Isnin, 4 Mei 2020

Barisan Hadapan Perubatan

                                                           imej google

Assalamualaikum dan salam ramadhan hari ke 11 hari ni untuk semua rakan2 yang beragama Islam. Sekejap jer masa berlalu dah hampir dua minggu dah kita berpuasa.  Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) membenteras penularan rantaian Wabak Covid-19 juga sudah masuk ke fasa 4.

Walau pun PM sudah mengumumkan ada sedikit kelonggaran, namun kita harus ingat batas pergerakkan kita masih perlu dikawal.  Hanya sedikit kelonggaran bukan kebebasan. Begitu juga kita  mesti patuh akan SOP yang ditetapkan.

Supaya rantaian Covid-19 dapat disekat terus. Kasihan lah kepada mereka yang di "Barisan Hadapan" seperti mereka dibidang perubatan, penghantar makanan, tukang cuci, pasukkan keselamatan, polis, tentera dan ramai lagi.

Kasihan mereka, mereka terpaksa berkerja untuk kita. Kita hanya duduk dirumah sahaja. Mereka juga ada anak isteri, suami dan ibu bapa yang terpaksa ditinggalkan dan berpisah sementara,  sepanjang kewajiban mereka menjalankan tanggung jawab Negara semasa PKP akibat wabak Covid-19.



 Begitu jugalah yang berlaku pada diri Bunda sendiri, anak menantu Bunda juga salah sorang dari mereka yang di "Barisan Hadapan". 

Bunda hampir dah tak kenal mereka dalam suit ala2 Angkasawan begini.  Dr. Iszanita, anak angkat Bunda bertugas di hospital di Johor. Dah lama dah kami tak berjumpa sebab bertugas jauh dari Selangor.  Apa lagi sepanjang PKP ini.



Begitu juga dengan anak lelaki Bunda, Dr. Naz yang bertugas di Negeri Sembilan. Last berjumpa semasa PKP fasa pertama haritu. Menantu Bunda Dr. Ain bertugas di Hospital Putrajaya.  Walaupun dekat tetapi jauh.

Apa2 pun, Bunda bangga dengan mereka anak menantu Bunda yang berkhidmat sebagai "Barisan Hadapan" dimusim gawat wabak Covid-19 ni.  Walaupun tak banyak,  sekurang2nya jasa mereka dihargai.

Bunda sebagai ibu cuma boleh berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka. Semoga mereka selamat, sihat dan dijauhi mala petaka Covid-19.  InsyaAllah, aamiin..


***kitajagakita







14 ulasan:

  1. aamiin..semoga Allah pelihara mereka dan jg kita semua...

    BalasPadam
  2. MOGA ALLAH LINDUNGI ANAK2 BUNDA N KITA SEMUA DRPD DIJNGKITI COVID19

    BalasPadam
  3. bunda dh dpt duit bPn ke blom?

    BalasPadam
  4. Harap kita patuh dalam PKPB. Saya masih duduk di rumah, tak keluar-keluar lagi.

    BalasPadam
  5. Tu la.. semoga mereka semua dipelihara Allah SWT dari bahaya covid 19... kesian kat frontliners kena berkorban, begitu juga keluarga mereka ... masyaALlah...

    BalasPadam
  6. Syabas dan moga mereka terus tabah dan dilindungi Allah. Berdoa agar semua kita selamat. Tanpa depa, kita akan terus runsing dan bimbang. Terimakasih Frontliners!

    BalasPadam
  7. Semoga Allah melindungi dan memudahkan semua urusan frontliner kita.

    BalasPadam
  8. Mereka hero kita....salam ramadhan cikguzim follow bonda

    BalasPadam
  9. Rahniah Puan...semoga anak menantu sentiasa kuat dan sihat membantu semua orang...

    BalasPadam
  10. semoga ramai rakyat malaysia menghargai mereka dan menjaga diri daripada wabak covid-19 selepas ini

    BalasPadam
  11. jasa jasa frontliners memng tak terbalas..
    semoga Allah rahmati kita semua =)

    BalasPadam
  12. Prediksi Nomor Singapura, Prediksi Nomor Togel, Prediksi Sydney Hari ini , Prediksi Sgp Besok, Prediksi Sgp Hari Ini, Prediksi Sgp Jitu, Prediksi Singapura, Prediksi Singapura Hari Ini, Prediksi Singapura Jitu, Prediksi Togel, Prediksi Togel Hari Ini, Prediksi Togel Online, Prediksi HK Hari ini, Prediksi Togel Singapura, Prediksi Togel Singapura Hari Ini, Prediksi Toto, Prediksi Toto Sgp, Ramalan sgp, Ramalan Sgp Hari Ini, Ramalan Singapura, Ramalan Togel, Ramalan Togel Hari Ini, Ramalan Togel Sgp, Ramalan Togel Singapura, Result Sgp, Result Singapura, Sgp Hari Ini, Singaporepools, Singapura Hari Ini, Situs Judi Togel, Situs Togel, Situs Togel Online, Situs Togel Terpercaya, Syair Mimpi, Togel Hari Ini, Togel Mbahtoto, Togel Online, Togel Terbesar, Togel Terpercaya

    BalasPadam