Rabu, 29 April 2015

Resipi: Mee Hailam Mudah

mee hailam mudah resipi bunda


Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam....

Tiap kali bunda balik kampung ada ajer  adik-adik  bunda minta  masakkan untuk mereka... Bunda ni sebagai kakak sulung  ibarat menggantikan arwah mak bunda. Dulu mak lah buatkan...bukan mereka tak pandai cumanya nak bermanja disamping mengenangkan arwah mak kami.

So sekali ni mereka minta bunda masakkan mee hailam. Budget merekalah kan, bunda tolong masak jer...bapak bunda yang terlebih terujanya. Mee hailam bunda ni simple ajer tapi rasanya lain sikit...bahan-bahannya main campur jer semua...bunda pernah belajar dengan kawan bunda semasa tinggal kat Serawak  lama dah dulu....

Kalau nak tahu apa kelainannya,  jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya,  tapi resipi bunda ni bahannya agak-agaklah yer...ikut kesesuaian selera masing-masing...masa bunda masak kat kampung hari tu, banyak kuantitinya...

cili jeruk kiranya bahan wajib untuk rasakan kelainannya..dan untuk
yang sukakan pedas..


Bahan-bahannya:

@ Mee kuning...(celur dan toskan)
@ Bunga kobis..
@ Sayur sawi...
@ Lobak merah..
@ Daging (direbus dulu dan dipotong kecil2, air rebusanya biar banyak sikit untuk disimpan sebagai kuahnya nanti)
@ Sedikit udang hidup dan sotong...
@ Halia dan bawang putih secukupnya...( ditumbuk bersama hingga lumat, bahan ini untuk ditumis, kalau lebih sikit pun tak per, rasa dan aromanya menambah sedap kuah nanti)
@ Lada hitam juga di tumbuk...jangan terlalu halus, biar lebih sikit, biar terasa lada hitam ini dalam kuah nanti...ini yang bezanya resipi ini dengan kuah mee hailam yang lain)
@ Kicap pekat manis
@ Kicap masin
@ Sos tiram
@ Bahan2 perasa
@ Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah...
@ Cili merah & cili hijau dan limau kasturi/cuka (cili2 dipotong bulat2 kasar...rendam dalam cuka atau air limau ikut selera masing2...sebagai cili jeruk)


Cara memasaknya:

1) Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumisan...bila dah naik bau masukkan lada hitam, ...masukkan daging dan air rebusannya tadi...

2) Boleh ditambah air sekiranya nak lebih kuahnya...apabila mendidih masukkan kedua kicap, sos tiram dan bahan perasa...kicap pekat manis memang letak agak lebih...biar kuah warna gelap dan sedikit manis...nak pedas dari cili jeruknya nanti..

3) Masukkan sayur-sayur yang telah dipotong-potong......kemudian sekali baru masukkan sotong yang dipotong bulat dan juga udang hidup.

4) Pekatkan sedikit kuah dengan bancuhan sedikit tepung jagung kedalamnya...jangan terlalu pekat...SIAP untuk dihidangkan.

5)  Semasa menghidangkannya tambah cili jeruk tadi... kiranya cili jeruk ini wajib...untuk kelainan rasanya dan rasa pedas.

6)  Resipi mee hailam bunda ni memang lain dari yang lain....tak ada cili kering/boh seperti kebanyakkan mee hailam lain...Satu lagi bahan tumisannya juga hanya halia dan bawang putih yang akan menambah dan menaikkan aroma kuahnya

7) Satu lagi kelainannya ..lada hitam yang ditumbuk kasar akan terasa tergigit semasa makan bersama mee nanti... Lada hitam juga bahan untuk penambah rasa pedas....so tak perlu cili boh lagi.  Semua ini lah yang membezakan mee hailam bunda ni dengan yang lain...Mudah jer kan..cubalah kalau tak percaya...

8) Kalau yang bukak warung, mee hailam ni boleh di masukkan meenya sekali semasa didihkan kuah..ikut kuantiti ramai mana yang nak makan satu meja.....sekejap ajer dan angkat untuk dihidangkan dalam pinggan bujur....baru di senduk dalam pinggan masing-masing..gitew..

8) Selamat mencuba...



*** Kalau nak sedap lagi boleh tambah sikit air rebusan tulang lembu...jangan banyak sangat, tak nak nanti ada lemak-lemak dagingnya terapung-rapung pulak dalam kuah.....




38 ulasan:

  1. Sedapnya..Lapar lah pulak. Belum sarapan lg.
    Special ni...ada lada hitam..Confirm terangkat punya.

    BalasPadam
  2. terliur la pulak tengok pagi2 nih. huhu

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum bunda..alahai..SA mlm td x makan..terus terasa lapar ni ha....

    BalasPadam
  4. DEKAT KAWASAN SAYA ADA SATU KAMPUNG NAMANYA KAMPUNG HAILAM.. :)

    BalasPadam
  5. tentunya mee hailam bunda ni speacial sebab tu adik2 bunda suka bunda yg masak...boleh cuba resepi bunda ni nanti.

