Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan

Khamis, 4 Ogos 2016

Resipi: Rendang Tok


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam.....

Nampak macam sama jer entri bunda dengan yang lepas kan, tentang rendang tok juga.  Oleh kerana ada permintaan untuk bunda kasi resipinya sekali, so disini bunda updatekan resipi rendang tok pula untuk share dengan kalian.

Tapi resipi bunda ni bunda dah olah sikit mengikut cara bunda... mudah lagi lah dari yang asal dulu-dulu punya resipi rendang tok yang sedikit renyah.  Kalau yang asalnya ada tambah isi kelapa, yang dikikis keping-keping, taroh dalamnya sekali dan bahan rempah ratusnya pun orang dulu-dulu guna yang fresh dan digiling sendiri.

Resipi bunda ni telah diolah cara bunda dan memudahkan prosesnya, tapi bunda tanya arwah mak bunda...okay tak?...   okay lah,  tak lari sangat pun rasanya dari yang asal.
Masa bunda kawen dulu, awal 80an... rendang tok ni lah menu utama.

So, yang ini lah yang selalu bunda buat... cubalah...
                     
                               ..................         ......................        ..................                                                         

Resipi: Rendang Tok

Bahan2nya:

1 kg daging,  2 kotak kecil santan kelapa,   2 sudu besar kerisek,  2 sudu besar cili giling/boh,  2 sudu besar rempah kari daging,  rempah tumis 4 sekawan,

*5 biji bawang merah kecil,  *3 ulas bawang putih,  *halia sebesar ibu jari,  *lengkuas 1/2 ibu jari,{bahan2 bertanda * ditumbuk/blend lumat}, 

2 batang serai dititik,  2 helai daun kunyit dicarik2 jer....sekeping asam keping/air asam jawa... sedikit gula merah/gula melaka, garam dan perasa.
rendang tok dalam proses mengeringkan

Cara memasak:

1) Daging dipotong kiub dan di rebus 1/2 empok.... simpan stok daging jika ada lebih. 
2)  Panaskan  sedikit minyak dan tumis rempah 4 sekawan...diikuti dengan bahan2 tumbuk dan serai titik tadi. Kacau2 biar agak garing dan wangi.

3)  Masuk rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau2 lepas tu masuk pula cili giling, boleh tambah sedikit air jika kering sangat....biar hingga ramuan sedikit  garing.

4) Masukkan santan, daging  dan lebihan stok daging tadi.  5) Biar daging masak dengan api sederhana sambil dikacau2 selalu.  6) Bila dah hampir kering, daging dah cukup empok, masukkan air asam, kerisek, garam, perasa, gula merah juga daun kunyit.

7) Dikacau2 selalu hinggalah betul2 kering dan berwarna gelap.

SIAP...

rendang tok sedia untuk dimakan


*** Biasanya rendang tok memang warna gelapkan, macam masak hitam juga..


Khamis, 26 November 2015

Resipi: Pajeri Terung


                               

Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Semasa bunda di kampung haritu, dah  alang-alang tengok hasil pokok terung bapak banyak buahnya, bunda pun petik buat masak pajeri...

Jom kita ikuti bahan-bahan dan cara memasak pajeri terung versi bunda....

Bahan-bahannya:

@ 3 biji buah terung panjang  (di belah dua tak putus)
@ 1 peket rempah kari daging.(tambah sedikit air jadikan pes)
@ 3-4 biji bawang merah kecil (tumbuk lumat) *
@ 2 ulas bawang putih (tumbuk lumat) *
@ 2 - 3 keping hirisan halia (di potong memanjang) *
@ Setangkai daun kari *
@ 1 sudu besar kerisek
@ Sekepal udang kering (di cuci dan di tumbuk pecah2 jer, ketepikan)
@ 1 sudu kecil  gula merah, (ikut lah sesedap rasa manisnya)
@ garam dan serbuk perasa secukup rasa
@ Sedikit minyak masak untuk menumis.
@ Santan secukup nya untuk melitupi kesemua bahan-bahan.
@ Sedikit rempah tumis 4 sekawan (sebatang kecil kulit kayu manis, 3 kuntum bunga cengkih, 
1 kuntum bunga lawang dan 2 biji buah pelaga)


