Ahad, 13 April 2014

Ayam Masak Kicap Berempah...



Bismillahirrahmanirrahim,
As Salam...

Hari ini bunda nak share resipi simple yang bunda masak hari sabtu semalam.
Sebenarnya hanya ayam saja yang ada dalam peti ais...oleh kerana buntu nak masak apa jadi nye bunda masak apa saja bahan yang ada kat dapur...
akhirnya jadilah jugak,
lepaslah untuk juadah tengahari  bunda tiga beranak...
bolehlah kalau sesiapa nak mencuba...

Bahan2nya:

Ayam setengah ekor di potong ikut suka dan goreng sekejap.  1 peket rempah kari daging,
1 sudu besar serbuk cili, 2 sudu besar kicap pekat manis
(bunda guna kicap ABC saus manis), 1 biji bawang besar di cincang halus,
3 ulas bawang putih di cincang,
halia sedikit di potong memanjang,
2 tangkai daun kari dan garam secukup rasa.
(bunda tak letak garam , bunda letak serbuk maggi secukup rasa)
1 mangkuk air asam jawa yang cair..
Minyak masak untuk menumis.


Cara2 memasaknya:

Tumis bawang besar, bawang  putih dan halia hingga sedikit garing lepas tu masukkan
serbuk kari dan serbuk cili yang telah di bancuh dengan sedikit air.
kacau hingga sebati kemudian masukkan kicap pekat dan perasa...
masukkan air asam jawa. 
Masukkan ayam biar mendidih sekejap.
Terpulanglah
samada nak kuahnya kering sedikit atau berkuah. Kalau dah cukup rasa
taburkan daun kari, dan boleh lah tutup api.
Rasanya pedas, manis dan berempah...
....Siap...



.........** kalau gantikan dengan ikan pun boleh juga... seperti ikan kembong atau tenggiri..
....Selamat mencuba.....




32 ulasan:

  1. Sedap nmpak dan dah terasa kesedapannya ..haha nnti boleh amik resepi sebelum tu tq...

    BalasPadam
  2. memang hidangan wajib bila saya malas masak..cuma tak pernah masukkan rempah je..nanti nak cuba la resepi bunda ni..

    BalasPadam
  3. makan dgn nasi panas2...cukuplah satu lauk tu ja..:)

    BalasPadam
  4. saya pun suka mencapurkan rempah dan sos yg ada di dapur ... sesekali tukar selera .

    BalasPadam
  5. Semalam pun isteri masak masak kicap ayam juga. Tapi kicap telanjang saja kot....tak ada rempah. Minggu depan nak minta dia apply resepi Bunda ni dalam masakannya, tentu menjilat semua jari...heheheh...

    BalasPadam
  6. Tak acik buat ni bunda.boleh cuba ni

    BalasPadam
  7. Wah bestnya BUNDA..kita suka makan kuah yang pekat...

    BalasPadam
  8. sedapnya , pekat kicapnya.. sedap

    BalasPadam
  9. Ayam masak kicap, saya selalu makan. Tak sangka pula ada ayam masak kicap yg berempah :)

    BalasPadam
  10. sedap ni berbeza dgn masak kicap biasa...

    BalasPadam
  11. kari + kicap memang sedap...kalau makan lauk kari, mesti nak tmbh kicap..

    yang ni dua2 dah ada dlm masakan..bertambah-tambah lagi kesedapannya..bolehlah cuba resepi ni..

    BalasPadam
  12. Adehhh.. favorite ni: masak kicap. Tapi tak pernah lak kalau yang ada berempah lagi tu, Hmmm.. kawe print la dan kasi sama org rumah.. Pujuk2 sikit mintak tolong buat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau org belah utara biasalah masakan yg berempah ni...org selatan dan pantai timur kurang....
      boleh jer kalau tak letak rempah..gantikan cili sos...sedap jugak....tapi dah rasa sweet sour lah...
      ikut selera masing2 lah kan...kita yg buat dia...bukan dia yg buat kita...haha..

      Padam
  13. sama la kita..kalau xde apa dalam peti, sy main campak2 aje ape yg ada..hehe

    BalasPadam
  14. Masak kicap letak rempah ye KN. Kakak biasa masak kicap tak letak rempah cuma guna 4 sekawan dan lada hitam aje. lain kali kalau ingat kakak nak cuba cara KN ini.

    BalasPadam
  15. Kebetulan pulak hari Sabtu masak kicap juga tapi tak pernah pulak bubuh rempah kari ni, Bunda. Ayam dan masak kicap ni memang kegemaran anak-anak. Kalau tak berapa pedas, bolehlah saya mencubanya. Kadang-kadang makanan untuk anak-anak tapi makpaknya yang terover menjamu selera :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu versi masak kicap bunda cuma tumis bwg putih n halia..letak kicap pekat n kicap masin..oyster sos....serbuk lada hitam dtumbuk kasar...tmbah air n ayam yg separuh grg.. last msuk bwg bsr hiris bulat2 n cili merah hiris serong...kuah dia sdikit kering...siap..

      Padam
  16. Wah...ini saya boleh follow ni Bunda. Hubby saya suka la ni....

    BalasPadam
  17. Ayam masak kicap berempah mmg salah satu feveret saya.. tak cukup nasi sepinggan klu makan ni Bunda.. mmg menyelerakan.. :) :)

    BalasPadam
  18. Saya paling suka ayam masak kicap MIL....memang power!
    Kalau dapat rasa bunda punya ni pun mesti sedap!

    BalasPadam
  19. Waaa, ni memang sedappp... rasa kicap berempah... leh nanti nrl try juga, Bunda...

    BalasPadam
  20. wow cam nak cuba aje nanti ni...hehe

    BalasPadam
  21. Resepi mcm ni saya buat sokmo tapi saya tak buh daun kari.. lepas ni boleh try masukkan daun kari pula

    BalasPadam
  22. Sedapnya. Nanti boleh cuba.

    BalasPadam
  23. resepi bunda tu sm je resepi sambal kari ayam yg sllu el buat
    cuma xletak kicap je hehe

    BalasPadam
  24. Salam Bunda,,,
    sedapnya....cma suka makan ayam maska kicap..tp tak pernah lg msk style berempah ni.. nmpk sedap..nyum3..
    thanks share resepi.. nnti nk cuba!

    BalasPadam
  25. Kelihatannya sedap
    Terima kasih atas resepnya :D

    BalasPadam
  26. Sama cam resepi mak ayu. Cume mak xguna srbuk cili. Guna cili kisar. Memang sedap kn bunda..hehe

    BalasPadam
  27. lg sedap la ye drp msk kicap biase..menarik,nk try kejap lg la=)

    BalasPadam