Sabtu, 22 Februari 2014

Setelah Ayah Pergi......

mirza sazani...Tadika Anis


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Setelah seminggu bunda dikampung kini bertemu lagi kita dialam maya ini... Semuga hujung minggu kalian terisi dengan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga tercinta...

Seperti biasa bunda balik kekampung menziarahi bapak bunda yang uzur dan anak-anak saudara bunda...

Mirza Sazani adalah anak saudara bunda. Anak kepada adik bungsu bunda yang tinggal bersama bapak bunda di Taiping. Bunda pernah upkan entri tentang mereka DISINI.   Mirza adalah anak bungsu dari tiga beradik.  Kakak-kakaknya seorang bersekolah ditahun lima dan seorang ditahun tiga.

Mirza berusia lima tahun, baru sahaja masuk Tadika dan kini tinggal di Taska. Dulu ketiga beradik ni tinggal bersama pengasuh sementara ibu mereka bekerja. Sejak Mirza masuk Tadika ni dia tinggal di Taska hingga dijemput ibu selepas kerja.

Kakak-kakak Mirza tinggal di rumah bersama atuk, mereka dah besar...dah boleh urus diri sendiri, makanan semua ibu dah sediakan awal-awal pagi. Mereka tak tinggal dengan pengasuh lagi. Sebelah petang, kalau atuk sihat, atuk hantar ke Sekolah Agama yang berhampiran rumah.  Kadang-kadang mereka naik basikal.


mirza demam panas

Hari pertama Mirza masuk Tadika ibu tunggu, pantang ibu hilang mirza menangis cari ibu. Puas kene pujuk macam-macam, asyik berkepit je dengan ibu, tak mahu bercampur kawan-kawan. Hari kedua pun begitu...ketiga pun... Susah ibu nak kerja...terpaksa ambil cuti lagi.

Masuk minggu kedua dah okay sikit...bolehlah ibu tunggu sekejap sementara masuk kerja. Hari-hari berikutnya dah okay lagi... Pagi-pagi sampai je Taska  turun kereta sendiri dan balik pun happy bercerita aktiviti dia kat sekolah dan kawan-kawan...senang hati ibu.

Masuk minggu ketiga Mirza tak pergi sekolah, Mirza tak sihat, batuk dan demam panas. Ibu susah hati sangat. Nak bercuti lagi tak dapat dah. Nasib baik pengasuh dulu baik hati, mahu menjaga Mirza dan rawat Mirza seperti dulu. Kesian anak Mak Long ni, baru excited nak sekolah dah sakit pulak.

Yang bunda sebak sangat bila adik bunda (wan cu) bercerita tentang anak-anak dia terutama Mirza.

" Baby (Mirza) demam panas... minggu ketiga,  dua hari tak sekolah, baru jer tengah seronok kesekolah...dah demam pulak.. dengan batuknye"...

" bawak klinik tak? " bunda bertanya.

"Dah... nasib baik Kak Meloq mahu jaga, orang dah susah dapat cuti...takkan nak harap bapak, dia pun tak sihat...Kak Meloq lah selalu jengok, tolong tuamkan air batu kat Baby..kalau dia tak der tak tau lah orang sorang-sorang"

"Orang bukannye  tahu sangat nak mengadap anak-anak sakit ni, dulu masa arwah ayah diorang ada, dialah uruskan semua kalau budak-budak ni sakit...sejak arwah takder diorang jarang sakit teruk.. Ni baru 1st time Baby demam teruk, susah hati orang"

Arwah suami nya dulu kerja sendiri, ikut waktu sendiri, banyak masa dia dengan anak-anak. Apa saja hal anak-anak dia uruskan, hantar dan jemput Wan Cu kerja, kakak dan adik sekolah dia jugak, sedangkan Wan Cu bekerja pejabat sepenuh masa, dengan kekerapan outstationnya dan kursusunya lagi... Kini sudah dua tahun arwah meninggal dunia.

Bunda faham...sebab bunda pun pernah alami situasi dan dugaan yang sama setelah ditinggalkan suami buat selamanya. Faham sangat bagaimana susahnya hati ini menghadapi saat-saat getir tanpa seorang 'lelaki bernama suami' .  Dulu apa saja masaalah rumah tangga, hal anak-anak ada orang boleh berkongsi susah senang, ada orang tempat mengadu hal dan berlindung.

