Selasa, 20 Disember 2016

Tanaman Dan Anai-anai


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Ini pokok kunyit bunda, dari entri YANG INI.  2 3 minggu lepas hujan memanjang.. bunda tak payah nak siram tanaman bunda.  Tapi dalam beberapa hari ni, panas pulak.

Dua hari jer tak hujan, tanah kering, beberapa helai daun kunyit juga dah mula kering.


Pokok limau nipis bunda yang bunda semai dulu pun semakin membesar, tapi biasalah.. ulat daun pun semakin banyak makan daun-daun muda. Itulah rezeki kata orang,
kena berkongsi.


Pokok dan buah limau kasturi bunda juga semakin menjadi, walaupun pokoknya tak besar mana, mungkin sebab tanam dalam pasu, tapi buahnyer...tak termakan..
sentiasa ada, silih berganti.

 Masa nak hidupkan pokoknyer dulu bukan main lama...bila dah mula berbuah,
tak henti-henti pulak.
Alhamdulillah


Inilah pandangan dari jauh pokok-pokok tanaman bunda. Pokok yang besar tu pokok limau purut bunda.  Semakin membesar, meninggi menjadi teduhan pokok-pokok dibawah nya termasuklah pokok pandan bunda bersebelahan pokok limau kasturi.



Bunda baru rombak beberapa rumpun pokok pandan ni beberapa hari lepas.  Terlalu rimbun dan banyak semut dipangkal rimbunan pokoknya...
Sebab lembab kot dipangkal rumpun nya tu. 

Kalau semut tak per lagi... takut yang merayap-merayap tu pulak buat tempat lepak kat situ. So bunda cabut dan longgar-longgarkan supaya tak merimbun sangat.


Pandangan dari seberang jalan..bunda ada juga tanam beberapa pokok ubi kayu, serai dan beberapa pokok bunga. Termasuklah tanah dibelakang yang atas bukit itu pun ada
beberapa batang pokok ubi kayu.
Tanah di seberang nilah paling banyak anai-anai.

Pokok-pokok ubi bunda mula-mula elok jer naik membesar, tetapi hujung-hujung daun-daunnya rosak, mengerekot...seakan sakit..tak sihat. Bunda patahkan batangnya dan daun yang rosak.
Bila tumbuh batang baru dan daun baru juga masih sama, mengerekot.

Pokok-pokok yang dah cukup matang bunda korek untuk dapatkan ubinya. Ubinya juga tak elok, tak membesar dan gemuk seperti kebiasaannya, bantut oleh sebab dimakan dan dirosakkan anai-anai.

Sayang betul.. punya lama dan teruja bunda nakkan hasil ubi kayunya...
tapi hampa..So banyak pokok-pokok ubi yang lama bunda dah cabut buang.  Termasuklah pokok serai juga dah rosak...bunda cabut dan buang juga.


Pokok puding ni juga sebenarnya dari kebun seberang jalan tu. Semasa bunda tanam dulu masih kecil lagi pokoknya.  Bila dah elok membesar ingat kan sehat rupanya diakarnya mengerumun anai-anai.  Padanlah bunda dapati daunnya bergugur satu satu walaupun nampak sehat.

Last-last bunda korek pokok puding ni, bunda kerat sikit akar-akar yang penuh anai-anai... bunda ubah kedalam pasu....bunda ubah letak diluar pagar depan rumah. Tetapi daunnya masih kelihatan bertabur sehelai..sehelai.


***kalah bunda dengan anai-anai ni... memang rezeki dia kot...nak racunkan belom berkesempatan lagi.


18 ulasan:

  1. Anai-anai ni jahat KN. Apa lagi dia pandai menyorok di bawah/dalam kita tak nampak. Yg kita nampak pokok jadi tak sihat. Biar semut walau banyak tapi tak rosakkan pokok cuma kita yg susah sebab bila nak tuai dia ikut sama.

    Tanah kena bersihkan dulu dari anai-anai KN baru boleh kalau nak tanam baru.

    BalasPadam
  2. Sejuk mata memandang kehijauan sekeliling rumah.
    Untuk basmi anai2 kena beli racun anai2 dan semburkan di sarang atau di sekitarnya.

    BalasPadam
  3. Anai-anai suka kat pokok..suka kat kayu...kena rajin pantau...parasit dalam senyap ni bunda..

    BalasPadam
  4. Tanaman diserang anai2 mmg jadi xsubur n ada yg mati kena diracun juga tu bunda.

    BalasPadam
  5. tak tau pulak anai2 juga merosakkan tumbuhan .Tempat saya ni semut je yang banyak bunda.

    BalasPadam
  6. Limau Kasturi...sedap buat sirap...

    BalasPadam
  7. hampas teh Gctea
    boleh buat baja...
    segar bugar tanaman bunda
    alhamdulillah..

    BalasPadam
  8. Rajin Bunda bertani...kecik je pokok limau kasturi tu tapi dah mengeluarkan hasil...berbakti pada tanah...takkan rugi..pasti ada hasilnya...

    BalasPadam
  9. Ulat daun kat pokok limau nipis tu pun kalau di biarkan, mau habis daun2 pokok limau tu nanti makannya. Kena sembur juga dengan racun tu.

    BalasPadam
  10. tatau kenapa suka bau daun kunyit...yg dbubuh dalam rendang tui daun kunyit la kan? ke bukan??

    BalasPadam
  11. Geramnya tengok buah limau kasturi tu...meriah. Pokok saya tak nak berbuah pun

    BalasPadam
  12. Suka sangat kalau dapat tengok hasil tanaman sendiri segar dan menghijau

    BalasPadam
  13. baru saya tahu rupanya tanaman pun boleh kena serangan anai2

    BalasPadam
  14. Rumah Nur walau tanahnya sekangkang kera ttp nk tanam..senang klau nk masak Bunda..

    Pokok kunyit Nur dh kuar bunga..cantik n jakun jappp

    BalasPadam
  15. Nampak elok naiknya tanaman bunda... saya punya habis rosak sebab anak-anak kucing main lompat-lompat... sabar je la...

    BalasPadam
  16. teruk jg penangan anai-anai..kena inject tanah dgn racun anai-anai..

    BalasPadam
  17. Rajinnya lah hai KN menanam pokok ni. Saya kurang minat KN keje keje menanam ni.

    Agaknya sedap kot daun pokok limau tu ye KN, tu yg ulat suka tu. Satu lagi pokok yg ulat suka daun kari tau KN. Tak sempat nak hidup dah togel daunnya

    BalasPadam