Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Entri ini ekoran dari entri bunda yang INI. Beberapa bulan lepas, bunda mendapat batuk dan sakit tekak yang agak lama dan berulang-ulang.. Batuk nya sesekali (kebiasaannya diwaktu malam dan ketika waktu sejuk) tetapi sakit tekak yang sangat perit dan gatal ditambah pula pecah-pecah dalam mulut bunda itu yang buat bunda tak tahan dan rasa kurang selesa. Rasa perit ditekak buat bunda susah nak menelan makanan.
Apa lagi bila cuaca sejuk dan mengambil makanan yang pedas. Mana boleh tak ambil makanan pedas...dah tekak melayu kan. Walaupun sebenarnya bunda memang kurang makan pedas-pedas sangat seperti cili api...perut dah tak boleh terima sebenarnya...untuk sakit tekak bunda ni, doktor nasihatkan bunda ambil makanan lembut dan sejuk seperti jelly, yogurt, puding, agar-agar, ais krim, oat atau nestum dan sebagainya..
Tambah dengan bersin dan berhingus (bunda juga ada resdung) sakit kepala, di tambah pula batuk berkahak yang lambat sembuh membuatkan saluran pernafasan bunda bertambah teruk dan menjadi susah untuk bernafas dan sakit dada. Apa lagi bunda pernah mengidap asthma/lelah selama ini.
Dah macam-macam cara dan petua bunda cuba tapi tak sembuh juga sakit tekak dan batuk bunda. Sampai suatu ketika bunda rasa seakan kehilangan suara, parau. Ini sangat mengganggu tidur dan aktiviti seharian bunda (sesekali bunda ada juga ikut kumpulan yassin dan marhaban serta mengaji)...Bila dah batuk dan kurang tidur waktu malam, tahu saja lah, waktu siangnya tak bermaya, sakit kepala dan mengantuk, badan terasa huyung hayang...tapi siang hari bunda tak boleh tidur nyenyak.
Tiap bulan bunda perlu berulang alik kekampung jenguk bapak (naik bas lagi)...itu dah jadi rutin dan tanggung jawab bunda walaupun badan sendiri pun uzur. Disember lepas bapak kena bedah mata dan Februari ni pulak bapak akan buat pemeriksaan lanjut penyakit Prostatnya...dan kemungkinan akan dibedah juga...pada awalnya haritu bapak terpaksa kencing guna kantung plastik...kerana masaalah kencing....sakit semasa nak kencing secara normal. Penat? memang penat, tapi nak buat macam mana...semuanya itu ujian untuk kita...redha jelah...
Berbalik tentang sakit tekak bunda, puas dah bunda minum air asam jawa, air barli, makan gula-gula sakit tekak dan makan ubat batuk yang bunda beli dari farmasi dan berjumpa doktor swasta. Doktor ada juga beri ubat kumur-kumur dan ubat titis yang manis tu juga antibiotik untuk sakit tekak dan pecah-pecah dalam mulut bunda. Dah banyak RM habis dengan klinik swasta.
Last-last bunda pergi klinik kerajaan...disana bunda diarah untuk periksa darah. Doktor tak beri bunda ubat batuk sebaliknya beri 'inhaler' untuk semput dan sesak nafas bunda (seperti yang pernah bunda ceritakan sebelum ini)...tak pernah seumur hidup bunda guna 'inhaler' ni...bunda pun tak pandai menggunanya.
Hasil dari pemeriksaan darah tiada sebarang jangkitan dan masaalah paru-paru. Jantung semua ok....cuma tekanan darah bunda naik sikit, tapi masih ditahap normal. Menurut doktor batuk asthma bunda, hanya asthma biasa disebabkan cuaca dan alahan. Doktor beri pil vitamin.
Bunda sebenarnya tak mahu bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan. Ada salah seorang kenalan di klinik tu beritahu bunda, cuba amalkan minum jus lemon dengan madu lebah... katanya boleh juga melegakan saluran pernafasan.
Dari hasil google dan pembacaan, bunda dapati memang banyak khasiat jus lemon ni. Sebelum ni pun memang pernah terbaca...tapi tak pernah nak cuba amalkan pun...So bunda dapatkan buah lemon dan madu lebah. Tiap awal pagi setelah bunda minum segelas air kosong (seperti amalan bunda selama ini).. lebih kurang selang setengah jam, bunda perah sebiji buah lemon dalam segelas air suam dan campur satu sudu madu....bismillah...selawat, doa dan niat mintak kesembuhan dari Nya...kemudian minum terus.
Sekarang bunda cuba untuk amalkan minuman jus lemon ni sebagai membantu penambah baikan kesihatan bunda (terutama sakit tekak bunda)...dan bunda mula gemar rasa kesegaran jus lemon itu sendiri. Sebenarnya sebelum ini bunda ni kurang gemar buah buahan yang masam-masam ni...
Kadang-kadang bunda perah jus lemon dalam air teh 0 suam juga. Memang segar dan sedap. Kini tekak bunda yang perit dan gatal hampir beransur sembuh...cuma batuk dan asthma saja sesekali walau pun dah kurang berkahak. Alhamdulillah.
Dari apa yang bunda baca hasil dari google, jus lemon ini juga :
*** Dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin..
*** Kedua-dua campuran jus lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Dengan itu jus ini lebih baik di ambil selepas memakan makanan yang banyak lemak.
*** Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
*** Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari dan mengurangkan risiko mendapat strok dan gout. Ia juga adalah anti oksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.
*** Jus lemon juga membantu membuang bahan yang tidak di perlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa (ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) Oleh itu dengan mengamalkan minum jus lemon , tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.
*** Bagi yang terasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tips ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
*** Lemon mempunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ia nya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.
*** Seharian kulit kita terdedah dengan cuaca yang terik dan habuk. Dengan amalan minum air lemon dapat menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkitan kuman yang tidak menentu. Pasti dalam beberapa lama , kulit anda akan ada perubahan.
*** Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.
Cuma nak istiqomah lah kan dalam sesuatu amalan kita lakukan...kadang tu terlupa ...kadang tu kehabisan buah lemon bunda guna buah limau kasturi ajer. Bunda ni pun bukan jenis yang rajin sangat pun nak terus berpantang makan itu ini. Dalam dok jaga pun sesekali terlanggar juga pantang. Bila dah sakit baru terkapai-kapai. .Tengah ada selera dan nafsu makan, bila suatu hari dah ditarik balik dan hilang semua tu...dah tak guna lagi dah walaupun dilambakkan didepan mata.
Kita cuma berusaha dan berikhtiar...semua itu adalah hanya sebagai alat ... yang memberi kesembuhan hanya Dia. .Buat kata IM (Insan Marhaen) tentang pemakanan dalam entrynya disini . Itu pendapat dari seorang yang bernama lelaki, bagi diri bunda ni seorang wanita berusia... lagilah. Dalam usia menginjak senja ni, sedaya upaya bunda nak jaga semua tu. Tubuh badan ni masih nak diguna lama selagi hayat dikandung badan. Kalau boleh bunda tak mahu sakit yang tak boleh untuk bunda mengurus diri sendiri dan sampai menyusahkan insan-insan tersayang disekeliling bunda.
Suplemen juga bunda ada ambil. Mungkin gabungan kedua-duanya dan dengan izin Allah juga dengan doa kalian bunda dah beransur sembuh. Cuma bunda kena banyak rehat dan cukup tidur. Alhamdulillah.
***Jom sama-sama kita ubah rutin seharian kita dari mengambil minuman yang berkafein dan berkabonat kepada minuman yang lebih sihat, segar dan bermanfaat.
