawa saya telah disahkan menghidap kanser Endometrium (uterus). `Clear Cell Adenocarcinoma - mitoses are raedily seen!'. Terkedu saya; tak tau nak kata apa; nak nangis; malu kat Doktor. So saya tahan emosi dan buat muka seposen seolah-olah; i am not effected by the news'. Ala-ala control ayu ..... lah kan.
(Dalam hati .... hanya ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui)
Sewaktu menerima berita itu; saya dalam kebingungan dan `blank'. Fikiran kosong dan hilang punca untuk berfikir. Dalam kereta sewaktu memandu sepanjang jalan pulang ke rumah; saya menangis kebuntuan. Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran; Saya tak pernah sakit, malah sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat; sangat menjaga kesihatan; bersungguh-sungguh menjaga pemakanan malah adakalanya saya rajin bersenam & ke gym utk melakukan senaman.
Orang pertama yang saya telefon adalah Agen Insuran saya; Chee. Dlm kesedihan yang amat sgt; saya telefon bertanyakan Chee adakah Polisi Insuran Kesihatan  saya akan menanggung segala perbelanjaan pembedahan untuk membuang sel kanser ini. Jawapan beliau: YA; dan beliau menasihatkan saya utk melakukan pembedahan tersebut dengan segera.
To be honest; ketika itu saya belum bersedia berkongsi berita dengan sesiapa pon kecuali diri saya sendiri.

SUMBER



Berahsia tentang sakit kanser akan hanya memberi tekanan pd diri kita.. so let it go. perlu ada keberanian utk berkongsi dgn umum. Sewaktu saya mula-mula mengetahui bahawa saya mengidap Kanser Endometrium, saya telah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga. Selain dari Doktor , saya hanya memaklumkan kepada agen Insuran (kerana takut memikirkan kos rawatan yang perlu ditanggung samada mampu atau tidak). Mengetahui saya mengidap penyakit yg sangat menakutkan: Kanser - 
sambil memandu kete bersendirian ... saya menangis sepanjang jalan dari hospital ke rumah Apabila sudah bertenang saya menelefon sahabat baik saya Hjh Hafiza ... dan saya kongsikan berita sedih itu dan meminta beliau untuk merahsiakan seketika. Saya tidak tahu bagaimana untuk bercerita dengan keluarga. Takut anak2 akan risau .. takut ibu bapa saya bersedih (bapa saya baru sahaja menjalani rawatan pembedahan jantung di IJN) Saya tidak punya `kata-kata' yang sesuai untuk bercerita kepada keluarga tentang penyakit yang saya hidapi.

SUMBER




Sebagai orang Islam; kita wajib percaya kepada Qada & Qadar. Segala-galanya dlm hidup kita sudah tersurat dlm taqdir yg ditentukan ALLAH SWT dan telah tertulis di Lauh Mahfuz. Malangnya tiada manusia yang tahu bila tarikh kematian; bila ajal akan menjemput. Oleh itu adalah wajib untuk kita berusaha untuk terus hidup dan biarlah kita sihat dalam meniti hari-hari kehidupan.
Ramai yang bertanya tentang PEMAKANAN Pesakit Kanser. Terus terang saya katakan; pada awal saya mendapat tahu saya mengidap Kanser Endometrium; saya sangat keliru & panik. Apa jua yang dicadangkan oleh sahabat saya cuba amalkan. Apa jua pantang larang pemakanan Pesakit Kanser akan saya elakkan. Dan akhirnya saya menjadi sangat penat. I am mentally exausted. Bukan mudah untuk mengubah diet & tabiat pemakanan apatah lagi saya telah menikmati segala-galanya yg HALAL selama hampir 43 tahun. 
Pada mulanya saya menukar pemakanan ayam kpd ayam kampung; mangelakkan roti putih dan hanya makan capati untuk sarapan pagi; malah saya belajar cara untuk membuat capati sendiri. Lama kelamaan tepung capati pun jahanam dimakan bubuk.

SUMBER




Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai airmata,

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu  daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia." (HR Abu Dawud)



Ketiga-tiga singkatan entri di atas adalah secebis kisah dari seorang wanita pengidap 'Kanser Endometrium'...

KISAH BENAR bagaimana beliau mula-mula mendapat tahu beliau di sahkan sebagai  'Pesakit Kanser Endometrium'  dan bagaimana penerimaan ahli keluarga terdekat dan bagaimana beliau tabah melawan penyakit.

Mula-mula bunda mengetahui kisah beliau setelah menonton satu rancangan tv (WHI TV3). Bunda berasa sangat terharu dan bunda terpanggil untuk berkongsi pengalaman wanita ini dengan kalian...

