Memaparkan catatan dengan label pokok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pokok. Papar semua catatan

Rabu, 1 Jun 2016

Pokok Limau Kasturi




Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

ini pokok limau kasturi bunda. Bapak yang bagi bunda anak pokok nya dulu. Agak lama jugak bunda bela dan belai pokok ni, tapi macam tak nak membesar apa lagi nak berbuah. Pernah berbunga, tapi tak lekat buahnya... pokoknya pun tak membesar.

Bunda jeles tengok pokok limau kasturi bapak yang subur...walau pun pokoknya kecil tapi buahnya lebat, bunda suka buat air jus limau dan juga basuh ikan.

setelah di baja, keluar bunga tapi tak berbuah

Inilah pokok yang  sama..berbunga tapi luruh begitu saja tanpa hasil. Bunda cerita kat bapak perihal pokok limau kasturi bunda. Bapak belikan dan beri bunda baja buah untuk pokok limau kesturi bunda. Memang nampaklah dalam masa 2 minggu dah mula keluar bunga-bunga putih ni.

Banyak bunganya tapi luruh begitu jer tanpa ada tanda-tanda untuk berbuah...dimana silapnya ntah.. Hingga suatu hari bunda teringat nak rombak tanahnya.  Bunda korek tanah lama yang ada...kemudian bunda gantikan dengan tanah baru...dan letak lagi baja tahi ayam untuk suburkan pokoknyanya.


inilah pokok limau kasturi bunda yang terkini

Lepas beberapa minggu nampaklah pokoknya sedikit membesar dan daun-daunnya bertambah lebat dan menghijau. Lepas tu bunda letak baja buah yang bapak bagi dulu. Kini pokok limau kasturi bunda berbunga lagi...sekali ini meninggalkan putik-putik buah yang banyak...

InsyaAllah sedikit hari lagi besarlah buahnya...

Alhamdulillah.



***Lama menunggu hasil, seperti pokok limau purut bunda, kini dah semakin besar dan tinggi pokoknya dan buahnya tak putus-putus... berkat kesabaran dan sedikit usaha pasti berhasil akhirnya kan.

Isnin, 16 Mei 2016

Rebah Sebelum Dituai



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

pokok nenas bunda, buahnya dah besar tapi belum cukup matang untuk di tuai.... sampai bertongkat pokoknya menahan takut rebah di sebabkan buahnya yang besar.

Akhirnya rebah jugak ke bumi... sebab malam sebelumnya  hujan lebat dengan guruh dan petir sekali.....


Dah lewat petang keesokkan nya baru perasan pokok nenas bunda ni dah rebah
dan patah terus..

Baru nak menguning, sebab bunda dengar cakap orang, kalau biar kuning semua di pokok baru di tuai,  nanti rasa buahnya lagi sedap...

Jangan di peram... nanti rasanya kurang enak, betul ke?


***Disebabkan dah rebah, terpaksa bunda peram 2 hari jugak baru masak keseluruhannya...

Selasa, 15 Mac 2016

Pokok Limau Purut Bunda


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

bercerita tentang pokok limau purut ni pernah beberapa kali bunda bercerita dalam entri-entri bunda yang lalu, antaranya entri Yang Ini. .dan Yang Ini

Pada masa itu memang bunda teruja sangat nak tengok buah hasil pokok limau purut bunda yang dah lama sangat bunda tanam dan tunggu.

Akhirnya hingga kehari ini pokoknya semakin subur dan membesar. Buahnya mula mengeluarkan hasil yang banyak menjadi-jadi dan tak putus-putus.

Rasanya tak sia-sia bunda tunggu dan belai serta bajainya selama ini, berbuah juga akhirnya.   Di setiap hujung ranting ada jer kudup dan bunga serta putik buah yang keluar dan membesar.

Yang mana buah yang dah cukup besar bunda biasanya petik untuk buat mandi, cuci rambut dan badan. Selalunya bunda potong-potong dan perah airnya sambil gosok-gosok buah limau ni di kepala dan  juga dicelah-celah pelipat seluruh badan, memang rasa segar sangat apa lagi dengan aromanya memenuhi satu bilik mandi dan melekat di badan dan rambut juga.


