Rabu, 5 September 2012

Senduk Kayu Bawa Maut


Bismillahirahmanirahim... As Salam...

SEDIH- Mohd Sanusi Jaafar disisi jenazah ibu mertuanya, Wan Kelthum, untuk dihantar ke hospital. Gambar kecil Wan Kelthum.

Pasir Putih:  Penantian selama tiga jam seorang anak menunggu ibunya mengambil senduk kayu sebagai alat memasak hidangan jamuan Aidilfitri berakhir dengan kejutan apabila wanita itu ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Jebak, Jeram, dekat sini, semalam.

Lebih memilukan, senduk kayu yang sepatutnya diambil mangsa Wan Kelthum Wan Hussain, digunakan penjenayah untuk memukul belakang kepala dan mukanya beberapa kali hingga peralatan memasak itu patah.



GAMBAR KECIL WAN KELTHUM WAN HUSSAIN

Secara kebetulan Wan Kelthum yang juga guru Al Quran mati dibunuh sehari sebelum usianya genap 68 tahun hari ini dan mayatnya ditemui cucunya Nik Muhammad Imran Razali 13, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dibilik tidur rumahnya, jam 1 tengahari.

Sebelum itu, warga emas terbabit beredar dari rumah anaknya, Raja Zalilah Raja Hussain 40, yang hanya terletak kira-kira 100 meter, pada jam 10.30 pagi untuk mengambil senduk berkenaan.

Raja Zalilah yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (sk) Jeram berkata, penyerang emaknya mengambil gelang tangan emas dipakai mangsa dianggarkan bernilai RM4,000 sebelum melarikan diri.



AL FATIHAH..


Sekian saja buat kali ini , hingga bertemu dilain entri bye..chow!..




8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Nora
    al fatihah untuk allahyarhamah
    terima kasih kak sudi follow blog saya
    saya follow blog akak ye

    BalasPadam
  2. terima kasih dtg ke blog mamaema..salam kenalan dan selamat hari raya

    BalasPadam
  3. Ya Allah,sedih plak jadi mcm ni..kalau sya,mst trkjt n trauma..:( salam,singgh sini n tmbh knln..kalau sudi,mai ke blog sya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima ksh singgah...insyaAllah..

      Padam
  4. semoga pelakunya menerima balasan yg setimpal..al-fatihah utk arwah

    BalasPadam