Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
Bertemu lagi sahabat alam maya semua... macam mana raya korban kalian... ada ke yang buat korban tahun ni?
Hari ni bunda nak cerita tentang tanaman bunda... lihat pokok/ buah nenas bunda yang baru berbuah pulak tu... ini pokok yang kedua, semua 3 pokok, memang tak sama berbuah dan masaknya. Pokok ketiga tak nampak lagi gaya nak keluar buah.
Kisah tanaman nenas bunda ni selalu bunda ceritakan kat blog bunda ni kan.. seperti
DISINI dan DISINI

Pasu kosong ni pulak bekas tanaman pokok kunyit bunda. Bunda dah rombak tanahnya dan dah letak tanah baru dan baja. Pokok kunyit bunda yang dulu tu dah mati, tak mau tumbuh baru lagi... bila bunda korek tanahnya bunda tengok ubi kunyitnya dah lembik / bonyok, padan lah taknak tumbuh lagi pokok baru, so bunda buang ubi yang bonyok tu...gantikan yang baru.
Sekarang ni bunda tengah menunggu anak pokok kunyit baru yang akan tumbuh bula-bila masa. Sebelum ni pokok kunyit bunda subur sangat, tak henti-henti bercambah dan daunnya besar-besar juga pernah 2 3 kali mengeluarkan "bunga kunyit"... tengoklah DISINI dan DISINI.
Tapi selepas raya puasa hari tu last bunda dapat hasil... lepas tu kering dan mati terus, tak tahu bunda apa punca nya. Agaknya dah tua sangat kot.
Yang ini pulak, yang pokok tinggi tu ialah pokk limau purut bunda. Pokok limau purut ni juga kisahnya makan bertahun juga bunda nak bela dan belai sehingga dekat 5 tahun baru mendapat hasil/buahnya.
Bila dah mula berbuah, tak henti-henti pulak... pokoknya pun semakin membesar, berkat kesabaran bunda jugak kot....
Pasu kat bawah tu, pokok limau kasturi bunda... pun tengah subur dan tak putus berbuah... Alhamdulillah.

***Bagi sesiapa yang pernah berkebun/bercucuk tanam, mesti dapat merasai... bila lihat hasil tanaman kita rasa puas dan bangga sangat, ibarat satu terapi juga, kadang tu, tak sedar TER bercakap sorang-sorang dengan pokok tanaman... hihi....
Samalah dgn pokok kunyit kakak ni KN
BalasPadamKakak pun baru tanam yg lain juga.
Pokok limau purut KN makin gagah nampaknya:)
segar je tanaman bunda
BalasPadamsy pun cuba nak menanam pokok d dlm ruang yg terhad di belakang dapur ni...
BalasPadamBerbudi kepada tanah walaupun dalam pasu, mmg berkat
BalasPadamsalam bunda ..
BalasPadamsemua hasil tangan bunda menjadi ..
moga ianya dpt memberi pulangan yg berbaloi ..
bila bunda nak tanam buah tin pula ..
popular tanam buah tin sekarang
Yelah bunda ada juga dengar ramai dah mula tanam buah tin... nak cari jugak lah..InsyaAllah..
Padamassalamualaikum Bonda
BalasPadamseronok tgk pokok2 bonda ni
Assalam bunda,
BalasPadammenarik warna buah nenas tu bunda...dah bolih tuai ke bunda?
Buah nenas tu baru tumbuh tu...masih kecil...masih baby lagi tu.. warna nyer mmg camtu...nanti dah agak besar bertukar lah warnanya...
PadamSaya ni suka jugak kalau ada pokok pokok yg mcm tu kat laman rumah. Sebab senang nak masak. Tp tulah KN, saya ni kurang suka bercucuk tanam takut mati kering pulak pokok tu nanti hihi
BalasPadamAssalamualaikum bunda
BalasPadamAsal ada tnh...
Wajib cucuk tanam...kn bunda
paling seronok kalau tengok tanaman kite mnajdi kan bunda...
BalasPadamSalam bunda. Lama saya tidak ke sini. Bunda sihat?
BalasPadamSeronok tengok tanaman bonda. Saya pula sudah lama tidak update ttg lamanmybondq di blog. Sukakan dengan suasana yang hijau. Baru - baru ni sy beli online pokok apple bidara vietnam. Sudah berbunga. Cuma saya tak berapa pandai jaga. Kurang ilmu. Harapnya segar bugarlah ia nanti.
Alhamdulillah... seronoknya tengok... :)
BalasPadam