Bismilahirrahmanirrahim...
As Salam,
Pada 24hb Ogos lepas bunda seperti biasa menaiki bas ekspres untuk pulang kekampung bunda di Taiping, Perak. Bunda menaiki bas pukul 10 pagi. Bunda dapat single seat sebab bunda sorang sahaja. Bunda naik dari hentian Pudu Sentral ke Kemunting.
Bas kemudiannya singgah di Hentian Duta untuk mengambil beberapa penumpang lagi. Disebelah bunda ada double seat di tumpangi oleh dua beranak bangsa melayu, seorang ibu tua dan seorang anak lelaki dewasa yang montel.
Tak sampai beberapa minit perjalanan, tiba-tiba bunda terdengar sesuatu dari seat sebelah, suara orang mengerang... bunda yang sedang asyik membaca majalah terkejut apabila di sapa oleh si ibu tua tadi sambil memberitahu anaknya diserang sawan.
Bunda terkejut dan berasa takut juga, tapi bunda tak tunjuk sangat sebab untuk menjaga hati si ibu tua tadi yang dalam kebingungan dan panik. Bunda lagilah panik. Bunda hanya mampu memerhati tanpa disedari oleh penumpang-penumpang lain apa yang berlaku.
Nasib baik pesakit itu tidak terlalu agresif, cuma tersentak-sentak sambil menunjal-nunjal kepala kearah ibunya. Si ibu yang berbadan kurus itu hanya mampu bertahan sambil memegang lengan anaknya. Sesekali si ibu mengelap-ngelap air liur si pesakit yang bersembur.
Tak lama kemudian pesakit mula reda dan terus tertidur. Bunda pun mula beranikan diri berborak dengan siibu tua tadi. Menurut siibu mereka dari rumah anak-anaknya yang tinggal disekitar Kuala Lumpur untuk berubat si pesakit.
Mereka terpaksa naik bas sebab tiada siapa yang dapat hantar sebab bekerja. Sudah puas berubat sana sini, beribu ringgit dah habis. Baik secara traditional mahu pun hospital. Pesakit telah mengidap penyakit sawan sejak bayi lagi, kini sudah berusia 30 tahun.
Yang bunda paling kesian, siibu ini berusia 74 tahun, kini dia seorang sahaja yang menjaga anak yang kurang upaya ni setelah kematian suami 5 tahun lepas. Anak nya semua 15 orang, pesakit adalah anak yang bungsu.
Dia tak mampu untuk menghantar anaknya kepusat jagaan kerana kos bulanan lebih kurang rm600 sebulan. Dia sendiri tak pernah dapat bantuan sebagai ibu tunggal. Nak harap anak-anak lain semuanya sudah berkeluarga dan bawa hal masing-masing. Aduh! kesian dan sedih sangat bunda..
Setelah anaknya bangun dari tidur siibu menyuap bekalan makanan kepada anaknya dengan penuh kasih sayang. Dengan nada suara yang lembut seakan melayani anak berusia 3 4 tahun. Bunda memerhati dari sisi dengan penuh simpati dan terharu.
Bunda juga mula buka bekalan bunda untuk makanan tengahari. Tiba-tiba sekali lagi siibu itu kalut dan memanggil bunda memberitahu anaknya diserang sawan lagi... lagi sekali bunda panik, bunda beritahu pemuda dibelakang bunda, tetapi dia juga cuma memerhati saja.
Dalam kekalutan itu habis tertiarap bekas makanan siibu yang belum dijamah pun ditepis sianak. Yang mampu bunda lakukan hanya tolong mengutip makanan yang tumpah dan masukan dalam plastik. Bunda bukakan botol air mineral untuk siibu membersih serba sedikit pakaian dan mengusap air kekepala sianak. Mungkin dia tak selesa dan berasa panas.
Setelah keadaan kembali tenang bunda pula sampai dulu diperhentian awal... rasa tak sampai hati meninggalkan dua beranak tadi... siibu tua tadi mengucapkan terima kasih kepada bunda dengan penuh kasih sayangnya setelah bunda menghulur tangan bersalaman.
