Memaparkan catatan dengan label jalan2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan2. Papar semua catatan

Isnin, 5 September 2016

Cerita Halfest 2016



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...


Pada Khamis 1hb Sept lepas, bunda adalah pergi ke Halfest dekat Mines tu, kan bunda cakap bunda tak pernah pergi...  tahun ni baru dapat merasa pergi.

Bunda pergi dengan anak lelaki bunda yang nombor 3 (Dr.Naz) tu dengan tunang nya sekali...kami gerak pukul 11.30 pagi camtu, buka masuk nya pukul 11 pagi hingga 9 malam



Sebelum masuk ke bilik pameran, kena daftar sebagai pelawat dulu... pastu di beri sorang satu sticker pelawat seperti gambar pertama tu. Lekatlah kat mana-mana yang boleh nampak.


Sebelom masuk.. ada ramai orang kat depan satu pentas, rupanya ada perasmian dan ucapan pembukaan event dari Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tak lama habis ucapan perasmian tu, baru kami masuk ruang pameran. Semasa berpusu-pusu masuk tu kelihatan beberapa kameraman dari berbagai stesyen tv..  Kami tak tentu arah nak ikut hala mana.

Bahagian depan sekali rupanya ada menteri sedang melawat satu booth dan beramah mesra dengan pemiliknya. owh! padan lah ramai orang kat situ... dan kameraman pun kalut.

Kami terus jalan melawat dari satu booth kesatu booth... ada jugak lah bunda beli 2 3 jenis makanan frozen dan bakal menantu bunda beli minuman dan sedikit makanan
untuk makan sambil jalan-jalan.

Tak lama pun kami di situ, tak sempat nak tengok Chef Wan nak buat demo masakan.. kami balik awal sebab anak bunda dapat panggilan ada meeting pulak petang tu..

So kami pergi makan tengahari dulu kat restauran baru kami balik ... sampai rumah dalam pukul 2 petang.

Bunda adalah wasaap dan bagitahu anak bungsu bunda yang kini duduk kat Johor yang kami ada pergi ke Halfest tu.

Malam tu dalam pukul 8.30 camtu anak bungsu bunda wasaap bunda...

Dia cakap "amboi mak baru jap muka mak keluar tv betul-betul depan kamera, boboy ngan Ain kat belakang mak... jeles lah nana"

Rupanya keluar berita perdana tv3 malam tu kisah kat Halfest pagi tadi tu...tak sangka pulak kitorang keluar tv...hehe..

***alaaaahh nana pun... itu pun nak jeles ...bukan selalu pun.. haha..

Selasa, 30 Disember 2014

Jalan-Jalan Dengan Zarif Jom..

muhammad zarif umar

Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

sebelum menginjak ke tahun baharu 2015 tak beberapa jam sahaja lagi...bunda belanja gambar random bunda , anak-anak dan zarif...semasa kami jalan-jalan ke Ampang Point hari minggu lepas...

Mana tahu kan...bila pulak nak belanja gambar budak pintar kesayangan bunda dan anak-anak ni...penyeri hidup kami...

hari ahad lepas g jalan2 kat Ampang
bawa zarif...
sebelum g window shopping kat ampang point..kami
masuk habib jewel, ada HABIB year end SALE
15 NOV - 4 JAN 2015

zarif.. lagi ada beg dia try.....ada duit ke ?.


macam tak meriah jer sambutan Krismas kat mana2
Mall tahun ni...
beg lagi...dah nak sekolah ke?
dia pun sama...menyibukkk..
muka ketat tu ada yang tak
kena tu,,, ada yang tak dapat tu..
menyibuk jer lah kaki2 yang 2 tu...
lagi2 kaki kecik tu...

ni yang tak nak ni , ni yang malas ni...
melekat pulak dia kat situ tak nak 'let it go' lagi tak abis!

eh eh ..macam sama jer..

zarif tu dah bosan dah tu...dah mengantuk dah tu...
serba tak kena..



*** Jumpa lagi tahun depan......kalau panjang umur...