***Alhamdulillah... buahnya yang tak putus-putus boleh buat bunda mandi limau hari-hari....segar sangat....bunda suka baunya.

Jumaat, 6 Mac 2015

Dari Kebun Bapak







Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...

Masa bunda balik kampung beberapa bulan lepas, bunda tengok banyak pokok-pokok
tanaman bapak menjadi,
pokok bunga tumbuh subur dan berbunga lebat...pokok buah dah berbuah.

So bunda pun ambillah beberapa anak pokoknya untuk dibawa balik,  sebab bunda balik dengan anak, naik kereta. Kalau naik bas tak lah kot bunda nak angkut balik.


Pokok bunga ni dari kebun bapak, tapi bunda tak tahu apa namanya.
Bapak tanam dalam pasu besar, merimbun bunganya...cantik, geram bunda tengok.. masa baru tanam bunganya tak banyak lagi.

Bunda tanam dalam pasu kecil jer. Sekarang pokoknya dah besar dan jenis yang ramah berbunga
dan senang hidup. Malangnya bunganya tak lekat lama,
kena tiup angin habis gugur kebumi. Esoknya berkembang lagi...gugur lagi.

Tapi cantik, sebab bunganya kembang serentak...penuh pasu.
          

Pokok limau kasturi ini pun dari kebun bapak...bapak tanam kat tanah. Kecil ajer pokoknya, tapi buah dan putik-putik buahnya lebat. Geram bunda tengok. bunda pun mengecek dengan bapak.
Bapak pun tak kisah sebab dia ada sepokok lagi
yang sedang membesar.

Setelah dua tiga hari bunda tanam dalam pasu...bunda tengok daun-daunnya banyak rosak dimakan belalang. Bunda halau, nanti dia datang balik...Hai! rezeki lah katakan..
terpaksa berkongsi...


Pokok bunga ni bapak tanam depan pagar sederet 3  4 pokok...bila berbunga , cantiknyer...
pokok ni juga senang nak hidup..

Bunda ambil juga...adalah dua pokok...yang satu lagi baru nak membesar...yang diatas ni,
tengah ramah berbunga...




                                
Pokok ni pun bunda angkut juga beberapa anak pokoknya dari kebun bapak.
Ada dua warna,merah dan kuning.
Kat kebun bapak pokok ni dah besar merimbun. Bapak tanam rapat-rapat antara dua warna.

Bila dia berbunga seakan-akan satu pokok ada dua warna bunganya...
cantik sangat...besar-besar pulak tu bunganya...



Yang ni pulak pokok limau purut dari kebun bunda...yang selalu bunda ceritakan dulu...
kini dah tinggi hampir ketinggian manusia dewasa. Lihatlah daun dan
pucuk-pucuk barunya yang semakin banyak. 

blogger Kamsiah
pernah beritahu bunda agar bunda cantas/caras selalu dahan pokoknya...
nanti dahan baru akan tumbuh... .bunda buat seperti yang disarankan...
Alhamdulillah menjadi...terima kasih Kamsiah..

Begitu juga pokok pandan dan nenas bunda yang kelihatan dibelakang tu...sedang membesar dari hasil tanam semula haritu...sikit hari nanti berbuahlah pula
pokok nenas bunda tu

 Harap-harap pokok-pokok yang bunda tanam ni pun menjadi dan subur macam
pokok-pokok  bapak....InsyaAllah..

sebelum ni tak pernah lagi tengok bunga
pokok lidah buaya/aloe vera...
Untuk gambar bonus,  ini gambar deretan pasu pokok lidah buaya/aloe vera jiran sebelah bunda. Antara satu pasu pokoknya berbunga, cantik jugak...warna kuning.. Sebelum ni tak pernah tengok lagi bunga pokok aloe vera....

                 

***Bila-bila balik pulak nak mengecek lagi pokok bapak...he he..