Ahad, 16 Mac 2014

Enam Warga Tempatan Maut Disyaki Akibat Dadah...

konsert future music festival asia 2014


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam,

Dalam kita sibuk menanti dan mengharap berita yang baik-baik tentang kehilangan misteri Pesawat MH370, semalam digemparkan pula kes enam kematian akibat dadah.

Di lapurkan enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, di sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil. Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal.

Enam yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 21 hingga 28 tahun. Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan. Mereka menerima rawatan di PPUM dan PPUKM.

Kejadian yang sudah tentu akan meruntun hati dan perasaan  ibu bapa dan keluarga anak-anak muda ini terutama mereka adalah warga tempatan dan ada yang berketurunan melayu di lapurkan dari sumber Berita Harian.

Walaupun kematian mereka di syaki akibat dadah, namun kita belum  tahu dari mana punca dan apa yang mempengaruhi mereka ambil dadah. Dari itu kita juga sama-sama merasa simpati buat mangsa dan keluarga mangsa.

Semoga tidak akan berulang / terjadi insiden yang sama kepada anak-anak dan kaum kerabat kita serta menjadi iktibar kepada semua untuk lebih peka dan mengambil tahu kemana dan apa aktiviti anak remaja kita di luar sana.

Wallahu'alam




68 ulasan:

  1. Astaghfirullahalazim... zaman sekarang ni.. nauzubillahiminzalik drpd berlaku ke atas anak remaja saya...
    Moga Allah terus memelihara seluruh remaja mukmin di seluruh negara dan dunia ...

    BalasPadam
  2. Sedihkan Bunda...juga hal yg memalukan...moga keluarga & saudara mara kita terhindar dari terjerumus hal gini.

    BalasPadam
  3. ASSALAM...pelbagai masalah mengasak kita kiri kanan ya...sdg yg lain bersedih ada yg berpesta-pesta sehingga berlaku perkara yg xdiingini...sukar nampaknya menangani masalah dadah yg kelihatannya berleluasa hingga tahap itu ya..

    BalasPadam
  4. majoritinya melayu kan bunda.. hurmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah dlm hal begini kita tak boleh menuding jari kpd sebelah pihak shj...
      mungkin ibu bapa tak tahu atau kurang ambil tahu kemana anak2 mereka pergi...siapa kwn2 anak2 mereka....
      mungkin anak2 kesunyian..duduk dirumah asyek kene membebel ...atau anak2 ini yang memang degil...tak dengar nasihat.....
      suka bercampur kwn2 yg tak tentu hala...suka bertindak sendiri....sepatutnya anak2 ini sendiri boleh berfikir...mereka berpelajaran...jaga maruah ibu bapa...jgn ikut jiwa muda....
      dan juga pihak penganjur sepatutnya tekankan keselamatan dan buat pemeriksaan juga kawalan ketat agar benda2 haram ni tidak mudah dpt diseludup masuk...

      Padam
  5. salam bunda
    sedih menyaksikan remaja Islam yg terjebak......

    BalasPadam
  6. Kembali kepada cara hidup islam.
    Sistem islam..
    Kembali kpd Allah.
    Insaflah yg kita sedang diuji Allah...

    BalasPadam
  7. Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan dosa semua orang yang seagama dengan kita dan semoga mereka yang mendahului kita diletakkan rohnya di tempat terbaik di sisiNya....

    BalasPadam
  8. Assalam bunda..acik ketinggalan cerita ni

    BalasPadam
  9. anak2 melayu...student IPT...tp kenapa sampai jd begitu sekali...kesian pada keluarga dikampung..

    INTI utk bunda

    BalasPadam
  10. sdh dngr cerita mcm ni..nak2 melibatkan bangsa sendiri..

    BalasPadam
  11. itulah bonda bila bhibur secara berlebihan..
    sdih bila membaca..

    menabung :P

    BalasPadam
  12. hmm..tak tahu apa nak kata bunda.. :(

    BalasPadam
  13. hmmm.. mcm2.. semoga kita semua dijauhkan drpd benda2 tak elok mcm ni..

    BalasPadam
  14. Benda yang dilarang itulah diorang nak ambil..tak faham betul kes macam ni.. apa lah alasan diorang ni

    BalasPadam
  15. salam..aritu ada tanye mana saya beli shawl kan..beli online jek kat link nih..=)

    http://www.happylifeshoppe.com/

    BalasPadam
  16. rasa sedih apabila anak bangsa kita jadi macam tu bunda.. terang-terangan pula tu mereka melakukannya.. :(

    BalasPadam
  17. ya Allah sedihnya lihat naak bagsa seagama dengan ku :(

    BalasPadam
  18. Tindakan mereka slh . tp mgkn mereka ada alasan kenapa terlibat dgn dadah ni . Kita cuma mampu bersimpati je .