Bunda pun segera search blog beliau.  Sekiranya kalian ingin  terus membaca pengalaman wanita tabah ini melawan  'Penyakit Kanser Endometrium' (uterus) kalian boleh membaca melalui blog lengkap beliau seperti di bawah ini.

Semoga kisah dan pengalaman wanita ini menjadi pedoman untuk kita kaum wanita......juga tak ketinggalan kaum lelaki yang prihatin juga...



SUMBER LENGKAP DARI BLOG:  http://tinta-zue.blogspot.com/



Isnin, 21 Oktober 2013

Penyakit Bisul Berkaitan Diabetes Dan Rawatannya...





Bismillahirrahmanirrahim.. As Salam,

Dari apa yang telah bunda lalui beberapa minggu lepas disini bunda nak berkongsi pengalaman sendiri bunda menghadapi penyakit bisul ni. Mungkin ramai yang menganggap penyakit bisul ni biasa saja dan tidak merbahaya.

Pada mulanya terjadi dua bisul kecil seperti jerawat dikedua belah tangan bunda. Kemudian dah baik satu jadi pulak lagi satu atas dari tapak tangan. Bila yang ini sedang membesar kemudian tumbuh lagi satu dibawah pergelangan tangan pula.

Makin membenjol, merah,  panas dan tumbuh mata putih bernanah. Berdenyut-denyut, sakit...sampai bunda lemah sebelah tangan. Tak selesa untuk pergerakan tangan sebelah.

Bunda pergi kelinik. Doktor bertanya samada bunda ada mengidap kencing manis atau ada sejarah mak bapak yang mengidap kencing manis. So far belum ada, tapi dah lama juga bunda tak check.

Bunda pun minta doktor check sekali tahap gula dalam darah bunda, bacaan gula didapati dalam skala 8. Doktor nasihatkan bunda perlu berjaga-jaga walaupun masih belum terlalu tinggi bacaannya.

Bisul bunda tadi dicucuk supaya nanah keluar, setelah itu dicuci dan dibandage. Doktor memberi antibiotik, pain killer dan krim. Besoknya bunda disarankan datang lagi, tapi bila doktor lihat bisul tu  masih tak kecut dan masih bernanah, doktor pun lakukan pembedahan kecil.

ubatan yang diberi doktor untuk bunda

Kedua-dua bisul dicucuk dan dibelah serta dipicit untuk keluarkan nanah dan darah kotor. Memang banyak darah dan nanah, memang sakit.

Doktor lakukan hidup-hidup tanpa bius. Bekas luka bernanah yang dikorek jadi berlubang.

Doktor tidak jahit luka itu untuk mengelak nanah terperangkap didalamnya.Lepas tu hari-hari bunda pergi klinik untuk dressing.

Walaupun dah masuk hari kelima, nanah sudah tiada, tapi luka berlubang dari pembedahan kecil masih belum bercantum dan masih basah dan sedikit berdarah. Masih sakit berdenyut-denyut.

Liat sungguh, walhal antibiotik dah habis bunda makan untuk lima hari. Makan berpantang, tak makan yang gatal-gatal seperti sea food dan telur.

Masuk hari keenam baru luka mengering. Hari ketujuh luka berlubang dari pembedahan kecil mula mengecil dan isi mula bercantum.

Hari-hari bunda memikirkan tentang luka bisul ni... susah hati....Dari apa yang bunda baca melalui SUMBER bahawa...

Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat Diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.

bisul pada peringkat serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi..


Ada juga   SUMBER    lain yang bunda baca...

Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling.

Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.

Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil.

Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.

Rawatan pilihan pertama adalah pembedahan untuk mengeluarkan nanah. Amat penting untuk menyedari bahawa rawatan antibiotik tanpa pembedahan untuk membuang nanah jarang berkesan.        
                         **********                        **********                             **********

Setelah hampir dua minggu, baru bunda nampak bekas bisul bunda tu mengecut dan kering.  Tetapi bunda masih ngilu dan masih menjaga pemakanan yang manis-manis dan gatal.

Tangan kanan yang kene bisul , bunda tak bebankan sangat dengan kerja / angkat berat-berat...

Dalam menunggu proses penyembuhan, bunda amalkan juga memakan herbal sup haruan. Kata orang sup haruan ni bukan saja untuk diamalkan oleh ibu lepas bersalin untuk rawatan luka dalaman, tetapi baik juga untuk penyembuhan luka luaran.


selepas sebulan

Setelah sebulan semasa entri ini dipublishkan maka inilah hasil penyembuhan luka bisul bunda, Sudah hampir pulih sepenuhnya, walaupun meninggalkan kesan parut.