Tapi walau pun begitu bunda tetap memberi semangat kepada adik bunda. Agar dia banyak bersabar, jangan ikut perasaan...sedih memanglah sedih...tetapi kita masih ada anak-anak untuk diuruskan dan dibesarkan.  Hanya kita saja orang tua yang mereka ada sekarang. Kalau kita tak kuat bagaimana hal anak-anak nanti. Jangan patah semangat, yang pergi tetap pergi... semua itu takdir, mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini...bagi kita yang hidup.. 'hidup harus diteruskan' .

Kita perlu tunjuk kuat dan tabah depan anak-anak walaupun pada hakikatnya tuhan saja yang tahu hati kita. Dugaan setiap orang tak sama. Kita terpaksa redha dan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak sedaya mampu kita  supaya mereka tak terasa kekurangan.

Merekalah permata hati , pengarang jantung hasil perkongsian cinta dan kasih sayang yang kita bina bersama dengan  arwah. Jagalah mereka baik-baik. Jagalah  'amanah Allah'  ini. 

Kita dua beradik bercerai mati dengan suami. Segalanya totaly beralih tangan kepada kita sebagai orang tua . Dari segi makan pakai anak-anak, persekolahan dan sara hidup. Semua itu tanggung jawab kita seorang. Orang luar takkan faham, 'berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul'.

Tazkirah bunda seorang kakak berdasar dari pengalaman hidup sendiri.



mirza kakak n adik

Tazkirah seorang yang bergelar Mak Long kepada anak-anak saudaranya kakak dan adik...

"kakak dan adik dah besarkan, jangan malas-malas, tolong ibu sama-sama buat kerja rumah...jangan melawan cakap ibu...jangan nak merungut...jangan nak minta apa yang ibu tak mampu..jangan nak harap kat ibu semua...ibu tu banyak nak difikirkannya.

Kakak ngn adik kene ingat, sekarang ni 'ibu tu lah ayah, ibu tulah ibu' semua tanggung jawab beban kat ibu sorang dah sekarang...ibu nak tumpu kerja lagi...kalu ibu tak kerja nak makan apa...camne nak sekolah...

Sekarang ni korang jangan fikir apa kekurangan korang...yang perlu korang fokuskan belajar pandai-pandai dan tolong jaga hati ibu...tolong jaga Mirza...kesian Mirza.... dia kecik lagi, tak dapat merasa bagaimana kasih sayang dan layanan seorang ayah... lain dari kakak ngn adik dulu, sempat juga merasa kasih sayang dan belaian seorang ayah, merasa bagaimana ayah layan makan pakai korang...merasa ayah hantar kalian kesekolah, berjalan-jalan dan bermain...

Mirza tak merasa semua tu...so jangan dengki kalu ibu lebih sikit perhatian kepada Mirza ok...janji ngn mak long..siapa cemerlang belajar nanti mak long bagi hadiah..
Mak long sayang kakak..sayang adik...sayang mirza...sayang semua..."

Setelah sekian lama sebuah  'Institusi Keluarga'  yang harmoni dibina dengan penuh kasih sayang, pabila salah seorang  'pergi'  dulu buat selamanya menyahut  'panggilan Ilahi' ...maka tinggallah pasangan sendirian, meneruskan tanggung jawab yang  'belum selesai'  yang ditinggalkan   'separuh jalan'  untuk digalas sendirian tanpa seorang  'lelaki bernama suami' .


dipusara ayah tercinta


Sesungguhnya..ketahuilah duhai anak-anakku sayang, walau pun tiada  seorang 'lelaki bernama ayah'  disisi kalian, namun kasih sayang ibu tiada tolok bandingannya dan tiada dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Semoga kalian membesar sihat dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Ya  Allah peliharalah  'anak-anak yatim'  ini dan berkatilah kehidupan mereka sepanjang hayat.

aamiin..aamiin ya robbal 'alamin..

74 ulasan:

  1. Amiinn..ya robbal 'alamin..sedih tengok anak2 kecil kehilangan orang yg tersayang..tapi hidup mesti diteruskan..semoga mereka tabah menghadapinya..