    BalasPadam
  19. Berita yang agak menggemparkan.... sedih bila kita yg hidup ni kenangkan, saudara kita meninggal dalam keadaan macam tu

    BalasPadam
  20. Bagaimana pula konsert sebegini boleh diluluskan.

    BalasPadam
  21. semoga anak - anak kita nanti tergolong dalam golongan anak2 yg soleh dan solehah .

    BalasPadam
  22. Pihak penganjur dan pihak berkuasa yg meluluskan konsert ini sepatutnya dipersalahkan... Ianya tidak wajar dilangsungkan tambahan pula di waktu satu negara sedang bersedih dgn trgedi kehilangan MH370!

    BalasPadam
  23. sedih melihat anak muda pelapis masa depan jadi sebegitu

    BalasPadam
  24. Subhanallah. Sedihnya kan. Moga menjadi iktibar

    BalasPadam
  25. kalo tak kerana 6 yang mati ni, tak tahu pun pasal konsert tu....

    BalasPadam
  26. Kalau kita yg tidak mengenali mereka yg pergi dgn cara begini ketika mahu menemui Allah. Apalah lagi sedihnya pihak keluarga mereka. Moga ada pengampunan dari Allah dan jadi iktibar kepada semua yg masih hidup...

    BalasPadam
  27. nauzubillahminzaliq..semuga keturunan kita dijauhi dari mende mende begini..insyaallah

    BalasPadam
  28. Nauzubillah... bimbang jugak bila anak2 dah nak meningkat remaja ni... Semoga Allah jauhkan dari keturunan kita kejadian2 macam ni...

    BalasPadam
  29. sedihnya bunda... jadikan iktibar untuk semua !

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum bunda. rasanya pihak kerajaan tak patut luluskan lesen untuk festival liar begini. rasa sedih dengar kematian akibat dadah walaupun kita taktahu samada depa amik dengan sukarela atau paksaaan atau tanpa sedar. semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.. singgah sini sambil klik tabung ~~~

    BalasPadam
  31. sedih2......belum reda kes kehilangan pesawat & jerubu.....tiba2....yg nie....pula.....berhibur terlampau sampai mengundang musibah....bala2......

    BalasPadam
  32. hairan. macam mana la konsert ni boleh dapat pelepasan dari pihak berwajib..

    BalasPadam
  33. Tak tahu nak cakap apa.... sama-samalah kita jaga dan awasi anak-anak kita supaya tidak terpengaruh dan terjebak dengan perkara-perkara sebegini.

    BalasPadam
  34. SEMOGA MENJADI PENGAJARAN YANG SANGAT BERGUNA BAGI SEMUA PIHAK..

    BalasPadam
  35. jauhkan anak-anak kita dari gejala ini..

    BalasPadam
  36. sedih mengenangkan golongan anak muda sebegini...berhibur hingga membawa maut....

    BalasPadam
  37. Mohon Allah jauhkan dari melakukan maksiat sedemikian rupa..amin

    BalasPadam
  38. ish, camana bley jd camtu...

    BalasPadam
  39. kesian kat family ....mohon dijauhkan diri, adik beradik, saudara mara, kawan2, anak2 dari benda2 macam ni...

    BalasPadam
  40. ermmm... dalam kita tengah bermuram durja pasei MH 370 ni.. camne le benda2 camni pulak boleh lepaih..... sabo je le.....

    BalasPadam
  41. Dunia akhir zaman kan Bunda?huhu...terima kasih berkunjung ke blog YM ye.. :)

    BalasPadam
  42. Tak tau pon pasal konsert ni. Itu pon tau bila kluar berita ada kematian. Sedih lah sbb bangsa melau & islam plak tu. Muda2 lagi. Kita tgh bersedih dgn musibah. Dorang syiok terkinja2 kat konsert yg tak berfaedah.

    BalasPadam
  43. astagfirullah hal azim.. saya cuma terbayangkan wajah ibu bapa mereka. bagaimanakah tamparan pandangan masyarakat terhadap ibu bapa mereka. Pedihnya hati seorang ibu kan....

    tengok gambar katFB tu.. terasa mcm, hmmm.. masa kecik kita pakaikan pampers baju semua cecantik.. bila dah besar dorang main bogel reramai gitu jerk... pedih hati.. even dorang bukan anak or sedara saya.. Tapi sedara seislam kan...

