Memaparkan catatan dengan label diraja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diraja. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mac 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima, 23 Mac 2015

imej ehsan google


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Pada  23hb Mac 2015 merupakan hari bersejarah bagi rakyat Negeri Johor dan juga Kerajaan Negeri Johor,  dimana hari ini diadakan majlis yang paling besar yakni
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor.

Bagi rakyat Johor sendiri sudah tentu lebih teruja dan berbangga dengan adanya acara dan istiadat besar ini.  Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
sebagai Sultan Johor kelima  dalam sejarah Johor Moden diadakan di Istana Besar Johor.

Bersempena kemahkotaan itu, Sultan Ibrahim berkenan memberi gelaran baharu kepada isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris sebagai Permaisuri Johor,
gelaran terulung digunakan bagi kerajaan ini.

Istiadat kemahkotaan itu juga diserikan lagi dengan sembilan istiadat yang berlainan tetapi berkaitan bermula sejak 16 Mac, dan dijangka akan berlangsung selama tiga bulan.
Istiadat kemahkotaan ini adalah ekslusif tetapi mengandungi ciri-ciri asal bagi mengekalkan dan memperkayakan budaya istana.

Kali terakhir istiadat kemahkotaan diadakan ialah pada 10 Feb 1960, 55 tahun yang lalu ketika Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dimahkotakan. Pada hari ini 23 Mac juga
diumumkan sebagai cuti umum bagi negeri Johor, bagi memberi peluang kepada rakyat agar sama-sama meraikan hari yang bersejarah tersebut.

imej ehsan google


*** DAULAT TUANKU ***





Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/istiadat-kemahkotaan-sultan-johor-kelima-pada-23-mac-depan-51577?cp