    BalasPadam
  2. sedih baca cerita Bunda ni...semoga dipermudahkan buat Bunda dan keluarga...

    BalasPadam
  3. Semoga Allah swt sentiasa membantu & memberi ketabahan dlm kehidupan mereka. Semoga juga menjadi insan yg berjaya nanti... aamiin...

    BalasPadam
  4. sedih hati mumme baca post ni...semoga Allah melindungi dan memudahkan perjalanan kejayaan hidup mereka.

    BalasPadam
  5. Betul tu.....tanpa ayah disisi hidup perlu diteruskan.. Sebagai isteri, menang berat ditinggalkan suami tercinta, tiada tempat mengadu....sakitnya diri sendiri jer yg tahu

    BalasPadam
  6. sedih sy baca entry bunda ni....semoga Allah mpermudahkn segalanya ..amin ya Rabb

    BalasPadam
  7. As salam Bunda...

    Semoga Bunda dan anak2 sihat dan tabah menempuhi dugaanNya..amin

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum bunda, sedih dn terharu bca..
    berat mta memandang , berat lg bahu yg memikul..
    sabar tunggak utama.in shaa Allah .
    perancangan Allah Maha hebat..pasti ada sinar bahagia.

    alhamdulillah ada mak long tlg tgok2..kn..

    jadilah anak2 penyejuk hati ibu...

    BalasPadam
  9. salam bunda..
    huhu.cma mintak maaf, cma btl2 tak tahu yg bunda tlh kehilangan sidia..
    sedih cma baca..
    alhamdulillah.. anak2 ini pengubat hati..
    semoga mirza cepat sembuh

    BalasPadam
  10. sebak membaca kisah ini bunda.. semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah dan semoga adik bunda serta anak-anak saudara bunda terus tabah menghadapi ujian dari Allah ini.. aiza juga pernah merasai pengalaman ditinggalkan ayah pada suatu ketika dahulu, memang tersangat perit, tambahan pula mak aiza hanya membesarkan kami adik-beradik dengan melakukan kerja kampung seperti menoreh getah.. benar kata bunda, dialah ibu dan dialah ayah.. apa yang boleh kita lakukan berdoa semoga mereka terus tabah..

    BalasPadam
  11. Sedih baca cerita Bunda. Semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh/solehah...Salam hujung minggu Bunda..

    BalasPadam
  12. Kita semua sayang ayah, cinta ayah tapi Allah lebih sayang padanya, semoga ditempatkan ditempat yang mulia sedang yang ditinggalkan semoga diberi kesabaran dan ketabahan

    BalasPadam
  13. Assalam bunda...salam rindu serindu2nya buat bunda.,.,

    Sy ingat entri bunda tentang adik bunda yg ketiaadaan suami dulu tu...moga adik bunda dn anak2nya tabah menjalani hiduo,nasib ada ayh bunda tmpt mereka bergantung.,,,

    BalasPadam
  14. Salam Bunda...
    Pengalaman Bunda sungguh bermakna dan memberi motivasi kepada mereka yg memerlukan. Semoga hidup Bunda sekeluarga, Adik bunda sekeluarga dan ayah bunda agar sentiasa terpelihara, diberkati dan dirahmati. Allah permudahkan urusan mereka yang sentiasa ingat padaNya.

    BalasPadam
  15. assalam,semoga dipermudahkan hidup ibu ank2 ini.....

    BalasPadam
  16. Alahaii bunda...tersedu bca ntri bunda kali..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..pedihnya hati yg merasa..iya tabah hati bunda mbesarkn anak dgn sempurna..insyaallah semuga dapat duduk paling hampir di sisi Nabi S.a.w. Amiin

    BalasPadam
  17. salam bunda ..
    mungkin ada kebenaran pepatah melayu, "sayangkan isteri tinggal tinggalkan"
    sedikit sebanyak dapat melatih isteri utk berdikari dalam beberapa hal ..
    seandainya ditinggalkan tk la rasa sangat bebannya ..
    berbanding yg lalki sentisa disisi dan segala gala diuruskan lelaki ..
    pasti akan terasa kepayahan bila ditinggalkan dahulu ..

    terharu membaca tulisan Bunda .. itu adalah sebahagian dari ujian hidup ..
    moga adik Bunda tabah dalam menerukan kehidupan membesarkan anak2 nya ..