Bunda turun dengan berat hati sambil memikirkan macamana lah dua beranak tu turun nanti...
Dari apa yang berlaku.. bunda google untuk mengetahui punca sawan atau epilepsi ini.
SAWAN atau EPILEPSI:
Sawan adalah keadaan dimana berlakunya renjatan elektrik diotak yang diluar kawalan. Sindrom perubatan untuk sawan yang berulang-ulang tanpa diberangsangkan dipanggil epilepsi. Bagaimana pun sawan boleh berlaku pada mereka yang tidak mempunyai epilepsi.
Sawan Demam adalah sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 38 C. Ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam. Pada kebiasaanya berlaku kepada mereka dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun.
Sebab sawan demam : Demam terlalu tinggi. Jika sawan berlaku melebihi 15 minit, ia boleh mengakibatkan kecacatan otak. Sawan demam juga berkait dengan keturunan.
Cara mengenali sawan demam: Badan panas dan kaki tegang. Kaki dan tangan tersentak tanpa ransangan. Mulut berbuih. Mungkin terjatuh. Tertidur tidak sedarkan diri , apabila sedar, kebingungan.
Perkara yang harus dibuat: Mandi. Longgarkan pakaian, berikan ubat demam dan pasang kipas atau beri peredaran udara yang baik.
Ketika sawan: Anda harus bertenang, mengiringkan badan. Jauhkan dari benda-benda berbahaya dan jangan tinggalkan sesuatu didalam mulut pesakit. Jangan tinggalkan pesakit sendirian dan sekiranya serangan sawan lebih 5 minit, bawa keklinik dengan segera.
Dengan sedikit ilmu ini mari sama-sama kita berwaspada menghadapi kemungkinan serangan sawan ini kepada anak-anak kita. Supaya kita tidak terlalu panik.
SUMBER
Kesiannya...
BalasPadam15 anaknya, tapi begitulah nasib seorang ibu. :(
kasihan nye. semoga Allah pelihara kita semua.
BalasPadamsedihnya.. semoga Allah meringankan beban ibu tu
BalasPadamSedihnya...betapa sayangnya seorang ibu terhadap anaknya. Semoga Allah meringankan bebannya.
BalasPadamRasa sayu bila baca kisah ni. Kesiannya si ibu. Semoga hidup mereka dipermudahkan oleh Allah.
BalasPadamKesiannya..semoga Allah beri kekuatan dan dipermudahkan segalanya kepada si ibu tu..
BalasPadammulianya hati seorang ibu ya bunda..kesian dia menanggung sorang2 anak dia yang istimewa tu..btw, mekasih ye bunda share info pasal epilepsi ni..
BalasPadamKasihnya Ibu membawa kesyurga.. kesian & tumpang simpati baca kisah ibu & anak.. kalau saya jd bunda pn saya berperasaan yg sama.. doakan kesejahteraan mereka berdua.. semoga Allah melindungi mereka.. InshaAllah ;)
BalasPadamsalam jumaat bunda.biar betul 15 orang anak?takkan sorang pun tak mampu hantarkan ibu nak bawa adik tu berubat hurmmmm....jadi apa2 pada diorang berdua di tengah jalan alahai......
BalasPadambaru2 ni di suratkhabar mingguan malaysia,ada artikel mengenai kaedah rawatan islam mengenai sawan.dulu masa anak kembar pompuan dalam 2 tahun,dia diserang sawan tak sampai 5 minit gara2 demam panas. saya ni suka membaca macam2 topik.bila berhadapan situasi tu,saya tak panik dan cepat bertindak.syukur,itulah first and last anak diserang sawan.
subhanallah :( terharu je sy bca..terus igtkn ibu sy..hm besarnya pergorbanan ibu walaupn dh tua..smoga mak dia tabah dan anaknya sembuh kembali..
BalasPadamsedih dgr cite ni bunda..xtau la bleh sembuh ke tidak penyakit sawan ni..kalo m3h pun tentu panik xtau nk buat ape.
