Isnin, 27 Jun 2016

Resipi: Bihun Goreng Singapore Style Bunda




Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Jom kita kongsi resipi bihun goreng singapore style bunda pula...kot ada yang dah jemu berbuka dengan nasi, bolih cuba bihun ni...

Bahan2nya:

1) 1 peket bihun...  (di rendam sekejap kemudian di siram air panas dah lembut di toskan)
2)  Sedikit isi ayam dan sedikit udang hidup yang di buang kulit... (ayam bolih juga di gantikan dengan sotong, dibersihkan, ketepikan)
3) Sedikit fish ball...... bunda guna fish ball goreng.
4)  Se batang lobak merah di potong memanjang.
5) Sedikit kobis di hiris.
6) Sedikit bunga kobis di potong kecil.
7) Cili masak dan daun sup di hiris untuk hiasan.
8)  1 sudu besar (lebih kurang), serbuk lada hitam yang di tumbuk kasar2..
9) 3-4 ulas bawang putih di tumbuk lumat.
10) Sedikit sos tiram.
11) Garam dan perasa (bunda letak perencah nasi goreng ayam adabi)....sedikit minyak untuk menumis.




Cara2 memasaknya:

1) Tumis bawang putih hingga kuning masukkan lada hitam, ayam dan udang, di kacau rata.

2) Tambah sedikit air biar ayam dan udang masak sedikit masukkan lobak merah dan bunga kobis.... kacau2... masukkan fishball.

3) Masukkan sos tiram, bihun dan kobis... kacau rata... perasakan dengan garam dan serbuk perasa (perencah nasi goreng ayam adabi)....secukup rasa.

4) Di kacau rata hingga sebati dan bihun elok masak....  tutup api.

5) Taburkan daun sup serta cili yang di hiris.

6) SIAP....Sedia untuk di hidangkan.


*** Sedap di makan dengan sambal kicap dan sedikit sup ayam, cuma basah2kan aje ...Selamat mencuba.

17 ulasan:

  1. alhamdulilah...menu ni memang selalu mama julia masak...selalu lebihkan telur lagi nyummm....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum BN, dapat idea, sedap :)

    BalasPadam
  3. Bihun goreng ...saya suka .Masukan berbagai bahan lagi bertambah selera.

    BalasPadam
  4. Samalah resepi kita...cuma saya tambah kiub ayam...sedapkan bihun ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali cer try letak perencah nasi goreng ayam adabi... letak sikit kuah sup dan cili kicap...pasti lagi ummp..

      Padam
  5. Tak payah makan nasi kalau dah makan bihun gini kan KN
    Kakak pun suka sebab banyak sayurannya.

    BalasPadam
  6. sedapnyaaaa...terus laparrr..huhu...

    BalasPadam
  7. Sedapnya Bunda..
    Bihun goreng kegemaran kami sekeluarga..
    selalunya ini lah menu pengakhir ramadhan..
    pembuka selera..

    BalasPadam
  8. Sedapnya...boleh juga bertukar selera..
    Selain dari masa Ramadhan, kalau masak pada hari raya ke 2..mesti laku sebab orang dah muak makan ketupat dan rendang...

    BalasPadam
  9. Terima kasih bunda atas resepinya.. 😍😍

    BalasPadam
  10. sedapnya...nak tambah 'hot', makan dgn cili kicap..perghh..

    BalasPadam
  11. Nampak sedap. banyak bahan ada dalam tu. Bolah nak cuba juga nanti.

    BalasPadam
  12. Saya pun suka makan bihun singapore ni bunda. Pandai bunda masak.

    BalasPadam
  13. Sedap nampak bihun ni. Nak cuba juga.

    BalasPadam
  14. Tengok gambar je pun dah nampak sedap, belum lagi makan ni... bestnya... :) :)

    BalasPadam
  15. Sejak puasa ni tak pernah buat lagi beehoon goreng ni KN.....anak anak nak nasi jugak. Saya suka makan beehoon goreng kat RnR jejantas....bagi saya sedap beehoon dia

    BalasPadam
  16. Dah beberapa hari Raya ni, pasti sedap juga dengan juadah beegoon goreng.

    BalasPadam