Khamis, 30 April 2020

Rindu


Assalamualaikum, Salam Ramadhan ke7 hari ini.

Sebagai seorang ibu, yang kini sudah menginjak usia 60an., perasaan rindu itu sangat menebal. Rindu anak2, rindu mak ayah, rindu cucu2 dan rindu rakan taulan.

Juga rindu momen2 indah, suka duka bersama famili sendiri lebih 30 tahun lalu.  Rindu semasa anak2 masih kecil. Rindu semasa zaman anak2 masih sekolah. Rindu arwah suami. Apa lagi disaat2 menjelangnya hari mulia, Aidil Fitri nanti.

Hanya doa saja yang dapat Bunda titipkan supaya Bunda dan anak cucu sentiasa sihat, panjang umur dan dapat berkumpul dan kunjung mengunjung seperti biasa. aamiin.


Kini anak2 dah besar panjang, 3 orang dah berumah tangga, tinggal abang long jer belom sampai jodoh. Masing2 dah ada rumah sendiri. Walau pun dekat, tapi jauh. Mereka tidak lagi bersama tinggal dengan Bunda.

Ada yang bekerja di luar Selangor. Dalam musim PKP ini Bunda dah lama tak berjumpa mereka. Apakah Hari Raya tahun ini kami akan dapat berkumpul dan semeriah tahun lepas?


Rindu dengan hero2 yang dua ketul ni. Walaupun boleh berhubung melalui fon, yang si abang tu dah pandai bercakap, "nanti uwan datang yer". Luluh hati, berlinang air mata.  Mungkin anak sekecil itu pun sudah faham apa erti "Rindu" .


Dalam kesempatan semasa PKP nilah Bunda gagah untuk "comeback" di Blog Usang" Bunda ni untuk mengisi masa terluang Bunda.  Selain  itu  Bunda dah lama juga "Rindu" dengan kalian, rakan2 alam maya Bunda sejak 2012 lagi.

Rindu akan kemeriahan "Blog Walking" kesana kesini...kesana kesini.  Bunda masih ingat kalian2 yang sering ke Blog Bunda ni suatu masa dulu. Blog Usang dan Sendu dari seorang ibu tua, yang tak seberapa dan tak punya apa2 kelebihan yang nak dibanggakan. Tak setanding dengan Blog2 kalian yang sentiasa aktif dan gah.

Rindu, Khir Khalid, Normala Saad, Anajingga, Cma Shiema, Julia Johari, ARz Moha, Zakie Purvit, Nohas, Jari Manis, TukangKebun, Paridah, Cahayahidupku, Pha Is, Atie Yusof, Okjer, Warisan Petani, Saniah Ibrahim, WhiteBarley, Abam Kie, PerduCinta, Kayu Manis, Zaza Nizam, Etuza, Nora Karim, Fiza  Rahman, Noe Suhaimi, Wafa cw, Sweetie, Dear Anies, el-Darwena, Lieya Latif, Notie dan ramai lagi. 

Semoga kalian sihat2 selalu. Salam rindu dari Bunda.


***staysafeathome

13 ulasan:

  1. Salam rindu Bunda..

    semoga PKP ni cepat berakhir, supaya dapat kita berkumpul bersama orang2 tersayang..

    BalasPadam
  2. Y...kadang2 rindu kita tak terucap tak terlihat bila berhadapan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, rindu kamu jugak. Terima kasih sudi singgah..

      Padam
  3. Salam kenal bunda. Ye bunda, musim PKP rindu sekali dengan keluarga. kita sabar dan doa semoga semuanya kembali seperti biasa dan dapat berkumpul semua.

    BalasPadam
  4. SELAMAT KEMBALI BLOGGING N BERTEMU KAWAN2 BLOGGER YANG MERINDUI ENTRY KARYA TERBARUMU...SALAM RAMADAN

    BalasPadam
  5. Salam untuk anda dan keluarga.

    Semoga epidemi segera berakhir dan aktivitas kembali normal seperti dulu lagi.

    BalasPadam
  6. sejak pkp ni saya pun rajin menjengah blog kembali... x ramai blogger era 10 tahun lepas yang masih aktif... kemana kah mereka sekarang?

    BalasPadam
  7. Haha saya pun anak sulung belum kahwin juga.
    Saya pun nak rajin blog walking. Nanti rajin-rajin datanglah lawat blog saya. Saya pun akan lawat di sini. Insya Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar pertama macam rupa Uwan saya pula.

      Padam
    2. Gambar dari google tu..😊

      Padam
  8. Saya awal sikit dari KN aktif balik lepas nearly 5 years kut tak jenguk blog hari tu... Bila masuk balik baca komen2 last posting memang rasa RINDU masa dok aktif berblog - blog walking, update cerita itu ini... hahaha. Saya paling rasa missing sgt2 bila nama Zakie Purvit KN mentioned kat atas tu... Kak Zakie hilang terus selepas last posting bulan ramadhan... APa khabar beliau... btw, KN... kalau x boleh aktif macam dulu pon, at least sekali sekala kena jugak update blog tengok rakan2 blogger kan? Nama2 KN sebut tu dah macam satu jiran setaman dok pagi-pagi jenguk sembang sambil jemur kain tukar2 cerita kan? hahahaha... bila jenguk tenguk hari tu tak sidai kain, tertanya2 ke mana lah jiran tu pergi noh? hahaha... Semoga KN sihat2 dan ceria selalu yaa :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu wafa..zakie purvit tak hilang pun..cuma beliau beralih arah aktif dlm instagram..😄

      Padam