Khamis, 18 April 2013

Teknik Bercucuk Tanam..


aduhai pokok limau purut ku...

Bismillahirrahmanirrahim.. As Salam,

Depan halaman rumah bunda adalah sikit mini kebun untuk bunda bertanam serai, pandan, nenas dan pokok limau purut. Dulu ada jugak bunda tanam pokok daun kari, masaalah nya tak sempat membesar dah layu terus mati.

Begitu jugak dengan pokok sirih, cili ,tomato dan jagung. Pokok jagung kalau tak mati pun , tapi bak kata orang hidup segan mati tak mahu. Yang lain-lain langsung tak membesar dan mati terus.

Lama-lama bunda jadi bosan dan putus asa. Bunda jaga macam biasa jugak, dibubuh baja, di siram, sedari masih baru nak bertunas bunda tak letak ditempat terlalu panas.

Yang paling bunda frust sekali dengan pokok limau purut ni. Sebenarnya pokok ni bunda bawa anak pokoknya sejak berpindah ketempat baru ni dua tahun yang lepas. Mungkin sebab berpindah randah kot akar dia tersentap.

Orang kata pokok limau purut elok ditanam atas tanah. Bunda pun ubahlah ketanah...pun camtu jugak. Lastly bunda ubah balik kedalam pasu. Bunda ganti tanah baru, di letak baja daun dulu kata orang...bila dah matang baru letak baja buah.

So far tak nampak lagi dia nak berbuah. Sedangkan pokok nya pun cekeding jer. Tapi daun nya dah bertambah... jangan mati sudah lah.....Alhamdulillah.





 Setakat ini hanya pokok kunyit, pandan, nenas dan serai saja yang tak jadi masaalah. Sentiasa membesar dan mengeluarkan hasil.

p/s: Mungkin ada teknik-teknik bercucuk tanam yang bunda tersilap dan kurang tahu kot...

43 ulasan:

  1. hehe..nampak nya kena bljar banyak teknik lg la..alhamdulilah nanas ada kluarkan buah kan..hehe

    BalasPadam
  2. Rajin jugak bunda bercucuk tanam, saya pun kalau ada sedikit laman gini mmg nak sangat2 tanam serai limau purut semua ni.

    Pokok nenas pun ada :( Bunda tahu, kebanyakan mat salleh fikir pokok nenas macam pokok palma yg besar tu then buah dia kena kait. Lawak tul dorang ni.

    BalasPadam
  3. cantik mekar je nanas akak..sue bee tak da bakat langsung pasal tanam2 nih..kompom KO semua..ntahlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. nenas tu dh bape kali dah bunda tanam smula dr benih yg sama, kene rajin jgk, ltk baja, siram br dpt hasil...

      Padam
  4. limau purut saya tanam dlm pasu ja..yalah mana ada ruang atas tanah..pas berbuah...saya pangkas hujung dahan yg berbuah tu..org kata kalau tak pangkas,dia tak membesar dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo gitu , bunda tuggu berbuah lama dah ni...InsuaAllah klu dah bbuah nnt blh lah pangkas...t kasih Kamsiah sudi berkongsi..

      Padam
  5. yer lah tu Bunda, mungkin ada teknik menanam kot..

    BalasPadam
  6. salam BUNDA..
    rajinnya BUNDA bercucuk tanam. Nak masak pun senang, kalau perlukan apa2, ambil di keliling rumah jer...

    BalasPadam
  7. Memang susah nak tunggu besar pokok limau kan.. satu lagi pokok daun kari.. kena sabar dan teliti sungguh-sungguh, sebab ulat dan binatang suka sangat.. sedap kut he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu, pernah tnm pokok daun kari, mnjadi gemuk...stat kene jangkitan ulat daun..mati terus, nk mula lg tk mnjadi plk..mcm tu jgk pokok cili, mmg tangan bunda tak serasi lgsung, tak pnh mnjadi..

      Padam
  8. wah bunda....rajinnya.sng kan time nk msk ambil je bhn yg ditanam....nk beli duit gak tu.mak saya rajin tnm..anaknya ni tau kutip dr rumah mak je he3....


    auntie saya kan kalau dia buat telur hancur = mayang halus daun limau purut,pukul telur n ltk sikit kicap manis/masin...hancurkan ats kuali tadaaa....dh siap.auntie kata sdp makan mcm tu....saya dh mkn mmg sedap..

    BalasPadam
  9. aha btul kot cara tu..dlu mnnam gk..tgh2 ltak bja ok naik..hihi

    BalasPadam
  10. Mana pokok durian ? Takde ke ? hahahahah :)

    BalasPadam
  11. Pada kakak kalau dapat taman macam KN tu dah lebih dari puas hati. Lagilah nenas tu kelihatannya jenis yg besar. Limau purut walau tak buah tapi daunnya sangat berguna buat masak-masak dah lebih dari cukup sebab banyak betul daunya KN... Suka kakak tengok:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu KZ dlm kurus cekeding pun daunnya silih berganti, cuma tk bbuah22...kdg2 nasik greng biasa pun ltk jgk daun limau ni..bkn jer singgang, rendang atau tom yam..