    BalasPadam
  6. Sedap ni resepi KN.
    Kakak sejak awal bulan nak buat tak terbuat-buat (tapi dah makan yg beli punya haha...)
    Nantilah cuti hujung minggu ni mana tahu..

    BalasPadam
  7. Salam Bunda,

    Walaupun ringkas tapi tetap sedap dan mengeyangkan kan?

    BalasPadam
  8. ada kelainan rasa ni dgn tmbhn lada hitm n cili jeruk pula.

    BalasPadam
  9. Aroma lada hitam tu yg menambah sedap mee hailam tu bunda ;)

    BalasPadam
  10. Sedap nampak, apa lagi saya belum sempat nak breakfast lagi ni...

    BalasPadam
  11. Saya suka makan mee hailam... tapi rencah2 yang di letakkan dalamnya banyak yang saya tak boleh makan nampaknya KN... bukan saja-saja tak nak makan atau alegik... tidak... tapi atas nasihat doktor... sehingga Julai nanti baru boleh buat keputusan samaada kena operate ke tidak.

    BalasPadam
  12. acik ambil resepi ye bunda..terima kasih

    BalasPadam
  13. Kak zai simpan dulu resepinya nanti boleh cuba. Terima kasih bunda kongsi resepi.

    BalasPadam
  14. sedaaaap nyerr bunda...
    In Shaa Allah akan try resipi bunda ni
    tq

    BalasPadam
  15. yan pminat mee bandung...setakat nie mee bandung kambing masih pilihan no 1 :-))

    BalasPadam
  16. dulu saya suka makan mee hailam depan sogo (capital cafe) tapi dah lama tak pergi situ. dah bertahun-tahun jugak la rasanya

    BalasPadam
  17. Sedap ni bunda, fevret anak saya .

    BalasPadam
  18. lama x masak mee ni
    ari2 mkn nasi hehe
    anak2 laki bini suka makan nasi adoiii

    BalasPadam
  19. Gitulah Bunda kalau jadi kakak sulung. Saya pun sangatlah 'manja' dengan kakak sulung. Asal teringat masakan emak je, teruslah tanpa segan-silu minta tolong kakak buatkan. Padahal kalau ikutkan, memanglah kena buat sendiri. Nama pun mak budak :)

    Saya suka mi hailam ni. Masa zaman duduk di asrama sekolah dulu, setiap kali keluar outing mesti abah bawa pergi makan mi hailam paling best di Muar. Bila ek agaknya last saya buat mi hailam sendiri? Lupa dah... Ni kena simpan resepi nanti-nanti kalau teringin bolehlah cuba buat lagi ikut resepi Bunda pulak!

    BalasPadam
  20. Baru dengar masakan mee hailam, sepertinya lezat! Thanks for the recipe!

    BalasPadam
  21. CM peminat mee hailam..ini dah kes wajib cuba ni..

    BalasPadam
  22. Mee hailam mmg antara hidangan kegemaran saya.. tak reti buat tapi tau makan je.. :) :)

    BalasPadam
  23. Alamak, tengok gambar pun dah tertelan air liur. Bagaimana ni? hehe

    BalasPadam
  24. terima kasih bunda atas resepi...noe dah siap copy paste...nak cuba nanti...hhehe

    BalasPadam
  25. terimakasih mba resepnya, mau coba bikin ntar :D

    BalasPadam
  26. Mmg mantap resepinya tuh.SB biasa dgn nasik goreng hailam tapi mi hailam ni agak baru jugak pd SB.

    BalasPadam
  27. sedapnya bunda
    mee ni faveret abah saya,
    kalau saya balik selalu dia buatkan
    :)

    BalasPadam
  28. mmg sedap mee simple macam ni, saya selalu jugak buat kalau hari anak2 tak sekolah, mmg larissss,..

    BalasPadam
  29. baca resipi un dah tahu sedap...kalau lah JM pun ada kakak boleh bermanja2 minta tlg masak kan....tapi sob sob JM anak pertama..so asyik kena masak utk adik2

    BalasPadam
  30. KN sedap nampak, sudah lama saya tidak ber mee hailam. Dulu2 rajin buat tapi saya sorang saja yang makan banyak..

    BalasPadam
  31. Semua bahan dah ada, esok nak cuba buatlah! Anak mmg suka sangat makan mee ni��

    BalasPadam
  32. sedap pula tengok bunda masukkan mee hailam ini

    BalasPadam
  33. Mmg ini lah resepi mee hailam sebenar. Cuma pakai bwg putih dn halia shj. Ori mee hailam chinese version. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. T.kasih TN...nama pun mee hailam kan.....takderlah banyak ramuannya...cili2 boh/giling bagai kan.....
      Yang biasanya chinese stye ni tak pedas....n bawang putih n halia tak tinggal...

      Padam
  34. Tq bunda..sy dh cuba mmg sedap..

    BalasPadam