Sabtu, 13 Jun 2015

Pose Terbaru Zarif


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Tak ada apa bunda nak share cerita hari ni, jom kita tengok gambar dan ragam
Zarif Umar yang terkini, dah lama tak tengok ragam dan keletah dia..


nampak dalam gambar macamlah Zarif yang
makan banyak sangat tu..



Suka sangat makan nasi ayam Chiken Rice Shop...
kalau bawak jalan-jalan,
kalau dia tak makan lagi...dan ternampak jer kedai CRS tu, mesti dia ajak masuk,
walaupun orang lain tak gemar dan dah kenyang...
peduli apa dia...dia siap masuk dan duduk dah pun...
selamba jer...so..


Tengoklah gayanya tu, nak duduk kat baby seat...awak tu dah besar...
tak muat, sempit-sempit pun nak masuk jugak...
suka hati kolah Zarif..


Biasalah zarif bila bergambar, selalu tunjuk 'peace'


Kalau lalu kedai mainan, nampak jer pistul ke senapang ke, atau  yang seangkatan dengannya....
mesti singgah, belek-belek...pastu merengek nak belikan..
Kalau ngn Mak Nora jarang nak dapat, tak suka lah mainan berunsur ganas macam tu..
malas nak layan..


Kalau ngn mommy n papa selalu dapat....masuk yang terkini ni ntah yang keberapa dah...
tapi tak sampai 2 hari...
ada jer tertanggal itu ...terpatah ini...ada jer dia nak repair,
last-last.. Jahanam!!...pastu tak main dah.....


Bulan Ogos ni Zarif dah masuk 5 tahun, mommy dan papa bercadang nak masukkan
zarif  ke 'playschool' dulu... sementara nak pergi tadika 6 tahun...



***nanti Zarif dah mula sekolah...dia tak tinggal dengan Mak Nora lagi dah,
dah besar..nak bagi dia belajar berkawan dan berdikari..
huhu..

30 ulasan:

  1. setuju tu....masukkan ke playschool. banyak kelebihannya

    BalasPadam
  2. nakkk spek mata hitam tu..cute Zarif..hehe...

    BalasPadam
  3. bisalah klu dah sedap wpun kat tekak org laun x sedap ... kerusi baby tu kan tinggi . senang dia nak makan . besarnya spek . boleh pinjam tu ... mesti seronok zariff masuk playschool . jumpa ramai kawan .

    BalasPadam
  4. Lucu lak tgk zarif dlm baby seat. Zarif rasa dia baby lagi, nih...
    Lps ni susahlah nk bc entry zarif kalau dia dah sekolah, bunda..ye tak

    BalasPadam
  5. Rambut gondrong Zarif mengingatkan saya kepada anak nombor 5 saya semasa kecil. Bila masuk tadika kena potong rambut dia mengamuk sakan kerana sangat sayang dengan rambut kerinting panjangnya....

    BalasPadam
  6. rambutnya zarif aku suka mba :)

    BalasPadam
  7. salam. hee tu zarif tunjuk peace ke tunjuk nk adek 2 orang lagikks ;p

    BalasPadam
  8. zarif minat senang pistol cam anak sy aiman bunda..macam gini gak la gayanya dulu2..kejap je dapat pecah berkecai siap.hehe..rambut zarif mahai..dulu kini dan selamanya

    BalasPadam
  9. Apsl yg pic last tu pkikn dia key,rambut dia cntkla suka kita tgk... Klu ngan Cikna pun xhingin belikn mainan klu blnja mkn ok, seb bek anak sdra phm...;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia yang nk dpakaikan key tu... saje nk bergambar...

      Padam
  10. alahai..hensem sgt...
    esspecially tang rambut sgt2 stylo gittu

    BalasPadam
  11. Mak Nora, sedap nama panggilan tu bunda, dah besar dah zarif, rambut tu comel sgt, macam mana rupa dia nanti besar kan, hensem ni

    BalasPadam
  12. Assalam Bunda, rambut Zarif kerinting baikkk punye... zarif murah dgn senyuman.. ade gambar yg skali pandang mcm muke girl... zarif cepat2 school ya..nnt cepat pandai n belajar, kakak twin dah start playschool dari 2 tahun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tau lah nanti dia g school camne....zarif ni yang bungsu dlm adek beradek dia juga dgn sepupunya yg ramai....

      Manja..ramai yg sayangkan dia... merengek..mengamuk...dan memberontaknya bolih tahan...

      Padam
  13. RAMBUT KERINTING TAK MENAHAN.. :)

    BalasPadam
  14. comelnya zarif dh mula nk kesekolah ya bagus tu...sekolah main2 pun mengembangkn minda juga...

    BalasPadam
  15. Sunyilah bunda bila Zarif pergi sekolah nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah...dh bese dgn riuh dan ragam dia.... tapi hujung minggu klu anak2 free kami bawa dia klua atau main2 kat rumah jer..

      Padam
  16. Salam Bunda!

    Lama sungguh tak singgah sini. Besar dah Zarif. Tahun depan nak ke tadika ya. So, bila masuk tadika nanti masih tinggal dengan Bunda ke atau bila dah bersekolah Tahun 1 baru belajar berdikari?

    Mesti Bunda sekeluarga akan merindui keletah Zarif ni ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila dah masuk playschool mummy ckp dah tak duduk ngn bunda lagi dah...
      Memang rindu sangat...walaupun dekat jer...

      Tapi sampai bila nak train dia...dia manja skit...nanti dah masuk sekolah betul tak reti berdikari pulak...tak reti bercampur...sebab tulah...

      Padam
  17. peace yooo hihi pose tebaru zarif ;)

    BalasPadam
  18. lama tak tengok zarif.. dah abang2 dah dia.. heheh..

    BalasPadam
  19. Seronok ya dengan telatah cucu ni...

    BalasPadam
  20. Mesti kerinduan bila baru-baru terpisah dgan Mak Nora dia.
    Bayangkan dari dia baby sampai dah nak sekolah..

    BalasPadam
  21. Auntie nak pinjam Rambut zarif blh? Comel!

    BalasPadam
  22. Wahh semakin besar dah dia..:) :)

    BalasPadam
  23. Liya geram tgk rambut dia bunda... comel sgt

    BalasPadam
  24. mesti mak Nora kan rindu sama Zariff kan yg di anggap seperti ana sendiri ni kan...dulu JM ingat anak bUNDa :-)

    BalasPadam