Cara-cara memasaknya:

1)  Panaskan minyak dalam kuali atau periuk, tumis rempah 4 sekawan, diikuti
bahan-bahan bertanda *

 2) Setelah garing masukkan rempah kari, di kacau-kacau selalu, kalau kering sangat boleh tambah sedikit air, kacau sehingga pecah minyak kemudian masukkan santan,
udang kering dan kerisek.

 3) Setelah santan mendidih masukkan terung... biar seketika ...masukkan bahan perasa, garam, gula merah dan serbuk perasa ikut sesedap rasa.

4) Setelah sebati dan kuahnya pekat bolehlah di tutup api...
SIAP


*** Keluarga bunda suka pajeri terung yang rasanya agak manis dan pekat. Kepekatan kuah pajeri ini bergantung pada kuantiti bawang tumbuk dan keriseknya...bunda tak letak gula putih, sebaliknya bunda biasa letak gula merah...

Selamat mencuba..




Selasa, 3 November 2015

Resipi: Pengat Labu Kurma


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Pada bulan puasa haritu bunda ada menonton rancangan masakkan di tv yang memaparkan masakan yang berasaskan makanan sunnah.

Salah satunya Pengat Labu Kurma ni lah... jom bunda kongsikan resipinya...

Bahan-bahannya:

1) Labu kuning, suka hati nak banyak mana, dikupas dan di potong kiub.
2) Buah kurma ikut pilihan kalian dan banyak mana kuantitinya...di belah dua.
3) Santan secukupnya.
4) Gula putih sesedap rasa.
5) Sehelai daun pandan di ikat untuk aroma.
6) Secubit garam.

Cara-caranya:

1) Masukkan buah labu yang sudah di potong kiub tadi dalam periuk beserta santan dan daun pandan, kemudian letak atas dapur dengan api perlahan.

2) Apabila labu sudah mulai lembut, bolehlah masukkan gula dan buah kurma tadi. Sesekali di kacau-kacau. Pastikan gula tak lebih sangat sebab buah kurma tu dah manis.

3) Masukkan secubit garam, apabila semuanya dah sebati dan labu dah betul-betul lembut dan empuk, bolehlah tutup api.  SIAP...


***Gabungan dua makanan sunnah....makanan kegemaran Nabi Muhammad  s a w.



Isnin, 14 September 2015

Sayur Lemak Daun Mulberry...

sayur lemak daun mulberry

 Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Dalam entri bunda yang lepas-lepas, bunda pernah upkan entri berkenaan pokok mulberry bunda. Pokoknya yang dulu dah tua dan buahnya dah kurang,
so bunda tebang dan tanam semula.

Kini pokok baru sedang membesar, buah dan daunnya tengah melebat.
Memandangkan daun dan pucuknya banyak maka bunda petik untuk buat masak lemak putih dengan ubi keledek Masak lemak putih biasa macam kita masak
sayur lemak pucuk manis.

Rasanya pun lebih kurang jer...

***Memang berbaloi tanam pokok mulberry ni...

Khamis, 20 Ogos 2015

Resipi: Keli Masak Tempoyak




Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Kalau bunda balik kampung memang selalulah dapat makan ikan keli ni. Dulu semasa adik ipar tinggal sekali dengan bapak selalu dia pergi memancing. Sekarang bapak selalu beli jer kat pasar. Ramai yang gemar makan, termasuk anak-anak saudara bunda.

Bunda pun suka makan, tapi bab menyiang dan membersihkan nya tu cuak sikit....dulu ada arwah mak memang mak buat kan, kini bapaklah.  Bukan tak boleh buat, cuma kalau dah ada yang boleh harap bunda lepas tangan lah, tapi masak, tak per bunda boleh jer...