So selepas apa yang bunda alami janganlah ambil ringan tentang penyakit bisul ni...apa lagi kepada mereka yang berisiko, tak kiralah muda ke tua ke, lelaki ke perempuan ke.

Apalagi  kepada mereka yang dah ada tanda-tanda mengidap Diabetes.

Wallahu'alam...

Alhamdulillah...

Khamis, 23 Mei 2013

Kudis Buta...Scabies


 Bismillahirrahmanirrahim..As Salam,

minggu lepas bunda berkunjung kerumah adik bunda, bunda dapati ketiga-tiga anak-anak dia di jangkiti penyakit kudis buta. Sebab tu diaorang dah lama tak kemana-mana, untuk menumpukan jagaan sepenuhnya kepada anak-anak.

Tiba-tiba bunda baru teringat yang anak lelaki bunda nombor 3 dulu pun pernah kena jangkitan ini. Waktu tu dia masih dalam tingkatan 2 bersekolah di sekolah berasrama penuh. Bunda dapat tahu apabila pihak sekolah menelefon kerumah menyarankan bunda untuk menjemput anak berehat dirumah kerana didapati terkena jangkitan penyakit berjangkit.

Bunda bertanya anak dari mana /siapa agaknya dia dapat jangkitan ini. Menurut anak bunda dia selalu lepak dengan salah seorang kawan rapatnya dari dom sebelah. Memang sah kawan dia tu pun ada  mengidap penyakit ini tetapi tak ramai yang mengetahuinya.  So bunda pun segera google untuk mencari tahu lebih lanjut tentang penyakit ini untuk kita berkongsi bersama.

hama scabies
Kudis buta juga dikenali sebagai scabies. Ia adalah sejenis jangkitan kulit disebabkan oleh hama.  Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan / terowong dibawah lapisan luar kulit. Hama bertelur dibawah kulit dan menghisap darah.

Tanda-tanda awal, pengidap akan merasa gatal-gatal dan ruam pada kulit, terutama pada waktu malam. Ruam kelihatan seperti bintik-bintik merah kecil seakan gigitan serangga atau ekzema. Kanak-kanak dan bayi yang terkena scabies ini boleh menjumpai tanda yang bersembunyi di kawasan lain badan termasuk  -kulit kepala, kaki, tapak tangan , leher, muka dan dicelah-celah kedua jari-jari kaki dan tangan.

Kudis buta berjangkit melalui sentuhan terus kulit kekulit. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti harus dirawat pada masa yang sama.


Pencegahan Dan Rawatan:

Pengenalpastian dan rawatan segera penyakit ini sangat penting untuk mengawalnya daripada merebak. Pesakit yang di jangkiti sepatutnya dikecualikan dari sekolah sehingga selesai rawatan. Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan tempat kediaman , pakaian dan diri pesakit itu sendiri.

Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh pesakit dengan air panas. Jemur tilam, bantal dan pakaian dibawah sinaran matahari. Pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera. Kebiasaannya doktor akan memberi ubat krim Malathion, Benzyl Benzoate dan krim Aqueous (melembab kulit) dan antibiotik untuk dimakan/minum.

Hama kudis buta tak suka tempat panas. Oleh itu bahagian tubuh yang sering dijangkiti ialah bahagian dibawah paras leher hingga ketapak kaki. Namun begitu bayi pula lebih kerap terkena kudis buta dibahagian muka.

Jika pesakit menggaru dan kulit menjadi merekah, bakteria boleh merebak pada kulit dan menyebabkan kulit berair dan bernanah (skin infection). Kehadiran nanah menyebabkan badan berbau kurang enak.

Jika jangkitan berpanjangan menyebabkan kulit jadi tebal, keras, gelap dan menggerutu. Kulit amat gatal dan berasa sakit. Kulit amat sukar dirawat apabila berada diperingkat ini.

Ubat dan krim yang digunakan boleh membunuh hama kudis buta sekiranya disapukan dan digunakan secara betul mengikut arahan doktor. Ubat-ubat ini amat racun untuk hama kudis buta mati dalam masa 24 jam. Apabila hama mati, jangkitan akan surut dan reda.

Setelah semua usaha dilakukan, harap perlu bersabar sebab jangkitan kebiasaannya mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.




*** Apa  pun yang paling utama  jagalah kebersihan diri dan kediaman kita sekerap mungkin.

Wallahu'alam.