Isnin, 27 April 2020

Duduk rumah PKP3

 Assalamualaikum, semenjak PM mengumumkan PKP  (perintah kawalan pergerakan) sejak 18hb Mac 2020  kesan dari penularan wabak Covid-19, kita semua banyak duduk dirumah. Segala pergerakkan untuk keluar bekerja, aktivi riadah dan  membeli barang keperluan sangat terbatas.

Apa lagi untuk perjalanan balik kampung, percutian juga event2 yang melibatkan perkumpulan. Jarak sosial sangat di galakkan. . Kini PKP sudah hampir ke fasa 4. Mungkin dilanjutkan sehingga lepas raya.


Kesan dari PKP ini juga ramai yang terpisah sementara dengan saudara mara, anak2, ibu ayah  dan rakan taulan  Begitu juga Bunda. Sudah sebulan lebih tak berjumpa dengan cucu-cucu Bunda.  Aadam Nuh, 3 tahun dan Aali Umar, 2 tahun.

Kami cuma  sering berhubung melalui telefon. Berwasap dan ber video call. Anak cucu Bunda di Semenyih, Bunda di Kajang.

Walau pun tak jauh mana pun, tetapi perasaan rindu dan peluk cium tu kadang buat Bunda berlinang jugak air mata. Rindu dengan karenah, gelak ketawa dan macam2 lagi ragam mereka.

Tiap malam sebelom tidur, Bunda mesti buka gambar dan video2 kenangan bersama mereka. Sesiapa yang dah jadi datuk dan nenek pasti faham


Tak tahu lah raya tahun ni dapat ke tidak bersama anak menantu dan cucu2 berkumpul seperti raya tahun2 sebelomnya. Gambar diatas gambar raya tahun lepas Bunda dan cucu2 Bunda.


Rindu jugak dengan bapak Bunda ni.  Last jumpa semasa Bunda dan anak menantu balik kampung pada pertengahan Feb lepas.  Hanya calling2 jelah yang mampu.

Rindu bersahur dan berbuka puasa bersama bapak seperti tahun2 lepas, Bunda balik 2 3 hari kekampung di bulan puasa.


Tak ketinggalan rindu jugak dengan budak kerinting ni.  Muhamad Zarif Umar.

Semenjak Bunda berhijrah dari Cheras ke Kajang, Ogos tahun 2019 yang lalu, jarang dapat berjumpa. Cuma melalui wasap juga kami sering berhubung.

Zarif anak asuhan Bunda sejak dari baby lagi. Kiranya Zarif ni sebahgian keluarga Bunda. Anak angkat lebih kurang. Zarif dah berumur 10 tahun.  Dah sama tinggi dengan Bunda (mak nora).

Apa2 pun selagi wabak Covid-19 ni belom reda sepenuhnya, tak kisahlah apa pun saran yang kerajaan buat, patuhkan jerlah. Demi keselamatan dan kesihatan kita juga.

Duduk rumah, jalinkan silaturrahim dan eratkan kasih sayang sesama kita dalam satu rumah.  Jaga kebersihan diri dan sosial distance kita. Amalkan normal baharu.  Jangan panik dan bosan, buatlah kerja2 dan amalan yang berfaedah sepanjang PKP ini.

Semoga kita berjaya secepat mungkin untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19. InshaAllah.


****Dudukrumahpkp3

15 ulasan:

  1. Salam Ramadhan bunda.Moga semuanya segera pulih.Aamiin.

    BalasPadam
  2. Mak saya pun sama bervideo call dgn cucu2..hehe..nenek mesti rindu kt cucu...dah besar Zarif..

    semoga covid-19 segera hilang di negara M'sia, supaya dpt kita bersama dgn org2 yg dirindui..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah..semoga sebelom hujung tahun ni kita semalaysia dah bebas dari covid19..
      Bebas pkp..😄

      Padam
  3. Mujur lah... boleh jugak bervideo call kan... terhibur jugak la sekejap... kami di sini pon macam tu. Petang2 nanti appointment semua adik-beradik, ipar duai ngan anak2 saudara attend zoom meeting bersama tok... apa2 pon kita semua kena jangan berhenti berdoa terutamanya bulan puasa ni... agar Allah pelihara kita di Malaysia dan umumnya di dunia nih..

    BalasPadam
  4. oh ya... can't help myself tersenyum jer tengok kedua-dua orang cucunda tu... comey nyaaa... dah nampak macam kembar haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha ramai yang cakap kembar...bukan..setahun sorang.. .my litle heros..

      Padam
  5. Harap2 raya ni dapatlah berjumpa dengan yang terpisah dek PKP ni

    BalasPadam
  6. Besar dah Zarif.. ingat lagi dulu masa dia kecil yg Bunda kongsi di blog ni hihii. Mmg rindu bila keadaan PKP ni, bukan soal jauh dekat tetapi sbb lama tak dot berjumpa spt biasa tu yg buat rasa rindu malah sayu juga. Moga keadaan dpt segera pulih spt sediakala.. sama2lah kita terus berdoa utk kebaikan bersama semua.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah ..aamiin..terima kasih kerana KK dan anakanda yg lain2 masih ingat Bunda dan sudi singgah diblog usang Bunda ni..terharu sangat..

      Padam
  7. Comel nya...chubby2 yang dua orang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang...dua2 dah obes...tengah nak mengecikkan badan dorang..hehe😂

      Padam
  8. Ayahanda tenang di posisi dia..merenung kehidupan mendatangi

    BalasPadam