Memaparkan catatan dengan label buah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buah. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mac 2016

Pokok Limau Purut Bunda


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

bercerita tentang pokok limau purut ni pernah beberapa kali bunda bercerita dalam entri-entri bunda yang lalu, antaranya entri Yang Ini. .dan Yang Ini

Pada masa itu memang bunda teruja sangat nak tengok buah hasil pokok limau purut bunda yang dah lama sangat bunda tanam dan tunggu.

Akhirnya hingga kehari ini pokoknya semakin subur dan membesar. Buahnya mula mengeluarkan hasil yang banyak menjadi-jadi dan tak putus-putus.

Rasanya tak sia-sia bunda tunggu dan belai serta bajainya selama ini, berbuah juga akhirnya.   Di setiap hujung ranting ada jer kudup dan bunga serta putik buah yang keluar dan membesar.

Yang mana buah yang dah cukup besar bunda biasanya petik untuk buat mandi, cuci rambut dan badan. Selalunya bunda potong-potong dan perah airnya sambil gosok-gosok buah limau ni di kepala dan  juga dicelah-celah pelipat seluruh badan, memang rasa segar sangat apa lagi dengan aromanya memenuhi satu bilik mandi dan melekat di badan dan rambut juga.


***Alhamdulillah... buahnya yang tak putus-putus boleh buat bunda mandi limau hari-hari....segar sangat....bunda suka baunya.

Isnin, 27 April 2015

Buah Apakah Ini?...

gambar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalam.....

Hari ni bunda nak buat uji minda sikit.....tengok gambar-gambar ni...katanya sejenis buah.  Ada ke yang tahu buah apa ni?...apa khasiat nyer dan apa rasanyer?  kat mana nak cari buah ni?..rasanya buah ini dah semakin kurang dikenali...mungkin yang masih tinggal di kampung masih ada tanam pokok buah ini...

Macam bunda masa kecik-kecik kat kampung dulu pernahlah jumpa dan makan buah ni...kat rumah kawan.  Kini dah tak pernah jumpa lagi apa lagi nak makan...sehinggalah bunda terbaca dalam fb baru-baru ini baru bunda teringat semula kewujudan buah ini..


gambar hiasan

***.saje-saje jer, nak relaks santaikan minda... Nak kembang kan pengetahuan...