Kalau orang sebelah selatan biasanya buat masak asam pedas atau masak lemak cili api atau goreng berlada jer kan. Tapi kat tempat bunda ni selalu buat masak asam rebus, kari, masak asam tempoyak, di goreng atau dipanggang saja. Sekali ini bunda nak kongsi resipi ikan keli masak tempoyak yang ringkas dan mudah style bunda.


Bahan2nya:

1. 2 ekor ikan keli yang sedang besarnya. Disiang dan dicuci bersih dengan beberapa biji air asam limau dan garam dan di rendam sekejap supaya hilang lendir2nya dan tidak hanyir. Dibilas  2 3 kali kemudian di potong ikut suka...tos kan.

2.  2 biji cili merah dan beberapa tangkai cili kering, ikut kepedasan. Boleh juga gantikan dengan cili api, bunda lebih suka cili kering....

3. 3 biji bawang merah, 1" kunyit hidup atau kunyit serbuk, 1 batang serai diketuk, boleh juga letak sehelai daun kunyit yang di siat2...

4. Tempoyak...agak2lah ikut kepekatan yang disukai...kalau tempoyak kurang masam boleh tambah asam keping.

5. Semangkuk air sebagai kuahnya.

6. Garam dan perasa secukup rasa.


Cara2nya:

1. Cili, kunyit dan bawang di tumbuk hingga lumat.  Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk tadi beserta serai dan tempoyak, kacau rata dan didihkan sebentar.

2. Kemudian masuk ikan... di kacau2 dan sesuaikan kuantiti air dengan ikan dan juga tempoyak tadi. Setengah orang suka pekat kuahnya, tapi bunda suka kuahnya sedang2 saja. Masukkan asam keping sekiranya tempoyak kurang masam. Didihkan dengan api yang sederhana.

3. Setelah mendidih bolehlah diletak garam dan perasa sesedap rasa.... juga daun kunyit yang di siat2kan.

4. Kalau suka boleh ditambah bendi atau timun atau apa2 sayur yang sesuai,  bunda letak timun..

5. Bila ikan dah elok masak... tutup api dan bolih dihidangkan.



*** Siap, simple jer kan. Selamat mencuba...



Rabu, 1 Julai 2015

Resipi: Cencaru Masak Taucu



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Harini bunda nak share resipi lagi. Resipi mudah-mudah jer, bolih masak untuk berbuka atau sahur nanti.

Bahan-bahannya:

@ Seekor ikan cencaru yang sederhana besarnya.(digoreng setengah masak)
@ 2 sudu taucu (bunda guna yang dalam botol)
@ 2 biji cili hijau. (belah 2 tak putus)
@ 2 biji cili merah. (belah 2 tak putus)
@ 1 biji bawang besar (di potong 4)
@ 2 ulas bawang kecil (hiris nipis)
@ 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
@ 3 potong halia. (dihiris memanjang)
@ Semangkuk/secukupnya  air asam jawa untuk kuah.
@ Sedikit minyak masak.
@ Perasa.


Cara-caranya:

1)  Tumis bawang kecil, bawang putih dan halia hingga agak layu.
2) Masukkan taucu di kacau hingga wangi.
3) Masukkan air asam jawa secukupnya setelah melegak masukkan cili-cili potong dan bawang besar.
4) Masukkan sedikit garam dan perasa (pastikan garam jangan lebih sebab taucu dah masin)
5) Akhir sekali masukkan ikan dan biar kan mendidih dan masak...tutup api.. SIAP.


***Selamat mencuba dan selamat berbuka...






Khamis, 25 Jun 2015

Resipi: Selar Goreng Masak Asam



Bismillahirrahmanirrahim, Assalam....