    BalasPadam
  18. Berlinang air mata saya membaca entri bunda. Semoga dipermudahkan urusan mereka dan bunda. Semoga baby mirza cepat sembuh dan sihat selalu.

    BalasPadam
  19. sedihnya.. sangat memberi pengajaran.. semoga wan cu terus tabah..

    BalasPadam
  20. sayu pulak hati sy ni membaca kisah mirza n kakak2nya..ujian dr Allah kehilangan seorg suami,seorang ayah..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul kan bonda..mungkin bunda lebih arif,sendiri mengalaminya kan..sy kagum dengan ketabahan bunda n adik bunda

    BalasPadam
  21. sedih saya baca kisah ni. moga keluarga ni tabah menghadapi hari hari seterusnya.

    BalasPadam
  22. sedih saya baca..moga tabahlah ye..

    BalasPadam
  23. smoga mirza n kakak2nya terus tabah n kuat..
    lya pnh laluinya..mbesar tnpa ayah.. tgk mama uruskan lya adik beradik..alhamdulillah, kami smua bjaya..

    BalasPadam
  24. sesih... boleh kata sy faham perasaan anak2 nya, dan faham perasaan ibunya....boleh kata sy dah alami dua2 keadaan...semuga mereka tabah hadapi ketentuan Allah

    BalasPadam
  25. Waalaikum salam bunda ku sayang,
    Umi Qi rasa sgt sedih baca kisah mirza....yalah budak baru 5 tahun mcm2 perhatian dia nak dari ibunya setelah kehilangan ayah yg dicintai.....bunda jd maklong diorang...bgus lah nasihat tuh maklong...ambil berat dgn anak2 saudara yg masih kecil....ya ALlah, murahlah rezeki keluarga bunda...

    BalasPadam
  26. Salam bunda. Sedihnya baca entry ni. Kesiannya Mirza dgn kakak-kakak dia. Boleh la tumpang kasih sayang maklong mereka ye.

    BalasPadam
  27. Semoga kita semua selalu emdoakan orang tua kita, meski kita sudah tidak bisa melihat orang tua kita lagi

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum bunda, sedihnya baca.. semoga anak-anak ini membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh dan solehah...

    BalasPadam
  29. assalam...sebak baca tulisan BUNDA...sbg seorang ibu yg kehilangan suami mesti kuat hadapi rintangan hidup demi anak2 tersayang.

    BalasPadam
  30. sebak nyer baca n2 ni, moga2 adik bunda lebih kuat & tabah demi anak2 yer, pasti ada hikmah sebalik tiap kejadian... mudah2an kejayaan mengirinig anak2 ni duani & akhirat yer.. & alfatihah utk arwah ayah mereka !

    BalasPadam
  31. Bunda. Sedih sangat. Sian kat mirza dan kakak² nya. Smoga mirza cepat sembuh.

    Al-fatihah buat mereka yg tlah pergi. Smoga dipermudahkan urusan Bunda, adik bongsu bunda & family.

    BalasPadam
  32. Sedih :(
    Moga terus tabah hendaknya...
    Dan anak2 mendengar kata...

    BalasPadam
  33. as salam bunda..

    terharu baca n3 bunda petang2 ni..baru sempat nak jengah sini :)
    berat mata yang memandang ..inikan pulak yang memikulnya
    hanya doa yg mampu di panjatkan agar adik mirza sekeluarga sentiasa dilindungi oleh NYA amin

    BalasPadam
  34. Assalammualaikum...bunda,

    sedih pulak baca entry bunda nie... anak3 melawat pusara ayahda tercinta.....

    mselim3

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum wbt...

    bunda, semoga mirza segera sembuh dan ceria utk ke sekolah...
    terima kasih juga bunda atas entry yang menginsafkan ini...

    (sebak)... Al fatihah utk arwah...
    semoga yang tinggal terus tabah dan diberik kekuatan dan kejayaan untuk terus melangkah...ameen...

    BalasPadam
  36. Bunda air masa menitis seolah membaca kisah sendiri sebab Aina juga menjadi yatim ketika berusia 2 tahun. Doa Aina agar anak2 yatim ini dipermudahkan perjalanan hidup mereka.

