Jumaat, 23 Disember 2016

Jenayah Samun Bersenjata

gambar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Pada Selasa 20 Disember 2016 yang baru lalu, ditempat bunda ada satu kejadian samun.  Keluarga dan rumah mangsa hanya selang dua rumah sahaja dari rumah bunda.

Masa tu dalam pukul 5.30 petang.... anak bunda, Abang Long baru saja balik kerja. Bunda pulak siap-siap nak naik atas ... nak mandi.. dah petang.

Sebelom tu bunda nak pastikan anak dah lock gate dan grill. Biasalah.. kadang anak-anak ni lalai. Semasa bunda nak mangga grill...bunda terdengar bunyi deruman motosikal. 
Kuat..seakan berlumba.. macam budak-budak moto yang selalu merempit, deruman enjin yang memekakkan telinga.

Lepas tu bunda dengar bunyi bising-bising suara orang menjerit.. riuh dan selang seli suara lelaki bertempik. Bunda syak adalah tu sesiapa yang dah tahan dan marahkan budak-budak moto tadi tu.

Semakin lama bunda dengar semakin kuat.. semakin kecoh dan semakin dekat bunyi suara-suara tu. Bunda keluar dan mengintai celah-celah pagar sebelah jiran bunda menghala suara tadi tu.

Bunda nampak ramai lelaki dan beberapa orang perempuan diseberang jalan depan rumah jiran bunda yang selang dua buah tadi tu. Jiran lelaki sebelah rumah bunda ni pula baru keluar menghala ketempat yang kecoh-kecoh tadi tu...

Tiba-tiba bunda nampak ada salah sorang lelaki... salah sorang budak moto tadi tu... mengejar jiran bunda tu dengan parang.... sambil menjerit agar jangan masuk campur.

Jiran bunda tu terus lari masuk semula dalam gate rumah dia dan lock. Bunda pun samalah... cemas..terus masuk rumah dan kunci grill.

Apabila bunda nampak budak-budak moto tu dah pergi.... lepas tu nampak tuan rumah lelaki yang mangsa kejadian ikuti dengan moto.. bunda pun keluar semula. Jiran sebelah bunda tadi pun keluar juga...  bunda pun bertanya..

"Syam, apa hal tu?" ... " rompak!".. sepatah jer dia jawab, bunda nampak dia terus menghala kerumah mangsa. Bunda pun keluar ikut sama kerumah mangsa. Ada isteri, kakak dan dua orang anak perempuan depan rumah mereka dalam keadaan masih ketakutan dan cemas.

Menurut isteri dan kakaknya..... mereka sedang bersiap nak balik kampung.. yang perempuan-perempuan semua dah masuk dalam kereta sementara menunggu suami dan sorang lagi anak perempuan mereka masih dalam rumah.

Tiba-tiba datang tiga buah moto, enam orang remaja lelaki dalam 20an... dan bersenjatakan 3 bilah parang.  Mereka mengancam dengan parang dileher isteri dan kakaknya serta meragut rantai dan beg tangan.

Dalam kecoh-kecoh tu ada sebuah kereta lalu... mereka ada melambai-lambai... nak dijadikan cerita orang dalam kereta tu mungkin tak perasan... terus pergi macam tu jer...

Lepas bertanya kabar dengan mereka dan menenangkan mereka sementara suaminya buat repot polis bunda pun terus balik rumah dan tak keluar lagi dah.... ketakutan.

Malam tu dalam wasaap grup kami sibuklah dengan berita kejadian dan ucapan takziah untuk keluarga simangsa. Ada polis buat rondaan dan roadblock juga.

Cara penjenayah bermotosikal ini menyamun macam dah biasa buat kerja ni. Cekap, pantas.  Mungkin mereka  dah aim mangsa dari awal. Mereka berani walaupun disiang hari, sebab mereka bersenjata dan ramai.
Mereka aim barang kemas, elektronik, gadget dan  duit. 

Menurut beberapa ahli grup mungkin penjenayah yang sama dalam kejadian petang tu.... ada kaitan dengan pecah rumah jiran lorong belakang beberapa hari sebelumnya.... yang mana kejadian berlaku seawal pukul 7.00 pagi.

Mereka sempat masuk dengan gunting pagar dan pecahkan kereta dalam garaj sedangkan orang ada dalam rumah.

Sebab tu lah kita kena lebih berhati-hati tak kiralah siang ke malam. Semasa nak masuk gate rumah pastikan masuk cepat dan lock gate dulu baru buka pintu rumah. Jangan leka dengan bercakap telefon atau dengan beg tangan masih dilengan.

Memanglah malang tak berbau... tetapi sekiranya kita lebih peka dengan keadaan maka sekurangnya kita dapat menghindarinya...  Itulah yang selalu bunda ingatkan untuk diri sendiri dan anak-anak bunda yang kadang balik rumah tengah malam, petang atau subuh.

Dah macam-macam kejadian jenayah kat tempat bunda sejak kebelakangan ni... takut sangat...sampai nak keluar beli nasi lemak yang tak berapa jauh dari rumah
tu pun takut rasanya.

Beberapa bulan lepas yang kejadian remaja perempuan kena culik dan dibawa lari semasa menunggu bas sekolah didepan rumah... dan keluar dalam berita tv..... itu pun kejadian ditempat bunda jugak.
Masa tu bunda kat kampung... punya lah tak senang hati bunda.

Sekarang ni jenayah dimana-mana saja... walaupun sekitar rumah sendiri..

Kita perlu lebih berwaspada...sebelum keluar pastikan tiada yang memerhati gerak geri kita. Pandang kiri dan kanan. Kalau nak tinggalkan rumah untuk bercuti atau balik kampung ke eloklah beritahu dengan jiran atau balai polis berhampiran.



***Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dan rakan-rakan kita.. aamiin.



23 ulasan:

  1. Itupun dikatkan index jenayah kita turun. Kakak memang tak percaya KN
    Tengok ajelah kalau dah siang buta pun berani merompak ganas apalagi kalau malam dan org tak ada. Nampak sangat semakin hari semakin buas jenayah di negara kita sekarang ni.

    BalasPadam
  2. Ya Allah kesiannya si mangsa. Semuga Allah lindungi semua keluarga bunda setiap hari. Sekarang ni emmm macam-macam kejadian sampaikan dah rasa tak tenteram tinggal di rumah sendiri.

    BalasPadam
  3. Risau dan takut pula membaca nnnn3 bunda ni. Jenayah boleh berlaku dimana saja tanpa diduga, Moga Allah melindungi kita drpd sebarang perkara2 yg xdiingini.

    BalasPadam
  4. Menakutkan sekarang ni ye Bunda..
    Jenayah yang melibatkan senjata lagi lah takut..
    Beani mereka ni walaupun siang hari..

    Kat taman saya pun ada juga kejadian ragut lah..
    Elok sampai depan rumah turun kereta terus diragutnya..
    Memang kena hati2 kan takut dah diekori kita ..
    Itu pun siang hari..

    BalasPadam
  5. Takut nya bunda...siang dan ada orang pun mereka berani lakukan jenayah ya...Penjenayah2 skg dah semakin berani .
    Semoga bunda sekeluarga sentiasa dilindung Allah dari segala musibah.

    BalasPadam
  6. Kegiatan jenayah ni mmg tak dpt diduga.. apatah lagi klu penjenayah tu yakin sesuatu kawasan tu boleh dirompak atau pecah rumah sblum org bertindak.. lagi pula keadaan ekonomi makin mencabar sekarang. In shaa Allah, moga Bunda sekeluarga sentiasa dilindungi... aamiin.

    BalasPadam
  7. Bahaya sekarang ni. Orang nak duit cepat, tak takut dosa dan tak takut kat undang-undang. Semoga Allah jauhkan kita semua dari perkara macam ni. Kat Suasana Btho ker ni bunda?

    BalasPadam
  8. Kasihannya. Kena beringat selalu. Kadang mereka dah aim lama dah. Ada pelaung mereka buatlah.

    BalasPadam
  9. Nampaknya lepas ni kena lebih berhati-hati. Terutamanya kawasan yang mudah orang luar boleh masuk.

    BalasPadam
  10. Kita kena lebih berhati2.. bukan dibtempat bunda saja di mana2 pun sama. Ky memang berwapada bila keluar mesti berdua. Minta Allah jauhkanlah dri perbuatan durjana penjahat ni..

    BalasPadam
  11. Kena minta bantuan polis agar selalu buat rondaan di kwsan kejiranan..

    BalasPadam
  12. memang takut dengar cerita2 begini. Sekarang ni perompak boleh rompak dimana-mana tak kira masa dan tempat. Makin berani..depan prang ramai pun boleh jadi. memang tak selamat..

    BalasPadam
  13. bahaya ada dimana mana saja bunda...kena hati-hati elak bawa dompet yang besar atau pakai gelang emas yang penuh tangan....


    cukuplah bawa duit saja kalau keluar

    BalasPadam
  14. Salam bunda...semoga sihat selalu ya

    BalasPadam
  15. Makin parah. Kalau duduk pencuri pecah rumah waktu malam waktu orang tidur, sekarang ni dah tak kira waktu. Tengahari, pagi, petang....asal ada kesempatan. Usahakan jaga keselamatan yg macam Bunda nasihatkan tu, dan setiap hari lepas solat, mohon lah doa utk keselamatan diri, keluarga, rakan2, jiran2. kemudian kita tawakkal. Moga Allah lindungi kita

    BalasPadam
  16. Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    hidup dibumi Allah sanggah perintah Allah
    maka musibah pun ditambah agar manusia kembali kepada
    ajaran Allah n Rosul

    pencuri perompak, Allah suruh siksa denagn hukum jinayah Islam
    bukan rekaan manusia
    engkar, maka kita semua pakat tanggung akibatnya

    BalasPadam
  17. Ya Allah bunda... takutkan? Saya kalau keluar masuk hantar anak sekolah pun memang akan selalu pandang kiri kanan dulu... lepas tu cepat-cepat kunci grill masuk kereta terus kunci pintu... kalau balik dari sekolah nak ke rumah, kalau ada motor ikut belakang saya akan masuk lorong lain. Takuttt... sebab area rumah saya pun ada kes pecah masuk... tapi masa tuan rumah tu balik kampung...

    BalasPadam
  18. takutnya..rompakan guna parang, nak tolong pun, kita jadi takut..semoga tiada lg kes yg sama berulang kembali..

    BalasPadam
  19. Risau juga...kawasan rumah kami pula sunyi sikit..

    BalasPadam
  20. ya Allah bunda...depan mate hah kejadian berlaku...takutnyer....

    skrangn perompak2 peragut2 ni hati kering bunda...parang, pisau bukan takat acah2 lagi....mmg dieorg berani nak guna...darah pun darah laa...moga2 kite dijauhi dari malapetaka mcm nie....kene minta polis peronda rajin lalu kawasan umah bunda tu....

    BalasPadam
  21. Seramnya KN.... Nauzubillah minta dijauhkan hendaknya. Bila kena mcm tu haruslah panickan.... Adoi tak dapat nak bayangkan....

    BalasPadam
  22. Menjadi-jadi pula sekarang ni Bunda...tempat noe ni pun sama...baru2 ni kes sama juga...3 buah motor...6 org lelaki...berparang...kita kena selalu alert dengan sekeliling kita...

    BalasPadam