Rabu, 25 September 2013

Karnival Usahawan Desa.... KUD 2013

                                                        sumber


Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Karnival Usahawan Desa 2013 (KUD 2013) akan diadakan di Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putraja bermula pada 25 hingga 29 September 2013.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata,  karnival dua tahun sekali itu bertujuan membangunkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya dari luar bandar.

Pelbagai produk menarik akan ditawarkan daripada usahawan desa kita. Berikan sokongan kepada pengusaha-pengusaha produk tempatan.

Penganjuran KUD 2013 akan dapat menarik minat usahawan terutamanya belia luar bandar dalam menceburi bidang perniagaan dan keusahawan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara.

KUD 2013 siri kelima itu turut menjangkakan jumlah pengunjung seramai 700,000 orang berbanding setengah juta pada tahun lepas dan juga menyasarkan hasil jualan sehingga RM5 juta.

Karnival yang akan berlangsung bermula 10 pagi hingga 10 malam dan berakhir pada 29 September, bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 September ini.

p/s: untuk maklumat lanjut http://www.kud.my

33 ulasan:

  1. boleh pegi tengok juga ini.. bagus program macam ni.

    BalasPadam
  2. Bagus KUD ni utk para usahawan, teringat iklan kat radio Ustaz Don la Ustaz Din la :)

    BalasPadam
  3. ada rakaman 60 minit bersama ustaz don

    BalasPadam
  4. rasa nak pergi ar karnival ni
    dah dekat dengan umah ni
    salam perkenalan dari ida jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no 1159

    BalasPadam
  5. Sekali kala amik port untuk tahu ok juga tapi jauh plak..hehe

    BalasPadam
  6. bagus la kud ni...tp jauh lak nk g...tingat iklan zizan kt tv

    BalasPadam
  7. Jom kita ke KUD! KUD Best! Teringat iklan tv kak Ros bersama Zizan dan Raja Azura.
    Lokasi menarik untuk untuk meluangkan masa dihujung minggu ini.

    BalasPadam
  8. Memang bagus program ni bunda...baik untuk pengusaha industri kecil dn sederhana yg kebanyakannya dr bangsa melayu kita...

    BalasPadam
  9. Kalau ada masa nak juga pergi.

    BalasPadam
  10. salam bunda..

    huhuh..rasanya tak dpt pegi sbb ade hal sabtu ahad ni..
    apepun thanks for sharing :)

    BalasPadam
  11. salam bunda..
    bestnyaaa...
    anna x dapat g sebab masuk tugas :(

    BalasPadam
  12. Bnyk jugak menda2 menarik kat situ..kalo ada masa, leh la jalan2 cuci mata + tmbh pengetahuan sekali.

    BalasPadam
  13. insya-Allah jika ada masa aiza nak pergi juga karnival tu bunda..

    BalasPadam
  14. karnival ni la yg anak buah saya sibuk ajak mamanya pi ...

    BalasPadam
  15. kena pegi tengok juga nanti KUD ni..

    BalasPadam
  16. Kakak nampak iklan kat TV3 memeng nampak menarik. Jauhlah KN kalau dekat teringin juga kakak nak pergi..

    BalasPadam
  17. my aunty ade terlibat dengan karnival nih... heee

    BalasPadam
  18. dekat dengan rumah saya ni..Gudluck semua usahawan...

    BalasPadam
  19. menarik ni kalau sempat nak pergi juga !

    BalasPadam
  20. Putrajaya tu dekat ja dengan Kajang tapi setahun sekali pun susah nak jejak. Mungkin boleh jengah kejap kot kali ini.

    BalasPadam
  21. salam bunda
    Pastinya meriah di prs 2 tu...

    BalasPadam
  22. produk ape la tu ye =) nmpak mcm menarik je bunda

    BalasPadam
  23. Kalau xde apa nak pegilah nanti..

    BalasPadam
  24. Karnival tu di Putrajaya, kalau dekat rumah nak pergi juga....

    BalasPadam
  25. bagus KUD ni. kalau berkesempatan nak juga g jalan2 sana

    BalasPadam
  26. kat sana ada produk frozen food tak...minat juga tu!

    BalasPadam
  27. kat sana ada produk frozen food tak...minat juga tu!

    BalasPadam
  28. Masa ni la berkumpulnya usahawan2 kecil negara kita..bagus karnival ni..

    BalasPadam