Jumaat, 7 November 2014

Resipi: Lempeng Kelapa

lempeng kelapa sambal bilis



Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

Selamat berhujung minggu semua,  dah lama bunda tak berkongsi resipi kat sini. Minggu lepas bunda ada beberapa kali buat lempeng kelapa, nampaknya ramai yang gemar kat rumah bunda ni. Apa lagi lempeng ni makannya dengan sambal...lebih menyelerakan. Lain dari pankek yang manis-manis tu.

Kadang-kadang tu malam-malam pun bunda buat, ikut permintaan...hujan-hujan begini.....sejuk, lapar, nak keluar malas....





Jom kita tengok bahan-bahannya:

@ 1 - 2 cawan tepung gandum.
@  Sedikit baking powder
@  Kelapa parut yang putih (agak2lah)
@  Garam & gula
@  Air secukupnya + sedikit garam
@  Sedikit majrin untuk lanser pan.


Cara-caranya:


1) Bancuh tepung dengan sedikit b/powder dan air garam secukupnya, jangan masin sangat. Bancuhan seperti buat bancuhan pankek...jangan cair sangat atau pekat sangat.

2) Kelapa parut digaul dengan sedikit garam dan gula...seimbangkan rasanya. Ketepikan

3) Panaskan pan anti lekat dengan sedikit majrin, senduk adunan tepung tadi di tengah pan biar bancuhan tepung merata...cepat-cepat letak/ taburkan kelapa parut atas permukaan bancuhan tepung tadi .  Kemudian letak sesenduk lagi bancuhan tepung keatasnya...nipis-nipis jer. ..biar merata (kaedahnya menutup kelapa parut tadi)

4) Biar bahagian bawah tadi garing sedikit dengan api sederhana baru di terbalikkan sebelah lagi dengan proses yang sama. Tekan-tekan tengahnya sedikit ..pastikan masak dalam nya...atau sekali-sekali terbalik-terbalikkan beberapa kali hingga benar-benar masak kedua-dua belahnya.

5) Bunda suka buat style macam ni.. bunda tak campur semua tepung dengan kelapa parut nya sekali. Bunda ikut macam mak bunda buat dulu-dulu dengan dapur minyak tanah jer. Sebab bunda suka rasa kelapa nya yang masih fresh... lemak, masin dan manis. (sedikit jer manisnya).

6) Kemudian boleh di cicah dengan sambal bilis, sambal sardin atau kari. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja.


***Selamat mencuba...kalau dah cuba , kalau sedap bagitahu bunda, kalau tak sedap diam-diam jer tau....

41 ulasan:

  1. lempeng kelapa dengan sambal tumis....sedapnya bunda....makan panas2 .

    BalasPadam
  2. asalam Bunda memang sedap ada pernah juadah ni di masak,ada dalam blog lama

    BalasPadam
  3. as salam bunda
    mlm2 singgah sini..
    terus lpr tgok lempeng tu..

    emmm yummy

    BalasPadam
  4. Waduhhh... buat breakfast & makan malam2 pun sedap ni Bunda... menyelerakan.. :)

    BalasPadam
  5. Dah lama tak makan lempeng kelapa ni.
    Setakat makan lempeng biasa.

    BalasPadam
  6. lempeng.. lama dah tak makan. Nak kena terai ni.. =D

    BalasPadam
  7. sedapnya bunda
    kalah roti canai ni :)

    BalasPadam
  8. Lempeng kelapa memang sedap bunda tmbh2 kelapa yg muda kan

    BalasPadam
  9. saya biasa jugak buat bila ada kuah kari ikan/ayam berlebihan..

    BalasPadam
  10. Di Utara lempeng juga dipanggil peknga (kependekan dari tempek di belanga). Saya sukakannya!!

    BalasPadam
  11. Macam sedap aje. Biasa makan lempeng tepung aje. Boleh cuba juga ni.

    BalasPadam
  12. Walau simple tapi pasti sedap. Sering juga isteri saya buat untuk kami seisi keluarga....

    BalasPadam
  13. oo..peknga rupanya. saya sangka peknga ni sebutan di utara saja. terkejut juga ada kedai dengan nama peknga juga di ipoh..
    kalau saya lempeng juga, bunda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peknga mmg sebutan orang utara...tempek dlm belanga..
      Orang dulu2 buat lempeng ni dlm belanga...tempek tu sendiri bermaksudu
      lempenglah juga...

      "tempek apa?" "tempek nyiok"..

      Padam
  14. p/s mmg pokok betul bunda suami nor ambil msa visit anak kt asrama. seremban... no edit bunda... hihi.. 

    ini pokok benar2.

    BalasPadam
  15. ritu el wat lempeng kosong je..kelapa xde
    makan ngan kari daging nyum3x

    BalasPadam
  16. Wehhh...sedap nih! feveret my hubby...

    BalasPadam
  17. Dulu arwah mak kak zai selalu buat sampailah anak2 dan cucu semua suka.
    Kak zai selalu buat cicah dengan sambal sardin.

    BalasPadam
  18. nak try lah.. tak pernah mkn lagiii.. hihi.. tq share resepi ye bunda..

    BalasPadam
  19. aduhaii singgah singgah ada lempeng kelapa...
    aduss sedap sekali....klau nekcik boleh jer 4 keping tu...

    BalasPadam
  20. Salam Bunda

    Sedapnya..lempeng kelapa cicah sambal tumis ni favourite abah saya. :)

    BalasPadam
  21. Hujung minggu begini kalau pekena lempeng + sambal tumis memang meletop! Makan pula di kampung...huhu

    BalasPadam
  22. Lama tak makan lempeng kelapa..sedapnya

    BalasPadam
  23. Alorrrrrrrrrrrrrrr bunda, suka sangat tunjuk menu orang lama2, feveret saya tu, tiba2 teringinlah pula..

    BalasPadam
  24. wah wah wah bunda.. makan tak ajak..! hahahhaha =D

    BalasPadam
  25. RESEPI SAYA TAK ADA SUKAT2 , MAIN BOH SAJA ....HAHAHA.
    NASIB BAIK JADI JUGA.

    BalasPadam
  26. makan dgn sambal memang lagi best...sekali sekala ubah angin asik makan nasi..huhu

    BalasPadam
  27. sedapnya bunda...terliur tgk tmbah makan time hujan....berkeping-keping abis...in shaa allah nak buat la minggu nie...

    BalasPadam
  28. sedapnya..terliur lak dengan lempeng ni

    BalasPadam
  29. Sedapnya bunda. Rasa mcm nak buat lagi jer.

    BalasPadam
  30. Terima kasih berkongsi. Memang syok makan ni lagi musim hujan ni.

    BalasPadam
  31. dh lama x mkn lempeng kelapa ni..mkn dgn air kopi atau teh panas ni..mmg terangkat lah

    BalasPadam
  32. Selalu buat lempeng biasa tak de letak kelapa pun....tetap sedap kalau buh kelapa sure 2 x ganda sedapnya kan KN

    BalasPadam
  33. assalam bunda..
    sedap ni pekena dgn kopi o kan.
    peberet cik abe :)

    BalasPadam
  34. Lamanya tak pekena lempeng. Selalu pun Mak yang buatkan. Lepas tu kakak. Lepas kahwin memang tak pernah buat sendiri walaupun mudah jekan. Spesies malas cam saya ni memanglah tak tahu nak kata....

    BalasPadam
  35. sedap ni, nenek suka buat, mak tak ingat resepinya. nak cuba buat

    BalasPadam