Salam ramadhan, bulan-bulan puasa ni kalau nak makan sedap-sedap, kalau tak rajin atau tak sempat masak sendiri pergi jer ke pasar ramadhan tu.

Bagi yang ada kesempatan untuk memasak boleh jer masak sendiri, walau pun simple-simple, macam resipi bunda sekali ni...ikan goreng yang lebih makan semasa berbuka tu pun boleh dijadikan juadah untuk bersahur pula...tak payah nak membazir.

Bahan-bahannya lebih kurang macam ni ....agak-agak lah yer..
@ Ikan goreng (bunda guna ikan selar)...@ cili merah (dihiris)...@ bawang besar (dihiris)..
@ bawang putih (dihiris)..@ sedikit halia (dihiris memanjang)...@ semangkuk air asam jawa..
@ garam dan serbuk perasa...@ sedikit minyak masak.

Cara-cara memasak...
@ Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumis bawang-bawang, halia dan cili...kacau-kacau hingga layu.. @ masukkan air asam dan ikan goreng secukupnya...apabila mendidih perasakan dengan bahan perasa...(kalau suka boleh masukkan sedikit kicap)..
@ apabila dah cukup masak boleh tutup api.....
SIAP...


***mudah dan simple jer, selamat mencuba
                                                  

Khamis, 21 Mei 2015

Resipi: Ayam Masak Lemak Tumis





Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...

hari ini bunda nak share resipi lagi dengan kalian, jom kita tengok apa bahan-bahannya...

Bahan-bahannya:

*ayam dalam 5 6 ketul...(nak guna ikan tenggiri pun bolih).
*3 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*2 biji cili merah ditambah sedikit cili padi ikut banyak mana kepedasan yang kalian nak...(kesemua bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit dan cili merah+cili padi ditumbuk atau diblend lumat).
* sebatang lobak merah (dipotong bulat atau serong)
* 1 batang serai di ketuk
*2  3 helai daun limau purut dihiris halus.
*sedikit minyak masak untuk menumis.
* santan..ikutlah kepekatan yang sesuai.(bunda guna santan kotak)
* sekeping asam gelugur.
* bahan perasa dan garam


Cara-cara memasaknya:

1) Tumis bahan-bahan yang diblend tadi. Kacau-kacau hingga garing masukkan ayam, kacau-kacau sebati kemudian masuk santan, serai dan asam gelugur....ikutlah banyak mana kuah yang dikehendaki.

2) Apabila kuah hampir mendidih masukkan lobak dan biar kuah mendidih dan lobak lembut bolihlah dimasukkan bahan-bahan perasa dan garam.

3) Sebelum tutup api taburkan hirisan daun limau purut.  Siap untuk dihidangkan...


*** Selamat mencuba..



Rabu, 29 April 2015

Resipi: Mee Hailam Mudah

mee hailam mudah resipi bunda


Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam....

Tiap kali bunda balik kampung ada ajer  adik-adik  bunda minta  masakkan untuk mereka... Bunda ni sebagai kakak sulung  ibarat menggantikan arwah mak bunda. Dulu mak lah buatkan...bukan mereka tak pandai cumanya nak bermanja disamping mengenangkan arwah mak kami.

So sekali ni mereka minta bunda masakkan mee hailam. Budget merekalah kan, bunda tolong masak jer...bapak bunda yang terlebih terujanya. Mee hailam bunda ni simple ajer tapi rasanya lain sikit...bahan-bahannya main campur jer semua...bunda pernah belajar dengan kawan bunda semasa tinggal kat Serawak  lama dah dulu....

Kalau nak tahu apa kelainannya,  jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya,  tapi resipi bunda ni bahannya agak-agaklah yer...ikut kesesuaian selera masing-masing...masa bunda masak kat kampung hari tu, banyak kuantitinya...

cili jeruk kiranya bahan wajib untuk rasakan kelainannya..dan untuk
yang sukakan pedas..


