Jumaat, 9 Oktober 2015

Hikmahnya Sakit..

imej google


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Allah memberi kita sakit sesuai dengan daya tahan hamba Nya dan banyak hikmahnya...
Buktinya:-

1) Sakit itu zikirullah...
Mereka yang di uji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya...

2) Sakit itu istighfar...
Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga muhasabah...
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu jihad...
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, di wajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu ilmu...
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga nasihat...
Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu silaturrahim...
Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa
Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu mustajab doa..
Imam As - Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya, dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan syaitan...
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah di sesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah s a w dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah...
Rukuk, sujud kita lebih khusyuk, tasbih istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak...
Kesombongan terkikis, sifat tamak di paksa tunduk, peribadi akan menjadi santun, lembut dan tawadhu'

14) Sakit akan mengingatkan kita akan mati...
Membuatkan kita akan sentiasa beringat untuk menghadapinya..


***perkongsian dari kuliah maghrib semoga bermanfaat...ayuh zikir, fikir, syukur dan sabar..

43 ulasan:

  1. As salam bunda
    Alhamdulillah perkongsian yg hebat..
    Bersangka baik dgn Allah.setiap sesuatu berhikmah.

    BalasPadam
  2. Byk betul faedah dari sakit tu sebenarnya ye bunda, ya Allah baca satu2 baru tahu Allah syg umatnya, diberi ujian sakit untuk ingat kembali pada penciptanya

    BalasPadam
  3. salam jumaat bunda.. sakit itu pasti mendekatkan diri kita dengan Allah swt.. bukan semua orang diuji dengan sakit.. terima kasih di atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  4. Sangat-sangat benar bagai disenaraikan
    Kakak ni setiap kali tengok jari yg masih bersisa sakit mesti menyebut DIA
    Itu baru sikit apa lagi yg besar ujiannya.. lagilah berbondong-bondong hikmah mendekati.

    BalasPadam
  5. Sakit itu ga enak tapi semua itu ada hikmahnya yang amat banyak

    BalasPadam
  6. Sesungguhnya sakit itu kifarah dosa . Deep bunda deep huhu

    BalasPadam
  7. sakit amat menyakitkan namun Allah mengiringnya dgn ganjaran yg amat banyak...subhanallah...tq perkongsiannya bunda.

    BalasPadam
  8. Betul tu bunda...
    Sya pun smenjak 2'menjak ni kurang sehat,...ketika ini lah selalu bermuasabah diri...merenung diri apakah cukup bekalan ke sana kelak andai diri dijemput pergi.

    BalasPadam
  9. kadang2 tak redha jugak dengan kesakitan namun cepat2 tersedar dan beristighfar...berskuyur dengan rezeki yg Allah bagi....rezeki bukan dalam bendtuk wang ringgit saje malahan kesihatan yg baik pon rezeki jugak kan bunda...perkongsian yg baik hari ni...tq bunda

    BalasPadam
  10. Perkongsian yang berguna. Suka baca ni. Sakit sikhat semua ada hikmah

    BalasPadam
  11. Banyak hikmah sakit kan yang kadang2 kota tak pernah ambil tahu pun.tq bunda berkongsi ilmu

    BalasPadam
  12. Biasanya sakit kita mudah ingat Allah. Hebat Allah buat semua tu.

    BalasPadam
  13. perkongsian yang cukup menarik dan menginsafkan..

    BalasPadam
  14. perkongsian yg menarik bunda...saling ingat mengingati....terima kasih bunda....

    selamat berhujung minggu bunda...

    BalasPadam
  15. alhamdulilah el skrg ni sakit demam flu batuk
    sayang juga Dia pada el ni kan

    jgn byk mengeluh redha ngan ape yang diberikannya

    BalasPadam
  16. terima kasih bunda sudi berkongsi

    BalasPadam
  17. Terima kasih atas perkongsian bunda.Semoga tidak ada kelohan jika diuji.

    BalasPadam
  18. Terima kasih bunda ambil masa untuk berkongsi dengan kami.

    BalasPadam
  19. pengkongsian ilmu yang begitu bermanfaat...

    BalasPadam
  20. Tq perkongsian ...asalamualaikum bunda..apa khabar..arap bunda sihat2 aje

    BalasPadam
  21. nice sharing Bunda.. setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya..

    BalasPadam
  22. Setiap apa yang ditentukan, pasti ada hikmahnya.
    Salam hujung minggu, Bunda.

    BalasPadam
  23. Thanks for sharing. Sakit itu penghapus dosa2 Kecil :)

    BalasPadam
  24. Moga setelah sembuh kita berubah menjadi lebih baik ^-^

    BalasPadam
  25. sakit sebagai peringatan....

    BalasPadam
  26. tq for sharing bunda..
    alhamdulillah..setiap kesakitan bsr ganjaranNya..
    y penting redha n tabah.... selalu berdoa..
    bila sihat, selalu beringat & bsyukur dgn kurniaan kesihatan y baik..

    BalasPadam
  27. Sakit itu penghapus dosa, in shaa Allah... semoga kita semua sentiasa dijauhkan dosa dan dikurniakan kesihatan yg baik... aamiin.

    BalasPadam
  28. Assalaam Bunda,
    Perkongsian yg baik..semuga di beri kesihatan yg baik..

    BalasPadam
  29. Sakit akan buat kita beringat...berhati....banyak hikmahnya

    BalasPadam
  30. Betul sangat..
    Sakit itu ujian NYA..
    Kena hadapi penuh sabar, dan keinsafan

    BalasPadam
  31. Betul sekali bunda... saya sangat2 setuju... bila kita sakit, kita akan lebih banyak ingat Allah...

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum Bunda, pasti ada hikmah disebalik kejadian kann Bunda..

    BalasPadam
  33. perkongsian yang sgt bermakna.
    selalu kita dengar keburukkan jer bila sakit.
    bila baca n3 bunda nih. terasa besar juga nikmat sakit.
    Terima Kasih Bunda.

    BalasPadam
  34. Ya, memang banyak sekali pelajaran yang bisa kita ambil dari sebuah”sakit” yang menimpa diri.

    BalasPadam
  35. Alhamdulillah singgah di blog Bunda...banyak hikmah bila sakit ..satu sahaja yang terbaik hendak dilakukkan usah henti zikrullah kepada Allah d=bersabar dalm hati ada Allah semat di hati..InshaAllah terbaik perkongsian yang tidak ramai blogger nak buat

    BalasPadam
  36. Semoga bunda tetap sihat ya..sebagaimana aura blog terbaik ni..amin

    BalasPadam
  37. terima kasih Bunda, terkana pad diri angah ni...

    BalasPadam
  38. Masyaallah.....banyaknya hikmah disebalik kesakitan tu. Kalau kita mencari sakit memanglah akan jumpa tp carilah hikmah sakit itu nescaya kita akan bersyukur bila diberi kesakitan kan KN....

    BalasPadam
  39. ye sokong uh!tetiba rasa macam serba salah plak..bila susah baru nak ingt Allah..........

    BalasPadam
  40. Banyak faedah sakit tp kita tak perasan kan bunda..

    Eh bunda duk cheras ye? Dh dekat la kita. LM seri kembangan je

    BalasPadam