As Salam,
Anda Ingin Tahu?
Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?
Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walau pun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.
owh..mcm tu rupenye ek..pernah jugak terfikir dulu kenapa doktor memakai bju hijau kalo dalam dewan bedah..^_^
BalasPadamso sekarang sama2 kita dah tau kan..
BalasPadamsy kje dewan bdah pun x pnh tahu npe kne pkai bju hijau~haha.. tp sy bhgian bius..pkai bju biru~^_^, thanks sbb share..:)
BalasPadamso sekarang Isma dah tahu kan..nnt kita google plk nape misi bhgian bius pkai bju biru..hehe..
Padam