Bahan-bahannya:

@ Mee kuning...(celur dan toskan)
@ Bunga kobis..
@ Sayur sawi...
@ Lobak merah..
@ Daging (direbus dulu dan dipotong kecil2, air rebusanya biar banyak sikit untuk disimpan sebagai kuahnya nanti)
@ Sedikit udang hidup dan sotong...
@ Halia dan bawang putih secukupnya...( ditumbuk bersama hingga lumat, bahan ini untuk ditumis, kalau lebih sikit pun tak per, rasa dan aromanya menambah sedap kuah nanti)
@ Lada hitam juga di tumbuk...jangan terlalu halus, biar lebih sikit, biar terasa lada hitam ini dalam kuah nanti...ini yang bezanya resipi ini dengan kuah mee hailam yang lain)
@ Kicap pekat manis
@ Kicap masin
@ Sos tiram
@ Bahan2 perasa
@ Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah...
@ Cili merah & cili hijau dan limau kasturi/cuka (cili2 dipotong bulat2 kasar...rendam dalam cuka atau air limau ikut selera masing2...sebagai cili jeruk)


Cara memasaknya:

1) Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumisan...bila dah naik bau masukkan lada hitam, ...masukkan daging dan air rebusannya tadi...

2) Boleh ditambah air sekiranya nak lebih kuahnya...apabila mendidih masukkan kedua kicap, sos tiram dan bahan perasa...kicap pekat manis memang letak agak lebih...biar kuah warna gelap dan sedikit manis...nak pedas dari cili jeruknya nanti..

3) Masukkan sayur-sayur yang telah dipotong-potong......kemudian sekali baru masukkan sotong yang dipotong bulat dan juga udang hidup.

4) Pekatkan sedikit kuah dengan bancuhan sedikit tepung jagung kedalamnya...jangan terlalu pekat...SIAP untuk dihidangkan.

5)  Semasa menghidangkannya tambah cili jeruk tadi... kiranya cili jeruk ini wajib...untuk kelainan rasanya dan rasa pedas.

6)  Resipi mee hailam bunda ni memang lain dari yang lain....tak ada cili kering/boh seperti kebanyakkan mee hailam lain...Satu lagi bahan tumisannya juga hanya halia dan bawang putih yang akan menambah dan menaikkan aroma kuahnya

7) Satu lagi kelainannya ..lada hitam yang ditumbuk kasar akan terasa tergigit semasa makan bersama mee nanti... Lada hitam juga bahan untuk penambah rasa pedas....so tak perlu cili boh lagi.  Semua ini lah yang membezakan mee hailam bunda ni dengan yang lain...Mudah jer kan..cubalah kalau tak percaya...

8) Kalau yang bukak warung, mee hailam ni boleh di masukkan meenya sekali semasa didihkan kuah..ikut kuantiti ramai mana yang nak makan satu meja.....sekejap ajer dan angkat untuk dihidangkan dalam pinggan bujur....baru di senduk dalam pinggan masing-masing..gitew..

8) Selamat mencuba...



*** Kalau nak sedap lagi boleh tambah sikit air rebusan tulang lembu...jangan banyak sangat, tak nak nanti ada lemak-lemak dagingnya terapung-rapung pulak dalam kuah.....




Rabu, 1 April 2015

Resipi: Kari Ikan Siakap



Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam....

Resipi lagi...masak-masak lagi... bunda tengah rajin ni nak kongsi masak-masak dengan kalian.  Sekali ni bunda ingin berkongsi resipi kari ikan ala orang utara/perak pulak.  Rasanya tak banyak bezanya, cuma kari orang utara ni tidak begitu lemak. Tapi lebih rasa rempah dan sedikit masam. Kalau sebelah Penang sana yang bunda diberitahu (adik ipar bunda orang Penang) sesetengah tempat... mereka tak guna santan langsung (kebanyakkan yang berketurunan peranakan/mamak) cuma air asam jawa dan sudah semestinya rempah kari.

Sekarang jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.


