Khamis, 20 Oktober 2016

Hasil Tanam Semula


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Seperti entri bunda YANG INI ada beberapa tanaman bunda yang bunda tanam semula.  Kini tanaman tersebut sudah mula mengeluarkan pokok baharu.

Ada juga gambar-gambar entri ini hasil dari pokok asal dan juga dari pokok yang baru bunda tanam beberapa bulan lepas.



Seperti pokok nenas ni, bunda tanam bertahun dah, ada empat pokok...
tapi keempat-empatnya tidak berbuah serentak. 

Yang ini pokok nenas kedua bunda, ini buah yang  ketiga.

Sedang membesar dan hampir masak. Ini entri tentang POKOK NENAS bunda ni.

|

Yang ini pula pokok limau nipis yang bunda baru tanam.  Semakin membesar dan subur.

Tetapi yang bunda geramnya tu,terdapat juga ulat beluncas merosakkan daun-daunnya.

Bapak cakap sembur jer dengan racun serangga khas untuk pokok tanaman, tapi belum
pernah pun bunda lakukan.


|||||

Ini pula pokok bunga ros jepun... benih nya bunda ambil dari kebun bapak dikampung.

Pernah juga bunda upkan entinya DISINI.  Pada mulanya bunda cuma ambil beberapa tangkai jer, bunda bawa balik KL naik bas lagi. 

Bunda terus tanam dan letak baja... inilah hasilnya. Dah semakin lebat dan mula berbunga.  Sikit hari lagi bunda nak buat kan dua pasu pokok ni.


||

Anak pokok kunyit ni pula bunda baru jer semai/tanam ubinya yang baharu.  Kini nampak
dah mula keluar daun. 

Sebelum ini, seperti ENTRI INI bunda usahakan juga tanam semula pokok kunyit ini.

Apabila dah nampak anak pokok ni... bunda harap-harap pokok kunyit bunda sekali ini akan mengeluarkan hasil lumayan seperti YANG INI dan YANG INI .



 Nampak tak yang sebatang dahan dalam gambar tu..agak-agaknya anak pokok apa?.. 

Inilah anak pokok mulberry.  Sama seperti pokok bunga ros jepun tadi, bunda ambil beberapa batangnya untuk dibuat benih dari rumah bapak.

Asalnya pun dari tanaman kebun bunda juga, bunda bawa benihnya tanam
kat rumah bapak. 

Bila pokok asal bunda dah mati, bunda ambil pula benih dari rumah bapak.

Bunda ambil 3 batang semuanya. Tetapi nampaknya yang ini saja yang menjadi,
segar dan subur. 

Mungkin sebab yang ini bunda semai dalam pasu, yang dua lagi tu atas tanah...
tak menjadi.

Sikit hari lagi bila dah besar sikit, bunda nak ubah juga tanam kat tanah...

Kisah pokok mulberry ini dah pernah bunda upkan entrinya DISINI  dan  DISINI .


Itu gambar pokok pisang renek. Renek, sebab ketinggiannya setinggi manusia dewasa sahaja. Pokok pisang renek ni jarang kita tengok, tetapi pokok nya subur.

Nampak jer kecik, tapi anak pokoknya membiak dan buahnya menjadi.

Yang pasti, pokok pisang renek ni bukan pokok tanaman bunda.  Pokok jiran bunda.

Ha ha.. saja jer nak menempel .. geram tengok buah dan jantungnya. Terlupa pula nak tanya tuannya apa nama pokok pisang renek ni.




***Pokok-pokok baru ni bunda letak kemas sederet tepi gate, senang nak siram dan nak belai tiap pagi. Tengok, pokok limau kasturi bunda tu.. semakin menjadi.



24 ulasan:

  1. alhamdulillah..semua subur...sejuk tangan bunda...nampak bersih jek bunda jaga..takde pun rumput2 ...lieya punye pokok malu nak tunjuk bunda...nak pindah ke tanah tak pindah2 kan lagi..naik kering dah pokok betik lieya kak hahahaah...

