Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2014

Kemas Kini BR1M 4.0 / 2015



Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

Bagi mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Borang Kemas Kini Maklumat Pemohon sudah pun di edarkan. Dimaklumkan bahawa Pendaftaran Baharu Dan Pengemaskini BR1M 2015  akan bermula pada 1 Disember 2014.

Bagi memastikan permohonan BR1M anda dapat di proses dengan sempurna, anda diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi seperti berikut:

i) Maklumat pasangan/tanggungan.

ii) Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat.

iii) Maklumat akaun bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan di bayar sebanyak 3 kali setahun. Justeru itu tuan, puan di nasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat di salurkan terus ke akaun bank tuan/puan. Senarai bank yang di benarkan adalah seperti di lampiran ini...

senarai bank yang dibenarkan


iv) Untuk makluman penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas  adalah layak di pertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu pemohon  bawah kategori isi rumah dan warga emas  diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.

Pemohon boleh mengemas kini maklumat tersebut mulai  1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014  melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat https://ebr1m.hasil.gov.my .

 Anda juga boleh menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/UTC LHDNM.

Kegagalan mengemas kini maklumat di atas akan menyebabkan permohonan anda tidak di proses.


*** Sebarang pertanyaan sila hubungi talian bebas tol  1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)