Khamis, 5 Jun 2014
Semuanya Soal Hati..
Bismillahirrahmanirrahim,
As Salam...
Kebahagian ini ialah apabila memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia sebenar selaras petunjuk Allah dalam Al Quran. Firman Allah, bermaksud : " Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah ar-Ra'du:28)
Rasulullah SAW juga bersabda, bermaksud: "Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada se ketul daging. Apabila ia baik, maka baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah! ia adalah HATI." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Kaya hati bermaksud, Hati Yang Tenang, Lapang dan berasa cukup dengan apa yang di miliki - Bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh sebab itu, Hati Perlu Dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara "Kesihatannya" agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan dijaga daripada penyakit-penyakitnya seperti takbur, hasad, takut mati, bakhil dan sebagainya.
Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "Auto Pilot". Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta perlu difikir-fikirkan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali, "Inilah Hakikat Akhlak Mulia."
*** Pahrol Mohamad Juoi....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
betul..jadi kita sntiasa kna jaga hati kita wlauoun otak yg mngawal kita..
BalasPadamsalam. setuju..
BalasPadamnice sharing bunda :))
peingatan untuk kita semua ..
Dari mata turun ke hati.. kalau kita jaga pandangan mata insyaAllah hati kita juga terjaga..Semoga hati kita ni sentiasa dalam hidayah Allah.
BalasPadamIngat Allah melindungi hati, terasa untuk bertindak. ..biar terkawal, thanks for sharing Bunda..
BalasPadamInsyaallah... jaga hati untuk bahagia.
BalasPadamassalam bunda...terima kasih share....
BalasPadamsegala apa pun niat terbit dari hati..moga setiap niat terbit dari hati yg suci bersih..
BalasPadamSalam bunda,
BalasPadamBila cerita pasal hati, lebih lagi dikaitkan dengan bahagia, terlalu subjektif bunda;
pemahaman, tafsiran, penerimaan, semua yang berkait dalam aspek kehidupan dan hubungan.
Tapi yang pastinya, bila saya tinggalkan benda yang menyakitkan hati saya, menjauhi sesuatu atau seseorang yang hanya membuat hati kita kurang selesa, itu dah cukup buat hati saya senang. Yang lainnya saya serah pada tuhan.
Thanks untuk ilmu ini. Take care bunda :)
wah, hati memang luar biasa yah..
BalasPadamthank bundaa :)
nak jaga hati tu bukan perkara mudah kan Bunda
BalasPadamSalam Khamis bunda..
BalasPadamalhamdulillah... teirma kasih atas perkonsian dan peringatan,,
semoga kita tidak lalai menjaga hati daripada 'tompok2' hitam..
perkongsian dan peringatan yg menarik.alhamdhulillah semuga hati2 kita terdidik dgn baik..
BalasPadamterima kasih di atas tazkirah ini
BalasPadamThanks atas perkongsian bunda. Yg penting kena jaga hati sendiri dulu.
BalasPadamThanks for sharing, Bunda. Kalau hati kita bersih, Insya Allah akan terpancar pada perlakuan kita :)
BalasPadamWalaupun hati hanya seketul daging tp disitu pusat controlnya segala sifat baik dan jahatkan KN
BalasPadamsalam singgah. hati pun perlukan makanan, bukan tubuh badan je. makanan hati adalah zikir kepada Allah SWT. sama2 lah kita memberikan hati makanan yg sepatutnya :)
BalasPadamPeringatan yg bagus.
BalasPadamMembersihkan hati bukan mudah, tak semudah membersihkan pakaian. Tapi setiap kita boleh cuba mengurangkan kesilapan, memperbanyakkan bersangka baik pada masa dan tempatnya...
Terima kasih bunda kongsi dan ingatkan kak Zai.
BalasPadamBunda.... Lama x 'bersua' d alam maya. Setuju sangat dengan bunda. Hati perlu dibersihkan barulah bahagia. Aminnnnn.
BalasPadamSusah nak capai kan bunda.... sama2lah kita usaha dan doa...
BalasPadamTengok tajuk entri teringat dulu2 ada filem tajuk soal hati...
BalasPadamBersama kita menjaga hati, jika hati baik pasti luaran juga baik.
peringatan yang menarik ni bunda...kita perlu sentiasa bersihkan hati
BalasPadamallahuakbar
BalasPadamBetul tu Bunda.. busuk hati, busuklah segalanya... T kasih atas perkongsian & peringatan ini.. salam Jumaat Bunda.. :)
BalasPadamInshaALLAH, terima kasih atas peringatan ni
BalasPadamSalam Bunda..
BalasPadamMuhasabah diri Zura sendirik..
masih banyakkkk kelemahan zura yang perlu di perbaiki.
mekasih Bunda atas n3 ini..:)
Thank Bunda. Hati memang sangat berharga. kalau ia rosak, maka rosaklah seluruh jiwa dan tubuh manusia..
BalasPadamBunda sihat? Bapak bunda mcm mana?
BalasPadamHarap sihat hendaknya...risau ari tu kemalangan kan...
Baguslah perkongsian bunda...suka info mcm ni...boleh tambah ketenangan dan keinsafan dlm diri :)
Bunda macam biasa lah sayang ..ada on n off juga...maklum dah 50an kan...
PadamBapak bunda tangan nya belum pulih sepenuhnya lagi...nanti 14 Jun ni bapak nk operate mata plk..sebelah mata dah kabur sangat...hampir tak nmpak dh...
Nanti bunda akan balik kpg lagi...begitu lah bunda tiap bulan ulang alik...juhu..
salam jumaat bunda
BalasPadammoga hati kita sentiasa terpelihara
Apa-apa hal pun bila dah celaru sangat memang elok kita mengingati Allah.
BalasPadamInsyaAllah.. sentiasa menjaga hati ini.. makasih Bunda mengingatkan :)
BalasPadamPerkongsian yg sgt baik bunda..;)
BalasPadamhati adalah punca dan paksi segalanya ... sama-samalah kita menjaga hati demi hati org lain ...
BalasPadamSetuju sangat pernah dengar ceramah berkaitan tajuk ni
BalasPadamInsyaAllah..sentiasa bersihkan hati dri perkara yang boleh merosakkan
BalasPadamhati..hati kalau rosak ni payah..bnykkan ISTGHFAR..
tu la kan... rahsia sejeping hati yang allah pinjamkan untuk ita
BalasPadam