Memaparkan catatan dengan label cuaca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuaca. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2016

Fenomena Equinox Dan Strok Haba

imej google


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Memandangkan musim panas sekarang ini dan juga Fenomena Equinox... banyak lah info-info, panduan dan nasihat untuk mengatasi sekiranya terjadi Strok Haba pada diri kita dan orang-orang sekeliling kita. Bunda juga ada terima beberapa info ini dari whatsaap group bunda bagaimana untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Disini bunda ingin berkongsi pula info ini dengan kalian.

Fenomena Equinox 2016,  dijangka akan berlaku pada tarikh dan masa tersebut:

1. 20 Mac 2016 - 12:30 pm
2. 21 June 2016 - 06:34 pm
3. 22 Sept 2016 - 22:21 pm
4. 21 Dec 2016 - 18:44 pm

Akibat keadaan Equinox , suhu akan turun naik sehingga 40 darjah Celcius. Ini boleh menyebabkan penyahidratan dan strok matahari.  (ps. fenomena ini adalah di sebabkan oleh matahari terletak secara langsung di atas garisan khatulistiwa)

Sila pastikan semua orang termasuk diri anda terhidrat. Setiap orang perlu mengambil kira-kira 3 litre air setiap hari.  Pantau tekanan darah semua orang sekerap mungkin. Ramai yang mungkin mendapat STROK HABA.

Mandi dengan air sejuk sekerap yang mungkin. Kurangkan pengambilan daging dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Strok Haba adalah sangat berbahaya. Letakkan lilin yang tidak di gunakan di luar kawasan rumah atau kawasan terdedah. Jika lilin cair, ianya betul-betul di tahap yang bahaya.

Sentiasa letakkan baldi berisi air separuh penuh di ruang tamu dan di setiap bilik untuk mengekalkan suhu kelembapan.

Strok Haba tidak mempunyai gejala petunjuk, di sebabkan itu ianya sangat berbahaya  dan boleh menyebabkan kegagalan organ. Sentiasa periksa kadar lembapan bibir dan mata anda.


***Sama-sama kita kongsikan info ini, semoga bermanfaat.