Bahan2nya:

* seekor ikan siakap. (boleh jer guna ikan apa pun yang sesuai buat kari)
* bawang merah kecil dan bawang putih...agak2lah (dimayang)
* sedikit halba campur.(tak der dalam gambar, terlupa...im sorry)
* sepeket rempah kari ikan.(boleh tambah kalu saiz ikan besar, campur sedikit air dijadikan pes)
* cili hijau, cili merah (dibelah dua tak putus) kacang bendi dan tomato yang dipotong empat untuk tambahan.
* semangkuk air asam jawa (ikut kemasamannya)
* semangkuk santan cair...(agak2lah untuk banyak mana kuahnya nanti)
* sedikit minyak masak
* garam dan perasa dan setangkai daun kari.


Cara2 memasaknya:

* Panaskan sedikit minyak, tumis bawang2 dan halba campur tadi.  Bila dah agak kuning masukan rempah...kacau2 sampai garing dan berminyak kemudian masukan daun kari.

* Masukkan santan dan air asam jawa secukup rasa kemasamannya....masukan ikan dan bila dah mendidih masukkan sayur2 tadi diikuti garam dan perasa...bila dah masak sedia dihidangkan.

* Selamat mencuba...



Khamis, 12 Mac 2015

Resipi: Lempeng Pisang Inti Kelapa


lempeng pisang berinti kelapa


Bismillahirrahmanirrahim,  Assalam...

dah lama bunda tak share resipi dengan kalian kan... hari ni meh kita pekena lempeng pisang berbalut daun pisang.  Jangan pandang pada rupa, rupa memang tak menarik, sebab menu orang dulu-dulu. Cuma nya orang dulu-dulu masak atas dapur kayu atau dapur arang.... dalam kuali leper yang orang masak roti canai tu. Bunda masak dalam kuali biasa atau non stick pan atas dapur gas jer. Tapi bau semerbak dari daun pisang nya tetap menusuk hidung.

Jom kita lihat resipinya....

Bahan-bahannya:

* 6 - 7 biji pisang emas/atau apa saja pisang yang biasa orang buat cokodok
* gula pasir secukup rasa
* secubit garam
* kelapa parut putih (gaul dengan sedikit garam & gula, ketepikan)
* tepung gandum secukupnya.
* sedikit minyak masak/majrin
* daun pisang (untuk membalut adunan)
* sedikit b/powder (jika perlu)

Cara-cara memasaknya:

* Lenyek pisang dan adun bersama gula, garam dan tepung macam kita membuat cokodok pisang tu...bunda letak sedikit baking powder (tak nak pun takpe)
* Panaskan kuali, calit sedikit minyak, letak daun pisang dan senduk adunan tadi atas daun pisang...ratakan.
* Taburkan sedikit kelapa parut tadi atasnya, tekan2 sedikit dalam adunan tadi....biar sekejap.
* Lipat/tutup adunan tadi dengan daun pisang yang selebihnya.
* Apabila sebelah dah masak bolehlah terbalikkan sebelah lagi....begitulah seterusnya...
* Siap...Bolehlah diangkat dan dihidangkan...
* Sekiranya nak terus masak dalam kuali tanpa daun pisang pun boleh jugak...cuma campurkan sedikit kelapa parut dengan adunan tadi sesenduk demi sesenduk...  Tapi takderlah aroma daun pisangnya....Bunda masak dalam non stick pan ajer.


Jom cuba try buat...



jangan dinilai dari rupanya
tapi rasanya...he he


*** Teringat bunda zaman kecik-kecik dulu bila balik kampung , arwah opah selalu masak lempeng ni. Kalau ada pisang yang masak ranum yang berbaki , kalau opah tak buat cokodok opah buat lempeng......maklum cucu ramai...berebut-berebut makan...  sedap, suka sangat sebab ada inti kelapa parut.....tiba2 teringat arwah opah, huhu..