    BalasPadam
  37. Bunda..semoga si kecil cepat sembuh. dan ibunya di beri ketabahan... tak terungkap dengan kata kata bila mengenangkan nasib dorang 3 beradik tu kan..

    BalasPadam
  38. saya pun ada anak saudara yg senasib dengan mirza..seolah2 membaca kisah hidupnya juga. in sha Allah, anak yatim ni disayangi Allah..moga perjalanan hidup mereka dipermudahkan..

    BalasPadam
  39. salam bunda,

    SubhanaAllah..hanya pada Allah tmpt kita bgantung..smoga mereka diberi kesabaran dan ktabahan dlm mghadapi ujian Allah SWT..kita yg mash ada orang yg tsyg, hargailah..dan perlu bsedia mghadapi hari2 yg mdtng krna semua orang ttap akan pergi juga...

    BalasPadam
  40. besar dugaan bila suami dulu dijemput pergi oleh Ilahi… moga adik bunda tabah membesarkan anak dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya...

    BalasPadam
  41. tersentuh hati membacanya. moga tabah hadapi ujian hidup ni

    BalasPadam
  42. sedih nye cik bace cerita ne..semoga bunda dan famly tabah ye..

    BalasPadam
  43. Sedihnya bila saya baca entri bunda nih. diharap bunda dan family tabah menhadapi dugaan allah :)

    BalasPadam
  44. Moga sentiasa tabah dan kekal teguh.. dalam menghadapi cabaran hidup di dunia ini.. moga kesabaran itu akan di balasi dengan nikmat syurga di akhirat kelak amin :D

    BalasPadam
  45. Bunda..menitis airmata membaca cerita 3 beradik yatim tu...TUHAN menduga hambaNYA dgn berbagai cara...mudah2an kebahagiaan menanti mereka didepan hari..

    BalasPadam
  46. Ya Allah.... tak boleh tahan airmata kakak berjuraian nak habiskan membaca N3 ini KN.
    Moga Allah beri kekuatan pada adik KN. Buat anak-anak dengarlah pesanan Mak Long ini. Auntie mendoakan dari jauh moga keluarga kalian sentiasa dlm rahmat Allah...

    BalasPadam
  47. sedih bc n3 akk ni
    smoga ibu pada 3 org anak ni tabah membesarkan anak2
    alfatihah tuk arwaah

    BalasPadam
  48. Semuga Allah permudahkan apa saja urusan ibu tunggal itu... dan Allah turunkan apa saja bantuan kepadanya... Ameen..
    Idah tak boleh bayangkan jika idah berada di tempatnya Bunda...

    BalasPadam
  49. syahdu baca cerita dapat bayangkan tapi tak dapat memahami bebenan
    sebenarnya yang terpaksa ditanggung
    berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
    harap mirza dan kakak-kakak dapat membantu ibu yang kesusahan
    mirza mungkin kurang mengerti sebab ayah tak ada ketika masih kecil
    saya doakan semoga segala urusan dipermudahkan buat mereka
    termasuk juga bunda
    ALLAH maha mengasihani =)

    BalasPadam
  50. Sedih dan sebak pula menbaca entri ini, Bunda. Tak dapat nak dibayangkan bila kehilangan orang yang kita sayangi. Sukar nak menerima kenyataan tapi hidup harus diteruskan, bukan? Kasihan melihat mereka tiga beradik, kehilangan ayah tersayang pada umur begini. Bergenang pulak air mata ...

    BalasPadam
  51. sedihnya baca n3 ni kak....semoga adik kakak dan anak2nya tabah dalam mengharungi kehidupan. Mmg sangat perit bila tunggak keluarga pergi buat selamanya...

    BalasPadam
  52. sebak saya baca entry bunda ni
    simpati pada anak2 kecil ni kehilangan
    ayah di waktu masih mentah lagi
    saya yang kehilangan ibu di usia dewasa ni pun
    rasa macam kosong sangat2 tapi
    hidup perlu diteruskan
    moga mereka berjaya dunia dan akhirat
    itu doa saya buat mereka

    BalasPadam
  53. Alhamdulillah, IM hatta anak-anak IM belum lagi merasai keperitan tanpa ibu atau ayah semasa masih kecil.

