Memaparkan catatan dengan label jerebu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jerebu. Papar semua catatan

Isnin, 5 Oktober 2015

Fenomena Jerebu

imej google


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Sana sini jerebu, sana sini cerita pasal jerebu, sana sini sekolah dicutikan, sana sini sakit mata, sakit tekak, selsema, batuk dan macam-macam lagi akibat dari fenomena jerebu.. Tak tahu lah sampai bila nak selesai masaalah jerebu ini.  Dari tahun ketahun bukannya semakin berkurangan, malah semakin teruk pulak jadinya.

Dimana dalam tahun ini saja kerap sekolah-sekolah di beberapa negeri dan kawasan terpaksa di arahkan tutup. Bukan itu saja, dalam tahun ini juga banyak kali terdengar berita bahawa pesawat-pesawat juga banyak yang menghadapi kesukaran berlepas dan jadual penerbangan terpaksa di tunda akibat fenomena jerebu. Ini sudah banyak menyusahkan bagi mereka yang sering berusan menggunakan jalan udara.


Berita media yang terkini menyatakan bahawa fenomena jerebu yang semakin teruk ini berpunca dari pembakaran haram dari negara jiran.... dan tindakan serta  hukuman keras telah di kenakan kepada pihak yang terlibat.


Masaalahnya kini, bukan kah tahun-tahun sebelum pun fenomena jerebu  ini dikaitkan berpunca dari beberapa negara yang sama juga....tetapi kenapa tindakan dan hukuman masih tidak menyelesaikan keadaan... ada kah hukuman masih ringan dan tidak membantu?... dan tempoh tiga tahun untuk menyelesaikan masaalah jerebu itu tidak kah terlalu lama?

Atau kah ini satu lagi ujian Allah kepada umat akhir zaman ini?...

wallahu'alam..


***Persoalan-persoalan begini lah yang sering bermain di minda rakyat...