BalasPadamKesiannya.... :(
BalasPadamTq sharing ya bunda..
salam bunda,terima kasih sharing cerita ni..sedih membacanya. semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada keluarga mereka, dan semoga Allah membuka hati2 yang hampir/yang berada/yang berkemampuan utk turut empati dan ambil tahu dengan situasi2 sebegini.
BalasPadamfiza pun dlu ader staf kt opis selalu dpt sawan..mmg kesian ngk keadaannye.. kerap pengsan.. hanya mampu berdoa sbb fiza pun x berapa berani..
BalasPadamsedih , sayu kasihan... bercampur baur....
BalasPadamKesiannyer.. moga Allah memberi kekuatan kepada keluarga tersebut.
BalasPadamkesiannya..xpatut betul adik beradik yang lain buat macam tu,hu...
BalasPadambadan kalau panas sgt pun boleh kena serang sawan jugak kn?
BalasPadamAnak sulung saya masa bayi (usia setahun) pernah kena sawan akibat demam panas. Nasib baik ada sedikit pengalaman masa kecik berhadapan dgn situasi ini, jadi tak lah panik sangat. Tapi yg Bunda ceritakan ini penyakit sawan di usia remaja atau dewasa yg bukan berpunca dari demam yg rawatannya agak berbeza dengan kaedah merawat sawan kepada bayi. Kalau tak silap kalau ke hospital ada rawatan khusus utk penyakit ini, walaupun tak berjaya menghilangkan serangan sawan 100% tapi dpt mengurangkan kekerapan waktu serangan...
BalasPadamsy meremang bulu roma n bergenang air mata membaca kisah ibu penyanyang ni..anak 15org takkan sorg pun tak dpt bantu..
BalasPadammmg takut bila anak demam,takut dengan srangan saan macam ni la..mintaklah dijauhkan
Salam Bunda,,
BalasPadamkalo cma yg ada kat situasi mcm tu, mesti dah kaget.tak tau nk buat apa..
hmm.. cuma rasa kasihan & simpati yg mampu diluahkan..
besar pahala menjaga anaknya tu..
Kesian! Agaknya dalam bas tu panas kot!
BalasPadamsalam bunda
BalasPadamItulah kasih seorang ibu..
mulianya hati seorang ibu.. sanggup menjaga anak walaupun dirinya sendiri sudah tua.. sedih mengenangkan nasib pemuda itu..
BalasPadamsebak saya baca kisah ibu ini bunda...
BalasPadamkasih ibu membawa ke syurga...
assalam bunda..
BalasPadamsedihnya...bersyukur krn kitadiberikan kesihatan yg baik...ya Allah....
sedih bace cerita bunda ni..sy xdapat bayangkan macam mana nasib anak tu lepas ibu dy tiada nanti :(
BalasPadamterharu..semoga si ibu mempunyai kekuatan dlm menghadapi apa jua pun..tabah..
BalasPadamaduhhh....seorg ibu boleh jaga 15 organak, tp belum tentu yg 14 itu boleh jaga seorg ibu dan seorg adik yg bermasalah.
BalasPadamtahniah bunda sbb tdk spt lelaki yg duduk dibelakang hanya hanya tengok saja.
boleh diubat mengikut kaedah perubatan Islam . kekadang ada gangguan jin / saka sejak budak tu lahir
BalasPadambetul tu...memang begitulah yang diceritakan oleh siibu itu bila bonda bertanya sudah ke dia bawa berubat dengan pakar perubatan islam, sudah katanya... dan menurut pakar perubatan islam itu ada makhluk halus yang mengganggu...
Padamdan siibu juga bercerita bahwa dia sedar anaknya terkena sejak dari bayi selepas dia bawa bayinya berjalan2 waktu senja...balik rumah terjerit2 dan demam...
kesiannya... besar betul pengorbanan ibunya. anak2 yang ramai pun tiada seorang pun yang boleh bantu.. semoga dipermudahkan urusan si ibu tu... tersentuh hati mia bila baca entri ni..
BalasPadamlebih krang sama kisah kat jiran IM beberapa hari lalu.... anak perempuannya meroyan!