    BalasPadam
  44. Apabila keseronokan bertukar kepada tragedy...Moga Allah melindungi kita semua. Tidak tersasar dari jalan Nya..

    BalasPadam
  45. sedih nengok org islam termasuk sekali bundaa. harap ni dapat jadi pengajaran buat mereka

    BalasPadam
  46. ya Allah lindungilah anak-anak kita semua dr terjerumus ke arah yg tak berfaedah.

    BalasPadam
  47. as salam bunda..semoga kita semua mendapat pengajaran pada setiap yg berlaku...:(

    BalasPadam
  48. ianya menjadi iktibar kepada kita semua...terutama kepada pihak2 yang terlibat dalam konsert ini..

    BalasPadam
  49. moga jadi iktibar utk kita semua..Ya Allah moga anak2 yang kita didik dengan baik dari kecil dijauhkan dengan perkara2 sebegini..amin..

    BalasPadam
  50. smoga dapat menjadi pengajaran buat kita semua..

    BalasPadam
  51. Lokasinye dekat je dgn rumah kami ni, bkt jalil.. tp kami taktau pun, mmg tertutup betul ...huu..
    Moga jd pengajaran kpd rakyat kita, khususnya org islam :(

    BalasPadam
  52. Assalamualaikum wbt...

    betul bunda... lepas satu demi satu kita di uji...
    risau dibuatnya... huhuhuhu

    BalasPadam
  53. malu betul dgn insiden ni bunda....tak sangka yg mati ade jugak islam dan melayu....aduh mati sebb dadah dan akohol.....ya Allah ...moga Allah pelihara iman dan hati keturunan kite bunda.....

    BalasPadam
  54. kalau tak serik jugak mereka nie,tak taulah...

    BalasPadam
  55. Mintak dijauhkan la anak2 kita dari hal2 begini..
    Memang terkejut sangat kan...

    BalasPadam
  56. Singgah petang, Bunda...
    Sedih sangat bila tengok anak2 melayu... :(

    BalasPadam
  57. terkejut zizie baca pasal ni.. haish.. semoga dijauhi daripada benda2 macam ni.. mungkin Allah nak tunjuk something kat kita.

    BalasPadam
  58. Peringatan buat kita semua juga... semoga kita semua ttp berada diatas jalan yg lurus... aamiin..

    BalasPadam
  59. smoga dgn kejadian ni serba sedikit memberi keinsafan pd mereka2 tu
    sedih sgt tgk bangsa kita agama kita berkelakuan mcm tu

    BalasPadam
  60. salam bunda..
    allahu..
    terkejut bila dgr berita psl ni bunda..
    heran, konsert besaran2 mcm ni,sikit pun tak kecoh..tau2 je ade kes kematian..
    amat menyedihkan :'(

    BalasPadam
  61. mmg sadis kejadian ni.lebh sadis bila mengenangkan nasib yg mati dlm keadaan mcm tu.
    NAUZUBILLAH....moga dijauhkan perkara bgini dari berulang lagi...

    BalasPadam
  62. Bila tengok umur masing-masing yang masih muda remaja dan melihat nama yang tersenarai bukan sahaja anak tempatan tetapi bangsa Melayu kita, terasa sayu hati ni. Mengapalah kita jadi begini ...

    BalasPadam
  63. Dalam keadaan negara tengah sibuk dengan pencarian pesawat MH 370, muncul pulak kejadian macam ni.. lagi bertambah perhatian dunia terhadap Malaysia.. :(

    BalasPadam
  64. Kesiankan kak. Lepas satu satu. Kapal terbang yg hilang belum lagi jumpa dah berlaku macam ni pulak. Nauzubillah. Mudah mudahan anak anak kita dilindungi dan dipelihara dari gejala macam ni.

    BalasPadam
  65. saya terkejut bila baca berita ni miggu lepas
    tak sangka ianya berlaku dalam kita masih lagi dengan kesedihan MH370
    mereka mati akibat pengambilan dadah jenis baru
    tiada siapa pun inginkan benda seperti ni terjadi pada keluarga mereka

    ianya bukan salah ibubapa tapi individu itu sendiri
    kalau salah corak yang dicorakkan oleh ibubapa
    si anak pula bertanggungjawab untuk menjadi pakaian daripada corak yang dipakai tu
    kalau corak tak elok, tapi pakaian tu elok, ianya tetap menarik dipandang

    BalasPadam