Assalamualaikum, Salam Ramadhan ke7 hari ini.
Sebagai seorang ibu, yang kini sudah menginjak usia 60an., perasaan rindu itu sangat menebal. Rindu anak2, rindu mak ayah, rindu cucu2 dan rindu rakan taulan.
Juga rindu momen2 indah, suka duka bersama famili sendiri lebih 30 tahun lalu. Rindu semasa anak2 masih kecil. Rindu semasa zaman anak2 masih sekolah. Rindu arwah suami. Apa lagi disaat2 menjelangnya hari mulia, Aidil Fitri nanti.
Hanya doa saja yang dapat Bunda titipkan supaya Bunda dan anak cucu sentiasa sihat, panjang umur dan dapat berkumpul dan kunjung mengunjung seperti biasa. aamiin.
Kini anak2 dah besar panjang, 3 orang dah berumah tangga, tinggal abang long jer belom sampai jodoh. Masing2 dah ada rumah sendiri. Walau pun dekat, tapi jauh. Mereka tidak lagi bersama tinggal dengan Bunda.
Ada yang bekerja di luar Selangor. Dalam musim PKP ini Bunda dah lama tak berjumpa mereka. Apakah Hari Raya tahun ini kami akan dapat berkumpul dan semeriah tahun lepas?
Rindu dengan hero2 yang dua ketul ni. Walaupun boleh berhubung melalui fon, yang si abang tu dah pandai bercakap, "nanti uwan datang yer". Luluh hati, berlinang air mata. Mungkin anak sekecil itu pun sudah faham apa erti "Rindu" .
Dalam kesempatan semasa PKP nilah Bunda gagah untuk "comeback" di Blog Usang" Bunda ni untuk mengisi masa terluang Bunda. Selain itu Bunda dah lama juga "Rindu" dengan kalian, rakan2 alam maya Bunda sejak 2012 lagi.
Rindu akan kemeriahan "Blog Walking" kesana kesini...kesana kesini. Bunda masih ingat kalian2 yang sering ke Blog Bunda ni suatu masa dulu. Blog Usang dan Sendu dari seorang ibu tua, yang tak seberapa dan tak punya apa2 kelebihan yang nak dibanggakan. Tak setanding dengan Blog2 kalian yang sentiasa aktif dan gah.
Rindu, Khir Khalid, Normala Saad, Anajingga, Cma Shiema, Julia Johari, ARz Moha, Zakie Purvit, Nohas, Jari Manis, TukangKebun, Paridah, Cahayahidupku, Pha Is, Atie Yusof, Okjer, Warisan Petani, Saniah Ibrahim, WhiteBarley, Abam Kie, PerduCinta, Kayu Manis, Zaza Nizam, Etuza, Nora Karim, Fiza Rahman, Noe Suhaimi, Wafa cw, Sweetie, Dear Anies, el-Darwena, Lieya Latif, Notie dan ramai lagi.
Semoga kalian sihat2 selalu. Salam rindu dari Bunda.
***staysafeathome