      Padam
  12. seronok kan bila apa yan gkita tanam menajdi

    BalasPadam
  13. Salam Bunda..

    nisah sedang berjinak menanam pokok yang berguna.. hehe
    skang ni, dah tanam pokok kari & serai.
    pokok cili baru nak bercambah dr tanah.
    minggu depan macam nak tanam pokok kunyit pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pokok kunyit ngn serai yg paling senang nk tanam, tanam jer 3 4 btg serai , di gembur tanahnya n boh baja sekali 2 n siram sllu dah bertunas, mcmtu jgk kunyit, tanam sebuku ibu kunyit dlm tnh yg gembur, ltk baja, siram selalu ..bertunas lh dia...kalu pandan kdg2 susah gak...pegalaman bunda kene tanam ank pokok pandan yg berakar...dibaja..klu dan dia menjadi, merimbun...tak terkawal plk mcm serai jgk..

      Padam
  14. bunda macam ayah ena, suka cucuk tanam tanaman yg herba2 ni... kira herba la tu kan... pnuh kat blkg rumah ena... mak ena lak suka tanam pokok bunga... huuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok lah tu...herba blh dmkn, pokok bunga ok jg ..berseri halaman...bunda dulu ada gak tnm pokok misai kucing, ulam raja,pegaga dan pokok bunga melor...bila berpindah rumah bunda tinggal jer...skarg ni yg mana ada jer..

      Padam
  15. kalau ada kawnsan seronok juga bercucuk tnam kan bunda..acik dapat tanam daun pandan..daun kunyit dan kari je..

    BalasPadam
  16. kalau umah sy ada tanah..da lama sy bercucuk tnm..tp apakan daya...

    BalasPadam
  17. Waah teruja tgk nenas bunda tuh.. :)

    BalasPadam
  18. bestnyer..nk masak senang je petik je ape yg nk digunakan..bkn mcm m3h ni..biler nk masak bru lah nk p kedai cari..kalo tanam sendiri lg berbaloi...

    BalasPadam
  19. sebab tu kita dengar orang kata tangan bukan setakat menjadi kat memasak je kan kak, rupa2nya kat pokok juga. cam suami dan 2 Abdul saya..tanam apapun menjadi, tumbuh cantik. saya? alamat...mati kering..

    BalasPadam
  20. Rajinnya Bunda bercucuk tanam..mudah tu bila nak masak..petik ja kan..

    BalasPadam
  21. mmg frustkan bunda kalau tanaman tak menjadi... saya tanam pokok cili... berbuah sekali dua...then macam hidup segan mati tak mahu... setakat ni yang menjadi panda and limau nipis... pokok kari baru bertunas..

    BalasPadam
  22. bestnya Bunda ada mini kebun..teringat dulu masa kecik2..ibu selalu bawa ke kebun bercucuk tanam..rindu pula bercucuk tanam

    BalasPadam
  23. bunda...shaila singgah sini..emak shaila nak bagi pokok subur dia siram air dengan air basuhan ikan termasuk sekali isi2 perut ikan itu..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda biasa juga siram air cuci ikan tapi byk lak semut dtg , rosak plk pokok ..siram air beras ada gak...kalu baja plk bunda slalu ltk baja tahi ayam yg dproses jer...sekampit rm8 ke rm10 cmtu...berbaloi..

      Padam
  24. assalamualaikum ... saya ada gak sikit menanam . x letak baja pun . cuma pastikan setiap petang siram air lah . pokok pandan dan serai tanam kat luar pagar . klu x semak la dlm pagar nih . saya dah byk kali ambik pokok limau purut dr kg , tapi mmg liat nak hidup lah ...

    BalasPadam
  25. saya ni jenis malas nk bercuck tanam...wife yg rajin :)

    BalasPadam
  26. cantik kan suasana hijau ni Bunda, tenang je rasanya..

    BalasPadam
  27. nenas.... saya suka nenas.. cicah garam. gulps. terliuq.

    BalasPadam
  28. sekurang2nya ada jugak yg berhasil tu....hehe

    BalasPadam
  29. segar jer kunyit dan nenas bunda..suami yg tanam pokok2 ni.sya tnam bunga jer.pokok kari tumbuh merimbun tapi pokok limau purut mati.yg tak tahan tanam sayur belakang rumah siput babi bnyak pula.

    BalasPadam
  30. mesti tgn bonda ni sejuk kan. cntik je tnmn. :)

    BalasPadam
  31. Salam Bonda..
    ni la yg best ada tanah walau sekangkang kera kat depan umah..
    huhu..
    alhamdulillah..dlm x menjadi tu ada yg berhasil jgk..tahniah bunda! :)

    BalasPadam
  32. Just nk share my xperience,1.pokok kari...tanah pokok kari kena subur...jirus sllu dgn air beras..siram ketanah tu..blh nmpk perbezaan dlm bbrp bulan mlh mngkin sethun..tp perbezaan tu ketara sgt pokok akn membesar dgn cemerlangnya

    2.pandan- my pnglman pndhkan dr pasu ketanah...saya pecahkan anak anak dia dr pokok besar..dlm ms bbrpa hari pokok kering dan mati walau anak anak tu berakar..saya beli pokok baru dan terus pindahkan ketanah tnpa pisahkan anak dan induk dilubang yg sama(tanah yg sama spt yg mati sblm ni) tp hidup subur

    3.lengkuas- xpnh fail tanam lengkuas..campak je dr tingkap ubi lengkuas tu terus hidup..sng hidup pkk ni
    4.halia- susah skit hidup
    5.kesum-susah jg hidup
    6.kantan- slps ambik anak/tunas dia terus tanam tak blh biar lama lama..kantan ni bila kita tanam anak/tunas/rizom dia,dia akn naik rizom baru dan rizom yg kita tanam tu akn mati.sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi singgah dan berkongsi pengalaman...

      Padam
  33. bestnya ada tanaman sendiri , saya tgh cuba2 baru nk start ni,, hrp2 menjadi

    BalasPadam