Memaparkan catatan dengan label penyakit sendi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyakit sendi. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Oktober 2012

Penyakit Sendi Arthritis

supplement bio glucosomine 500  dan Supa Epa keluaran e cosway


Bismillahirrahmanirrahim.. As Salam,

Dalam entry bunda kali ini bunda nak share dari pengalaman bunda  sendiri tentang penyakit Sendi Dan Urat Saraf atau Arthritis. Penyakit ini kebiasaannya menyerang dikalangan mereka yang dah berusia.  Penyakit ini mendatangkan kesakitan (terutama sendi-sendi utama), kemerahan ,bengkak dan kekejangan sendi.

Arthritis yang sering dihidapi ialah..
  @ osteoarthritis (OA)
  @ rheumatoid arthritis (RA)
  @ arthritis yang disebabkan jangkitan kuman
  @ gout

Tanda-tanda arthritis:
Sakit sendi  terutama jari-jari, pergelangan tangan, kaki, sendi lutut berbunyi, lenguh dan sakit  bahu, pangkal leher dan belakang.

Rheumatoid Arthritis lebih sinonim dengan kaum wanita:
Menyebabkan kekejangan sendi-sendi jari, pergelangan tangan dan kaki.  Lazimnya menyerang pada waktu pagi.

Gout lebih sinonim dengan kaum lelaki:
Mengakibatkan asid urik yang mendap dalam sendi-sendi dan lazimnya menyerang ibu-ibu jari kaki.

Pada awal tahun 2011 dulu bunda sudah ada tanda-tanda penyakit rheumatoid arthritis ini. Tiba-tiba saja susah untuk bangun waktu pagi (morning stifness)  Pangkal leher dan bahu rasa sakit, lenguh dan berat. Sendi siku dan pergelangan tangan juga sakit dan berat untuk bergerak.

Mana kala sendi-sendi jari rasa ketat dan kejang, sehingga nak memegang sesuatu seperti memutar tombol pintu pun sakit dan tak bermaya. Tapak tangan dan kaki selalu kebas. Kaki dan lutut pula tak boleh duduk lama-lama dalam satu posisi.

Sendi lutut berbunyi, buku lali sakit dan tapak kaki susah untuk menapak tepat untuk berjalan kerana kesakitan. Lama juga bunda  merasa gejala-gejala arthritis ini.  Susah hati bunda memikirkan hal ini, bohong kalau kata bunda tak menangis dan murung.

Ini kerana pergerakan sangat terbatas. Sakit lutut dan tapak kaki yang paling ketara. Amat terasa terutama untuk melakukan solat.  Bila dah duduk siksanya nak bangun. Bunda juga selalu ikut kumpulan yassin dan marhaban. Apa lagi untuk naik turun tangga, bunda terpaksa menapak satu satu...sebab tapak kaki tak bolih letak tepat..


Bio Chondroitin keluaran e-Cosway
Bunda tak pernah ke doktor. Takut nanti kene berulang alek, tak mau menyusahkan anak-anak. Sehinggalah pada suatu hari seorang rakan (yang pernah mengalami) telah sarankan bunda untuk mengambil supplement  iaitu Bio Glucosamine 500.  Bunda guna produk dari keluaran e-Cosway.  Bunda amal kan 3 kali sehari selama 3 bulan baru nampak kesembuhannya beransur-ransur.

Bunda tambah makan supplement SUPA EPA  (minyak ikan) dan Bio Chondroitin (seperti dlm gambar). Sebenarnya supplement ini ada di berbagai farmasi. Fungsinya sama cuma harga saja berlainan.

Kini bunda hampir pulih. Jauh beza dari dulu. Bunda dah selesa untuk buat aktiviti harian juga mengikuti  kelas agama dan kemajlis yassin atau tahlil. Paling penting solat.

Alhamdulillah.

p/s: Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali 'mati'...cuma usaha sahaja untuk mendapatkannya...

Wallahualam..