    Rezeki seseorang itu berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing.

    BalasPadam
  54. Terharunya baca... berat maata memandang berat lagi bahu yang memikul...

    BalasPadam
  55. ada sesuatu di sini yang membuka mata mama bila membaca entri bunda... kita rasa kita susah, tapi ada lagi yang susah menanggung derita di luar sana, bersyukurlah kita dengan apa yang kita miliki hari ni..

    salam subuh bunda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pesanan seorg kakak yg tlh dulu mengharungi saat2 getir ni ..supaya adiknya jg tabah...kalu nk nangis ..meratap hya didepan Allah ketika ditikar sejadah...
      Jgn menangis depan anak2...jgn sampai mereka down melihat kita...kita mesti kuat ...demi anak2...lama2 mereka sndiri akn faham...
      Mengadu dgn Allah yg Maha mendengar lagi mengetahui..

      Padam
  56. salam kenal and join
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    BalasPadam
  57. Salam Bunda,

    Inspired.
    Tulisan bunda cerita bunda semuanya adalah realiti hidup.
    Kekuatan datang bila dugaan datang.
    Bila tak di duga, kita tak tau tahap mana kekuatan kita.

    Saya pasti ibu-ibu dan anak-anak yang diduga begini sangat kental dalamannya.
    Hadapinya dan teruskan berjalan.

    Al-fatihah untuk arwah suami bunda dan adik.

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam kes kami...kami bercerai mati...totaly kami sebagai ibu adalah satu2nya pelindung bg anak2..tanpa pasangan utk beri mkn dan sekolahkn anak2..
      Kuat tak kuat kami tetap redha dan berusaha utk kehidupan kami...tapi kdg2 tu orang luar yg tak memahami situasi kami yg buatkan kami tertekan jugak...

      Padam
  58. Amin...sedih baca entry Bunda ni..rasa nak menitis air mata ini..tdk dpt d bayangkn situasi ini..

    BalasPadam
  59. Salam..
    Sungguh tersentuh dengan entry ini..

    BalasPadam
  60. sebak bc ntry ni
    alfatihah
    aamiin
    smga mirza cepat sembuh dan semoga mereka semakin tabah dan kuat utk lalui semua ini.aamiin

    BalasPadam
  61. semoga mereka terus tabah menjalani hidup2 mendatang..

    BalasPadam
  62. Sedih sy bce entry nih...semoga anak anak kecil ini terus tabah menghadapi masa masa mendatang

    BalasPadam
  63. Sedihnya bila baca N3 ni Bunda... nak menitis air mata... kesian Mirza & kakak2nya..moga mereka tabah mengharungi hari2 mendatang...InsyaAllah kasih sayang seorg Ibu tak pernah kurang...

    BalasPadam
  64. Sedihnya baca entri ni...moga Mirza dan kakak2nya tabah menghadapi ujian ini.. Begitu juga kekuatan dan ketabahan buat adik bunda... Moga semuanya akan bertemu di syurga Allah kelak... Amin....

    BalasPadam
  65. Sedih baca entry Bunda, bgaimana dengan Mirza dan kakak2 nya..
    semoga terus kuat dengan ujian Allah..

    BalasPadam
  66. salam kenal bunda. pertama kali ke sini.

    Kadang rasa diri susah, rupanya ramai lagi ada masalah yg lebih berat. Dan lebih beruntung bagi yang memikul jika tak menganggap semua itu adalah 'masalah'. Ujian barangkali? Untuk persediaan bg cabaran akan dtg. Moga dipermudahkan urusan.

    BalasPadam
  67. Salam singgah ke blog bunda,byk info menarik dan cerita sedih,terharu sayu hati bc n3 ni

    BalasPadam
  68. sedih baca entri bunda ni..moga mirza cepat sembuh

    BalasPadam
  69. Semoga bonda dan adik bradik lain ttp teguh bsama mhadapi ujian Allah swt..

    BalasPadam
  70. Sabar ya bunda dan adiknya.... nasib kita serupa... Alhamdulillah kerana kita antara insan terpilih dari Allah. Moga kita tabah dan redho dengan ujian ini kan bonda. Salam ukhwah bonda.

    BalasPadam