BalasPadammybe budak tu dah demam tu
BalasPadambudak kurang 1o tahun kalau demam jgn endahkan.
nnti mmg kena sawn tarik.
dah kena sekalink kne jga la sbb akan berulang.
kalau berulang boleh juga bawa maut.
take note people.
ciannya bunda..semoga ibu dan anknya tak terjadi apa2..time kcih bunda dgn tips ni..
BalasPadamsalam bunda..
BalasPadamsaya pernah tgk org kena sawan..sedang elok duduk duduk tiba2 jatuh tertiarap dan menggelupur..mulut berbuih buih..mmg kesian..
semoga allah lindungi ibu tua dan anaknya itu..
sedihnya kat mak cik dan anaknya . .
BalasPadamSemoga anak beliau cepat sembuh . .
Besar betul pengorbanan ibu . .
Betul laakan orang cakap
"seorang ibu boleh jaga ramai anak, seorang anak belum tentu dapat jaga ibunya"
Bunda is pernah deman dengan suhu sampai 48 darjah masa pegi jalan2 ke Melaka. Doktor cakap kepala is leh pecah woooo, rasanya time tu is tengah tarik sawan kowt sebab is takleh control badan, punca is tak tahu kena leh demam macam tu tapi last is ingat is minum drinking water, so sampai sekarang is takkan minum drinking water yang jual kat kedai. Phobia + paranoid.
BalasPadamtak pernah tgk org kena sawan depan mata. ya allah kesian sgt kat ibu tu
BalasPadamkasih syg ibu mmg hebatkan.
kalau teman kat tempat bonda masa tu, teman pun xtau nak buat apa2.. just perhaikan aje kot.. emmang x tahu n xde ilmu utk semua ni.. thanx sebab bunda share tenta sawan ni..
BalasPadamberat dugaaan ni kan
BalasPadamYa Allah...sedih baca ceta ni bunda...moga Allah sentiasa mempermudahkan si ibu tadi dan anaknya.
BalasPadamsedihnya baca kisah dia :( apa la guna ada anak sampai 15 orang, tapi 14 orang tu xboleh nak tolong adk seorang :((
BalasPadamkesiannya kat ibu tua n anaknnya tu..harap semua ni ada hikmahnya..
BalasPadamkesian si ibu dan si anak bongsu tu bunda. Huhu..anaknya yg 14 org lagi mana?
BalasPadamya Allah kesianya..^^
BalasPadamsedih, saya nangis baca kisah ni bunda,
BalasPadammoga anak tu cepat sembuh, boleh jaga diri sendiri..
mak dia dah tua,,sedihnya..
kesiannya saya dengan si ibu dan anak tu BUNDA..
BalasPadamdimanakah anak2 yang lain..apapun semoga siibu dan anak itu tabah menghadapi dugaan..mungkin ada hikmah disebaliknya..
Kakau okje pun panik jugak tu KN....yelah sebelum ni tak pernah berhadapan dengan org yg terkena sawan ni
BalasPadamkesiannya..15 org ank..
BalasPadammesti yg awl2 tu da besar2..knpe biar siibu tu seorng diri pergi sana sini ubtkn ank bongsunya tu..
pernah jg tgok org yg kene sawan ni..mse org tu kene sawan,kene letak dlm mlt dia sudu besi..sebab takut dia tgigit lidah masa sawan tu..
hmm..lau yaya,pun risau jgk dgn keadaan ibu dgn anknya tu.. =<
kalu sy ada kt situ, mungkin da panik...
BalasPadambaik nyer bunda..
Kesiannya kat ibu tu kak. Ni lah yg dikatakan seorg ibu boleh jaga 15 anak tapi 15 anak tak boleh nak jaga seorg ibu.
BalasPadamMoga dipermudahkan semuanya kan kak. Kesian sgt.
Ibu2 yg ada anak kecik kenelah usaha lebih sikit utk jaga anak yg demam.kalau dah terkena sekali sawan yg efek kt otak,sampai bila2 la sawan tu bole terjadi.kesian tau..dah 74 tahun, Masya-ALLAH.nk nangis rasa bc kisah makcik ni
BalasPadamkasihnya seorang ibu pada anak...Tapi anak 15 orang xmampu mengasihi ibu nan seorang.
BalasPadam