Rabu, 3 Jun 2015

Buah Kundang


imej google

Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...

sebut saja buah kundang tentu ramai yang tahu dan terliur.....apa lagi orang sebelah selatan. Buah yang terkenal dengan rasanya yang masam...Mungkin kerana bijinya berwarna ungu kot di panggil buah kundang...kan ada juga yang menyebut warna ungu tu warna biji kundang. Betul lah tu, biji dia memang warna kundang pun.

Tapi yang warna hijau ni buah yang masih muda, rasanya memanglah terlajak masam. Bila dah masak warnanya sedikit kekunigan. Tapi katanya ini buah kundang jenis kampong, bentuknya bulat dan kecil sedikit.

imej google
Berbeza dengan yang jenis satu lagi ni.  Ini bentuknya sedikit besar dan lonjong. Warnanya kuning dan agak manis. Kalau disebelah selatan namakan buah kundang tapi sebelah utara pula orang panggil buah remia.  Ada yang jenis dari Thailand tu pulak orang panggil  buah staq... tapi orang cakap buah staq Siam ni tak sedap dibuat cicah/colek sebab manis. Orang utara sana tahu lah ni...nanti kita tanya blogger JR dan Kamsiah.

Kalau disebelah pantai timur sana ada yang panggil buah stor ada yang panggil buah ghemia.

imej ni bunda ambil sendiri ketika kepekan taiping , gerai buah depan pasar daging..

Harganya pula berbeza-beza...tak tahu kenapa. Ada yang pernah beli kat pasar malam harganya sekilo RM18 ...Ada yang murah lagi. Tetapi yang jenis Siam tu memang mahal...ada yang mencicah harga RM28 - RM30 sekilo.


*** Walaupun rasanya masam ke, manis ke bunda tak terasa nak makan pun...bunda kurang gemar buah masam-masam ni...orang cakap kalau dibuat jus sedap...ada ke jus remia?..




39 ulasan:

  1. Suka jugak makan buah ni sekali sekala

    BalasPadam
  2. asalamualaikum bunda.. :-))

    suka sangat buah nie...kalau kat rumah memang terlajak laris buah nie...

    BalasPadam
  3. memang betul Bunda..yg Siam punya lagi besar..lagi manis..harganya pun boleh tahan...

    BalasPadam
  4. Bunda..SA suka hok hg masam tuh...yg muda tuh buat cicah...tumbuk dgn sambal belacan pun sedap....ermmm...dah musim ke eh..?

    BalasPadam
  5. DALAM DUSUN DI KAMPUNG ADA SEPOHON REMIA NI BUAHNYA BULAT2 DAN KECIL SAJA...KALAU MASAK MANIS JUGA YG MUDA TU GERENTILER MASAM TERAMAT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pn, ada tak buah kundang muda.kalo ada mohon contact saya 012248231,teringin sgt nak mkn kundang muda

      Padam
    2. pn, ada tak buah kundang muda.kalo ada mohon contact saya 012248231,teringin sgt nak mkn kundang muda

      Padam
  6. Saya suka buah ni Bunda tapi tak lah makan banyak sangat.. sekali sekala jer..
    Saya pun panggil buah kundang Bunda..
    Masa kecik2 dulu selalu beli jeruk kundang... emmm dapnyaaa :)

    BalasPadam
  7. sedap ni bunda...lagi2 yg masak ranum ..dpt plak yg manis.....basuh2 terus ngap....lieya jenis tak buang kulit heheheehehe

    BalasPadam
  8. el pgg buah remia
    sedap dimakan begitu saja haha

    BalasPadam
  9. saya suka makan buah kundang ni
    paling unik biji dia tu kan, warna purple =)

    BalasPadam
  10. lama nya tak makan buah remia ni bunda
    kalau dulu masa kat kedah selalu gak merasa yg manis2 macam buah staq tu
    dah dok brunei tak jumpa pun kat sini
    ish ish sedappp nya dok tengok tu

    BalasPadam
  11. sy tahu buah staq je bunda..dia macam buah pelam..cuma kecik je kan..rupanya nilah buah kundang.kami dok utaqa ni pun panggil staq..buah ramia tak tahu.hehe

    BalasPadam
  12. Pernah makan tapi dah lama tak makan buah ni..

    BalasPadam
  13. Dah lama tak makan buah kundang ni Bunda.. bila tengok ni baru teringat balik.. :) :)

    BalasPadam
  14. Kak zai memang suka makan asam tapi kalau buah kundang tak berani makan yang muda sebab terlalu masam.

    BalasPadam
  15. Kat Muo mmg ada nama tempat Kundang Hulu KN.....Mesti sebab byk buah tu agaknya dulu dulu hihi... Yelahkan patut pun kita panggil purple tu biru kundang...

    BalasPadam
  16. kecur air liur..kita panggil buah remia..

    BalasPadam
  17. yang warna kekuningan tu yang best tuh....

    BalasPadam
  18. Teringat rumah arwah wan dulu.. ada pokok kundang tu.. satu memang masam, satu lagi jenis yang manis.. puas kami dapat makan.. bila saya dengan adik pindah dok rumah mak, merajuk terus pokok2 buah2an dekat rumah arwah wan, takmo berbuah.. huhuhu..

    BalasPadam
  19. assalammualaikum bunda...

    lamanya dah tak makan buah kundang ni... kalau dapat yg manis memang lagi-lagi makan...

    BalasPadam
  20. Di rumah pusaka, ada 2 pokok buah ini.pokok tua sedar 2 dah ada. Tapi berbuah sampai sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awk area mane ye...sy tgh mngidam buah kundang...mmg tgh cari..

      Padam
    2. kundang berbuah tak sekarang pn nida?saya mengidam nak mkn kundang muda.harap pn nida boleh contact saya 0122248231 kalo ada.terima kasih

      Padam
  21. Dekat tempat kakak ni minggu sebelum cuti sekolah en abe kakak beli sekilo RM20/- KN
    Tapi kakak suka sebab besar-besar. Puas makan.

    BalasPadam
  22. dlu dok kedah selalu la dpt mkn lani dh payah nk jumpa

    BalasPadam
  23. Assalam Bunda... kat kg saya dulu buahnya besar2 .. kalau angin dia nak berbuah la... sedap buat jeruk, sambal belacan dan yg dah kuning tu manis2 masam...

    BalasPadam
  24. Yang kecil tu kak panggil buah ghemia..masa kecil2 dulu rajin ambil buat garam belacan tapi yang buat jeruk tu sedap sangat. La ni susah nak cari jeruk ghemia ni. Yang kuning oren tu kita panggil buah staq. Buah staq ni bentuk bulat pun ada..

    BalasPadam
  25. lya suka buah remia tu..masam2 manis

    BalasPadam
  26. Tak pernah makan..tapi bila tgk..macam kecur pulak..

    BalasPadam
  27. Arwah tok wan sebut buah remia... Tapi tak pernah pun makan ^-^

    BalasPadam
  28. Mane nk cari buah kundang @ staq muda nie ye? Sy mengidam nk mkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda tak pasti pulak sayang oii... masa bunda ambil gambar yg kt pasar tu dlm bln 3 haritu....kat kpg taiping...mugkin time2 tu musim dia lah kot...

      Padam
  29. Assalamualaikum, Kalau ada sesiapa dlm blog ni jumpa buah kundang tu minta tolong tel saya (012-7714174) isteri saya mengidam. harap bantuan anda semua, terima kasih, wassalam.

    BalasPadam
  30. saya pun tgh mengidam kundang muda.siapa yang boleh pos kat saya boleh telefon saya 0122248231

    BalasPadam