    BalasPadam
  2. Meriah tak lama lagi dapatlah hasilnya KN
    Sementara dia belum besar guna dulu yg dah sedia ada
    Tak lama semakin banyaklah pokok-pokok hasil tangan sendiri

    BalasPadam
  3. Rajin bunda bercucuk tanam senanng nk petik hasilnya

    BalasPadam
  4. Bila dah tanam semula pasti makin subor hasilnya nanti.Satu kepuasan bila pokok2 menjadi.

    BalasPadam
  5. Pokok2 ni macam anak2 kta juga.
    Kena rajin membelai dan menjaganya.
    In sya Allah, adalah hasilnya nanti.

    BalasPadam
  6. As/kum KN, seronok bercucuk tanam ni kan, saya ni baru belajar-belajar... skrg ni dah tak keje so adalah masa sikit nak menjeling2 kat pasu tepi rumah... Ada sepasu dua pokok kunyit dan cili.

    BalasPadam
  7. bunga ros jepun tu senang tanam kannn, patah2kan n transfer kat pasu lain :D

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  8. Seronok tengok pokok yang ditanam hidup subur. Berbakti kepada tanah. insyallah tak sia-sia ka Bunda.

    BalasPadam
  9. Sedap nampak nenas tu. Tengok tu rasa teringin nak makan nenas pula.

    BalasPadam
  10. Subur nampaknya semua tanaman bunda..berbudi pada tanah dptlah hasilnya. Seronok tgok org rajin bercucuk tanam ni..nenas tu mengingatkan sy pada almarhumah mak..masa sy kecik2 dulu mak tanam juga belakang rumah kami

    BalasPadam
  11. Selamat berkebun KN. Seronok tengok pokok2 yang menjadi dan subur. Kat tempat saya hujan dah berminggu-minggu. Tak tahu bila nak henti seketika. Rumput pun dah memanjang. Sakit jiwa tengok

    BalasPadam
  12. Wahh seronok baca kisah Bunda tanam pokok2 tu dan subur membesar... slmt berkebun Bunda... tenang jiwa klu dpt slalu berkebun mcm ni.. best :) :)

    BalasPadam
  13. seronok baca bunda tanam semua tu. best kalau boleh berkebun camni. saya ni selalu risau sebab anak2 mesti nak folow rapat. mana nak tengok pokok, mana nak tengok anak2. huhu

    BalasPadam
  14. suburnya nenas tu bunda..MV pun ada tanam bunga ros jepun...kalau kat tanah tak pyh pasu lagi cntik tapi oleh kerana duduk rumah teras terpaksa lah tanam dalam pasu

    BalasPadam
  15. hasil berbudi pada tanah takkan penah merugikan kan? bonus lagi bila aktif bekebun tubuh pun jadi lebih sihat sbnrnya..

    BalasPadam
  16. Kebetulan hujung minggu ini kami sekeluarga pun menikmati hasil pisang renek tersebut. Semalam buat cucur pisang anak-anak suka. Hari ini pun nak habiskan bakinya buat lagi cucur pisang untuk breakfast mereka.

    BalasPadam
  17. Alhamduillah, semua tanaman Bunda menjadi..suka tengok ros jepun, comel..

    BalasPadam
  18. menjadi betul ya tangan bunda ni

    BalasPadam
  19. wah , geram tengok buah limau nipis ;) seronok tengok tanaman hijau disekeliling rumah

    BalasPadam
  20. banyak nya tanaman Bunda ni..tumbuh subur kan.. :)

    BalasPadam
  21. Lama dah tak tengok pokok nanas..
    Dulu2 ada kat depan rumah aje..

    BalasPadam
  22. seronok tgk rumah ada halaman .. Mcm2 boleh tanam ..

    BalasPadam
  23. Saya suka tengok org ada pokok basic basic untuk masak gini KN...Senang, nak masak ambik je belakang rumah ke depan rumah.....
    Tp kalau suruh saya tanam saya kurang minat hihi....
    Agaknya daun pokok limau rasa dia sedap kot ye KN

    BalasPadam