Ahad, 28 Disember 2014

Daging Masak Hitam


daging masak hitam



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

entri sekali ini untuk penghujung tahun 2014 ni bunda ingin berkongsi satu lagi resipi untuk kalian semua, jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.



Bahan2nya:

* 1 kg daging (potong dadu kecil, cuci dan ditoskan)
*  kicap pekat manis lebih kurang 1/2 cawan (bunda suka guna kicap ABC saus manis/boleh ditambah jika perlu)
* kicap masin (agak2lah kemasinannya, so tak payah letak garam lagi)
* 1 cawan kerisek.
* 1 cawan air asam jawa.
* air secukupnya.
* 10 biji bawang kecil (hiris separuh & tumbuk lumat separuh)
* 1 biji bawang besar (dihiris kasar untuk dimasukkan kemudian)
* 1 inci halia (tumbuk lumat)
* 3 batang serai di ketuk.
* sedikit minyak masak.
* 1 s/besar serbuk cili
* 1 s/kecil serbuk jintan putih
* 1 s/kecil serbuk jintan manis
* 1 s/besar gula merah (sekiranya tak nak manis tak payah letak)
* serbuk perasa.(bunda letak serbuk maggi cukup rasa)



Cara2 memasaknya:

@ Daging yang telah dipotong dan dibersihkan diperap dengan bawang tumbuk, halia, serbuk cili dan jintan2, kicap manis dan masin.  (perap dalam 30 minit)

@ Panaskan kuali dan sedikit minyak masak, tumis bawang hiris hingga kuning masukkan serai di kacau2 kemudian masukkan daging perap tadi. Kacau2 sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan tambah air secukupnya untuk memasakkan daging hingga empuk.

@ Apabila airnya separuh kering masukkan kerisek, gula merah, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau2 selalu takut melekat dibawah.

@ Apabila daging hampir kering masukkan bawang besar hiris.. kacau2 hingga kering dan berminyak.  Boleh juga guna ayam, tapi tak payahlah perap lama sangat.


*** Siap untuk di hidangkan.




Isnin, 4 November 2013

Oreo Cheese Cake...

blueberry oreo cheese cake


Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

dah lama rasanya bunda tak berkongsi resipi dengan kalian semua. Di hari cuti begini bunda nak beri resipi kek keju oreo/cream o.  Tentu ramai yang suka dan pernah makan atau buat sendiri kan?...

Topping dia tu suka hatilah nak letak perisa apa-apa ikut selera..blueberry, rasberry, strawberry atau kiwi. Gambar atas tu perisa blueberry.....gambar bawah sekali perisa kiwi...

Jom mula...


Bahan2nya:

@ Biskut oreo/sewaktu dengannya, satu bungkus dibuang krimnya dan ditumbuk jadi serbuk..
@ Tepung cheese mix  200 gm (dicampur / gaul dengan susu segar)
@  Kiwi  filling 250 gm (sebagai topping)
@ 1 sudu besar marjerin (dicairkan atas api dan sejukkan)
@ Susu segar 150 ml (campur dengan tepung cheese)

Cara-caranya:


1) Setelah marjerin sejuk, digaul bersama biskut oreo hancur tadi hingga sebati dan masukkan dalam loyang,  diratakan dan ditekan-tekan sedikit. Masukkan dalam peti ais (sejuk beku) sebentar.


 2) Sementara itu tepung cheese tadi digaul rata dengan susu, setelah adunan biskut tadi agak keras, keluarkan dari peti ais dan letak adunan tepung cheese tadi diatasnya perlahan-lahan...ratakan..




3) Kemudian disapu rata topping kiwi tadi diatasnya.  Disejukkan dalam peti ais beberapa jam sehingga betul-betul keras dan bolehlah dipotong.




3) Dah siap. Senang je kan..Selamat mencuba..


kiwi oreo cheese cake
p/s: Anak bunda punya resipi ni, dia yang buat, bunda share jer...